Sumpah .. Aku pon tak kenal dia.. hurm... Mesti ramai pelik apa halnya blogger dok sebut pasal dia ni ? Aku pon pelik naper ramai blogger dok sebut nama dia ..
Nak kata bagus sangat blognya , tak la pulak kan ? Nak kata dia ni keluar kat suratkhabar , pon tak jugak kan .. Dah tu , nape ?? Iskh.. tak faham ..
Ada perkara kita faham.. dan ada perkara kita tak faham ... Apakah dengan menjadi artis , wartawan , ahli politik atau berkerjaya bagus saja baru layak untuk dikenali orang ?
Hehe.. aku sendiri pon tak tau .. bukalah minda ... zaman makin maju .. Jangan ingat artis je boleh buat nama .. Skang ni jurugambar pon boleh popular ... Driver taxi pon boleh popular .. Malah tukang sapu sampah pon boleh popular.. Bezanya bagaimana mereka boleh popular ..
Jangan tengok kulit untuk menilai sesuatu .. tengoklah isi .. kalau nak tengok isi , tengok dari muka satu hingga habis.. kalau baca belakang belakang je , maka jawapannya .. hurmm.. biasa jeee..
Serius .. kalau orang tanya apa yang bagus sangat blog aku , aku jawab satu je .. BLOG AKU TAK BAGUS LANGSUNG ! Tapi orang nak baca blog aku .. Mereka yang nilai .. Nak tanya .. Blog ko bagus ke ? Sehari berapa puluh ribu orang masuk ? Berapa banyak rangkaian television panggil untuk temubual ?
Maka , ada perkara kita faham .. dan ada yang tidak .. Kalau tak faham , sila bertanya .. Tak tanya maka tak tau kan ? Cari yang positif .. kalau cari yang negatif maka jumpa yang negatif...
Negara kita ni kotor.. sampah sarap merata rata .. Penduduk dia semua jenis pentingkan diri sendiri .. Nak tanya , dah habis pusing ke Malaysia ni ? Dah abis jelajah ke Malaysia ni ? Jadi , jangan mudah buat sesuatu rumusan atas sbb kita tu berpelajaran tinggi... Setinggi kita masih ada yang tinggi tapi mereka merendah diri..
Bosan bila ada yang cuba berlagak pandai padahal ?? Ops .. aku bukan blogger otai .. Wang ? Bukan segalanya tapi tanpa wang ?