Jumlah FOLLOWER pada petang tadi , jam 4:05
Dan ini pula pada jam 2 pagi berikutnya dengan jumlah 47 ribu kunjungan mesra dari rakan rakan ... Alhamdulillah .. terima kasih ..
Penambahan yang aku tak sangka dan sepantas ini menambahkan lagi keyakinan aku bahawa terdapat sesuatu yang menarik minat mereka ..
Adatlah bukan ? Dari 1000 tu belum tentu 100% menyukai kita .. tapi jangan amik jumlah yang kecil itu .. amik majoriti .. tu yang sepatutnya bukan ?
Dunia ini cukup indah untuk kita berkongsi .. Awan yang membiru .. Udara yang nyaman .. Matahari yang menyinar .. Bulan yang terang benderang .. Cukup indah .. Kenapa perlu dicemarkan dengan satu perasaan yang sepatutnya tidak perlu ada dalam hati kita ?
Aku bermula dari 1 UV ... dan kini aku berakhir dengan 3 ribu hingga 4 ribu UV tanpa bantuan sesiapa.. Semangat yang datang dari rakan rakan bloggerlah segalanya .. Tanpa mereka , blog aku ini tiada erti .. tapi aku akan terus menulis walaupun tiada pembaca .. Kerana aku mmg suka ..
Pelik ? Jangan pelik .. inilah hakikat yang perlu aku terima atas segala penat lelah aku selama setahun .. Berapa ramaikah blogger yang mampu bertahan selama setahun tanpa sehari pon bercuti dari mengupdate bognya ?? Maka inilah hasilnya .. Jangan hairan dan jangan pelik ... Jangan tengok masa dia berdiri tapi tengok sewaktu dia merangkak ...
Terima kasih kerana sudi singgah walaupun tak suka dan tak faham mengapa dan kenapa .. Yang penting apa yang diperolehi .. Dan apa yang dibawanya bersama ..
Adakalanya kita hanya nampak pelangi itu cantik tapi tak tau kenapa dia muncul .. Adakalanya kita bencikan panas terik sedangkan ada yang mendoakan kemunculanya .. Adakalanya mereka takutkan hujan sedangkan ada yang menagih setitis darinya ... Maka , tadahkan tangan .. berdoa .. bersyukur .. dan istighfar ..
Ya Allah ... Jauhkanlah kami dari perasaan hasad .. murahkan kami dengan rezekiMu .. Berkatilah hidup kami .. Amin ...
Semoga Berjaya , Wanda