Salam .. selamat pagi .. hehe... Rabu dah kan.. Masih aku ingat lagi Isnin lepas aku update entri di sini , stesen ERL .. hurm...
Tak sangka.. dah setahun usia blog aku ni .. Sekejap je masa datang dan pergi .. Tapi alhamdulillah... berbaloi jugak aku dalam dunia blog ini ..
Sepanjang aku bergelumang dengan dunia blog ni,pelbagai cabaran yang aku terima . Orang ingat berblog ni mudah.. Mmg betul sangkaan dia .. Ibarat bekerja la.. Kalau sekadar bekerja untuk dapat gaji bulanan , maka pergi dan balik kerja.. Kat pejabat , buat je keje tuuuuu sepanjang hidup .. Tiada peningkatan jika tiada niat untuk mempertingkatkan taraf kerjaya .. Maka kawan kawan lain berjaya naik pangkat , kita masih di takuk tu .. Camana tu ?
Blog .. kalau kita ikut cara mereka yang sekadar 'bercerita' atau 'menyampaikan' maka itulah blog kita .. Tak kisah ada orang baca ke takde ke .. tiada sebarang masalah buatnya .. Yang penting , dia update... Ok la kan ..
Tapi bagi mereka yang benar benar nak menjadikan blog ini satu 'kerjaya sampingan' maka usaha perlu ada .. Usaha , idea , kreativiti di samping kesabaran perlu seiring ..
Hurm... pelbagai cabaran dan dugaan untuk sampai ke satu tahap yang mana korang sendiri tak terduga kejayaan .. Mungkin nampak biasa tapi bagi yang merasakannya , akan tersenyum walaupun penat ..
OK la.. erl dah nak sampai.. jumpat kat opis nanti .. banyak keje nak buat ari ni ..