Waaaa.. abis aku.. bos dah ushaaa aku.... Camana dia boleh muncul dalam skrin aku ni ??? huwaaa .. bye bye dunia blog ...
Waaaa.. abis aku.. bos dah ushaaa aku.... Camana dia boleh muncul dalam skrin aku ni ??? huwaaa .. bye bye dunia blog ...
Karnival Jualan Ori di Mid Valley bermula Jumaat ini hingga Ahad .. Waaahh... Nasib baik baru simpan duit dalam ASB ..huhu.. kalau tak ???
Beli ori , Jom tulen ! Tulen bang !!
Adeh .. penat nak kira.. aku pon tak tau dah Fasa ke berapa ... belasah je la eh .. korang kalau rajin tolong kirakan yer ..
Makan dah ? Aku lom lagi .. Ni entri ke ...4 untuk pagi ni .. take 5 sat .. pastu sambung kije balik ...
Berikut geng geng baru kita :
Okeh ... ni dulu yer.. malas nak amik masa korang .. jap lagi ada satu lagi entri.. hehehe.. .dah ada dalam pala ni ..Gile kan ? hahaha ..
Nak tambah pendapatan sampingan ? Jom ke sini > KSW
Ada yang semacam tak percaya bila aku kata aku update blog di stesen ERL .. Sebenarnya , aku update blog di mana mana .. kalau aku singgah kedai makan , aku bukak laptop dan update terus .. apa yang aku update tika itu adalah apa yang aku alami dan apa yang aku nampak .. Jika aku biarkan pastinya ianya berlalu begitu saja .. Aku amalkan konsep ' segar dari ladang ' bila bab entri ini .. Aku takkan biarkan jadi 'yogurt' walaupun 'yogurt' itu penuh dengan khasiat .. Kadang kadang je biarkan bilamana ianya memerlukan kajian dan ketelitian dalam entri tu .. Salah tulis , naya ..
Cara aku ni , orang akan nampak aku seperti taksub , giler berblog .. Atau perkataan yang paling tepat ialah TEGAR .. hehe.. Tak kira la orang nak kata apa , nak nampak apa tapi yang pastinya , pembaca setia blog aku ini tau 'rupa' sebenar blog aku ini ..
Maaf.. blog aku ini bukan blog tutorial.. Aku berkongsi apa saja yang aku tau.. bab tutorial , dah terlalu banyak ada dalam internet ni .. Malas nak amik , perbaiki dan kata tu info dari diri kajian sendiri .. Aku tak berbangga dengan itu .. Aku lebih suka tulis apa yang berlaku pada aku ..
Blog aku ini sebenarnya lebih pada blog peribadi .. Nak g gym , aku tulis. .dalam gym aku tulis .. sedang makan pon aku tulis .. Sebab itu blog aku ini ' hidup' 24 jam ..
Giler ? Mungkin.. Sekarang aku giler .. satu hari nanti ? Mula mula dulu , mmg ada yang pandang sinis kat aku .. Apa la dok ngadap blog 24 jam.. silap silap ada skandal dalam internet .. hahahaha.. Nak kata apa kan ? Bila melayu bawak Ferrari mesti orang kata tu mesti driver atau kereta pinjam .. Kalau bangsa lain ? Mesti kata kayanya orang tu .. Sedangkan kita suka goyang kaki dari berusaha keras untuk berjaya ..
Apa sekali pon tanggapan orang terhadap aku , aku tau sapa aku .. Segalanya terletak kepada kemahuan diri .. Tak cuba tak tau .. Tak rugi mencuba .. Cuma rugi membiarkan peluang depan mata berlalu pergi .. Hurm..
InsyaAllah .. aku akan tetap update blog ini tanpa kira masa dan tempat .. selagi terdaya .. selagi itu ' blog ' ini akan terus 'segar dari ladang ' ...
Jangan ikut cara ini jika tak mampu !
Segalanya bermula dari bawah .. 0 ! Secara perlahan-lahan kita mendaki .. Ingat .. bila mendaki kena guna kemahiran serta 'kekuatan' .. Kalau main belasah mendaki je , rasa-rasa bila nak sampai ke kemuncak ?
Menjawab pertanyaan ( macam dalam Parlimen lak ) KAK CHIK , di ruangan komen entri yang sebelum ini , dia mengatakan bahawa pasti akan ada yang frust jika tidak mendapat apa yang dia jangkakan ..
Hurm.. aku jangkakan aku akan dapat 5 angka dari blog ! Tapi dengan cara aku berblog ini , apakah aku akan dapat 5 angka ?? Memadai dengan apa yang kita usaha dan modal kita .. Nak lagi banyak kena guna kreativiti serta modal .. Blog kena nampak profesional .. Cara penulisan lebih 'gah' .. Promosi kena kuat .. Kekuatan teknik berblog perlu ada .. Jangkamasa .. Sasaran .. Banyak lagi faktor yang bisa membuatkan kita boleh capai apa yang kita nak ...
Buat masa sekarang , ramai yang sekadar bergantung pada iklan 'kejap kejap' tu .. Fikirkan .. kenapa perlu harap yang itu je.. kenapa tak buat bisnis sampingan melalui blog ? Banyak cara sebenarnya .. Tapi kita dibelenggu dek 'satu' tu jer .. Yang lain , 'sukar' .. Dan yang pastinya orang kita ni , segalanya nak cepat dan banyak .. Tapi modal tak nak keluar.. Fikirkan tu ..
Ali dan Abu .. Belajar sama sama .. Ali belajar sampai tingkatan 5 dan Abu sampai ke universiti .. Jika mereka memohon bekerja di satu syarikat .. rasanya sapa jadi bos dan sapa kali orang bawahan ?
Disini sapa yang lebih rajin dan paling layak akan menduduki jawatan tertinggi tapi !! Sapa tau berkat kerajinan serta daya usaha , tak mustahil mereka akan berdiri sama tinggi duduk sama rendah .. Cuma masa saja akan menentukannya ..
Jangan mudah putus asa .. Bukan dalam bidang ini saja , tetapi dalam apa jua bidang yang kita ceburi .. Ini maksud aku .. apa saja !
Salam .. selamat pagi .. hehe... Rabu dah kan.. Masih aku ingat lagi Isnin lepas aku update entri di sini , stesen ERL .. hurm...
Tak sangka.. dah setahun usia blog aku ni .. Sekejap je masa datang dan pergi .. Tapi alhamdulillah... berbaloi jugak aku dalam dunia blog ini ..
Sepanjang aku bergelumang dengan dunia blog ni,pelbagai cabaran yang aku terima . Orang ingat berblog ni mudah.. Mmg betul sangkaan dia .. Ibarat bekerja la.. Kalau sekadar bekerja untuk dapat gaji bulanan , maka pergi dan balik kerja.. Kat pejabat , buat je keje tuuuuu sepanjang hidup .. Tiada peningkatan jika tiada niat untuk mempertingkatkan taraf kerjaya .. Maka kawan kawan lain berjaya naik pangkat , kita masih di takuk tu .. Camana tu ?
Blog .. kalau kita ikut cara mereka yang sekadar 'bercerita' atau 'menyampaikan' maka itulah blog kita .. Tak kisah ada orang baca ke takde ke .. tiada sebarang masalah buatnya .. Yang penting , dia update... Ok la kan ..
Tapi bagi mereka yang benar benar nak menjadikan blog ini satu 'kerjaya sampingan' maka usaha perlu ada .. Usaha , idea , kreativiti di samping kesabaran perlu seiring ..
Hurm... pelbagai cabaran dan dugaan untuk sampai ke satu tahap yang mana korang sendiri tak terduga kejayaan .. Mungkin nampak biasa tapi bagi yang merasakannya , akan tersenyum walaupun penat ..
OK la.. erl dah nak sampai.. jumpat kat opis nanti .. banyak keje nak buat ari ni ..
Ada banyak contoh lagi.. sesuai nak bagi hadiah kat aku.. eh.. kat kawan kawan atau apa saja la nak buat .. hehe ... nak tengok lagi , ada banyak corak woo .. meh sini > Delicious Cuppies
Hehe.. blog ni unik bagi aku , amat menarik ... Tak de makna nak tarik tarik trafik .. betul betul buat atas minat ... nak tau ? hehehe... aku malas nak bebel panjang panjang sebab kalau korang nak tau lebih lanjut .. g je tengok kenapa aku kata menarik dan unik ... Jangan tengok sebelah mata orangnya ... 'berisi' tapi 'menunduk' ... tu yang sepatutnya kita buat .. jom... > HANIZ-EYECANDY
Hahaha.. aku mati kali ni... hahaha... tamo jawab boleh ???
"Apa kriteria yg buatkan ben nk baca & komen blog org len ?" , soalan dari Azfa ..
Hurm... tak yah jawab la yer ... Yelah , yelah ... Aku jawab la ..
Aku blogwalking dari bloglist yang ada di side bar aku dan juga KELAB BLOGGER BEN ASHAARI .. Tajuk tajuk yang menarik mata aku , akan membuatkan jari aku gatal nak mengeliknya ..
Kemudian , kepantasan loading .. Tidak membebanan laptop/pc aku .. Kadang kadang ada blog yang buat pc aku berbunyi cam traktor ! Haa.. bila tutup , terus ok.. Bukak blog lain , ok pulak.. bermakna blog tu 'berat' untuk dibuka..
Ketiga ... cerita dalam tu .. kalau memerlukan aku meninggalkan komen , maka aku akan tinggalkan komen .. kadang kadang mereka sekadar bercerita di dalam entri tu , maka aku rasa macam tak sesuai untuk meninggalkan dalam tu .. Kalau diminta pandangan , jika sesuai dengan aku , aku akan tinggalkan juga ..
Keempat , aku suka masuk blog yang ringan ceritanya .. Kepala aku dah cukup berat dengan dunia realiti .. hehe.. tak nak semakkan lagi dengan cerita cerita berat tapi tidak membawa perubahan pada mana mana pihak ..
Tu je la kot .. ada lagi ke ? Aku harap takde sapa sapa terasa .. Sbb bukan satu blog je aku nak kena g... buat pengetahuan , trafik aku hampir 4 ribu UV sehari dan komen setiap hari ada beratus .. dan skang dah nak hampir 30 ribu komen .. huhu.. Masak aku nak masuk sorang sorang gitu.... Abis broadband aku ... huhu ..
InsyaAllah .. semua yang ada dalam segmen ni , aku jejaki sorang sorang bila aku free .. skang ni aku hanya mampu membalas jasa korang dengan buat segmen ni .. bukan senang nak kutip satu satu komen dan jadikan entri .. pastu nak g promote dalam FB .. Bukankah itu lebih baik dari aku tinggalkan komen yang ... sekadar ucapkan 'hi' je ?
ERmm.. ada lagi yang terlepas pandang eh .. ayah_ibu_nasuha
Nak tutup tak segmen Suai Kenal ni ? Membantu ke bagi korang ? Ada yang kata tak membantu ... Kenapa yer ?
Em... kalau tidak membantu , apakah cara lain yang terfikir oleh 'anda' untuk membantu mereka ? Apakah mereka perlu bergerak sendiri ? Mari kita berenang untuk ke seberang .. Sesiapa yang pandai berenang maka dia akan sampai ke daratan .. Jika tidak ? Dibiarkan terkapaikah ?
Mmg ada banyak cara yang diajar dalam internet ni .. Ada yang gunapakai dan memperbaiki teknik yang sediaada tu namun segala teknik tu dari dulu dah wujud dan digunakan ..
Mereka menggunakan teknik tu mereka menggunakan bahasa antarabangsa .. Kalau guna Bahasa Melayu ? Bagaimana nak tarik pembaca luar negara dengan menggunakan bahasa Malaysia ni ?
Korang faham tak ni ? Aisey... penat je aku bagi ceramah kat sini , korang terkebil kebil .. haaaa... Tak faham ? Ok. kita guna je cara 'murah' ni .. Berbaloi atau tidak , korang je yang tahu .. Aku ? Penat g page lama , kutip semua url , dan buat entri ni .. Pastinya ada pembaca blog aku boring sbb entri ni tapi inilah harga aku terpaksa bayar untuk menjayakan segmen ini .. Rugi hari ini untung kemudian hari ..
Ok .. Fasa seterusnya .. fasa berapa dah ni ? 14 ? ok ..Sebelum tu , aku nak minta maaf buat mereka yang tercicir.. Samada aku terlepas pandang aku atau mereka terlupa nak paste entri tu.. haaa.. sapa salah ?? Tak pe.. tak kisah .. jangan cari salah sapa sapa kat sini tapi perbaikinya bersama .. Tu konsep yang patut kita pegang .. Ok ?
Senarai yang tercicir... maaf yer.. untuk rujuk fasa fasa sebelum ini , sila ke sini .
Ok... ni Fasa 13 ...
Ini je untuk malam ni .. hehehe .. kang banyak banyak , ada yang tertidur depan pc / laptop korang tu .. aku gak dipersalahkan ... hehe..
Perasan ? Aku perasan .. Lama lama nanti korang perasan .. Terdapat dua jurang yang sengaja dicipta .. Hehe .. Tak perlu pelik .. Satu hari nanti korang jugak akan 'pergi' ke benua itu ..
Kenapa aku tak nak pergi ke sana ? Aku berpegang pada satu prinsip .. 'Tiada pendidik , pengajar tidak berguna' ..
Bukan tak berminat , cuma aku rasa lebih seronok begini .. Mereka baca , mereka terhibur ... Sambil sambil berdakwah.. Aku bukanlah baik sangat dan banyak sangat amalan aku di dunia ini .. Jadi , biarlah blog ini menjadi sebahagian dari amalan yang aku buat ..
Apa juga alasan untuk berblog , bagi aku biarlah masing masing mendayung sampan masing masing .. Tak perlu nak pasang bom kat sampan orang lain agar dia karam .. Antara canggih atau tidak sampan tu , tu terpulang pada pemilik sampan tu .. Yang penting , sampai ke destinasi .. dan juga apa yang dia buat di sepanjang perjalanan ke destinasinya ..
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu 32 lubang atau kesan tembakan ditemui pada kereta Proton Iswara Aeroback putih yang dipandu Aminulrasyid Amzah, yang mati terkena tembakan, April lalu, ketika diperiksa seorang ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia.
Saksi Pendakwaan ke-24, Ketua Unit Senjata Api dan Kesan Alat, Seksyen Kriminalistik Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Shaari Desa, berkata lubang atau kesan tembakan itu ditemui dari arah belakang di cermin belakang kereta, sisi belakang kereta, ekzos, tangki minyak, bawah kereta dan tayar.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, beliau berkata kereta itu diserahkan pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Abd Halim Ismail pada 5 Mei lalu untuk diperiksa.
Hasil pemeriksaannya, beliau menemui tiga jenis kerosakan iaitu kerosakan akibat pelanggaran, tembakan dan kerosakan lain.
Dr Shaari memberi keterangan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar dalam perbicaraan kes Koperal Jenain Subi, 48, atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15.
Jenain yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini, pada jam 1.10 pagi, 26 April lalu.
Dr Shaari berkata, hasil pemeriksaan beliau menemui satu lubang peluru masuk dari arah belakang dengan anggaran sudut 13 darjah, dari kiri pada cermin belakang dan menembusi tempat letak kepala kerusi pemandu.
KUALA LUMPUR: Hujan serta ribut petir diramalkan berlaku malam ini di satu dua tempat di Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.
Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan hujan turut diramalkan pagi esok di beberapa tempat sekitar pantai Kedah dan Perlis.
Pada petang dan malam esok pula hujan berserta ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. - BERNAMA
Kesian kan pengadil kita.. tau kita maki hamun je bila ada tak kena... cuba la baca sendiri apa kesnya .
KUALA LUMPUR: Banyak pihak merungut bahawa mutu pengadilan bola sepak negara semakin merosot, malah ada berpendapat ia antara yang terburuk di rantau ini.
Kadar elaun yang rendah kepada pengadil tempatan mungkin satu faktor penyumbang terhadap kemerosotan itu, namun ramai terlepas pandang.
Menyedari kepentingan perkara tersebut, Jawatankuasa Pengadilan Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil inisiatif mengkaji semula kadar bayaran elaun yang sewajarnya kepada pengadil tempatan.
"Pengadil adalah orang yang paling penting di padang kerana mereka yang menentukan sama ada sesuatu perlawanan itu berkualiti, ataupun sebaliknya," kata pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz, hari ini.
Beliau berkata, jumlah yang diterima perlu setimpal dengan beban tugas pengadil kerana ia bukan hanya setakat di padang, sebaliknya mereka perlu menyiapkan laporan setiap kali tamat perlawanan.
Astaman yang juga timbalan presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur berkata, anak muda tempatan kini kurang berminat menjadikan profesion itu sebagai kerjaya.
Beliau berkata, bukan mudah untuk menjadi seorang pengadil kerana seseorang itu perlu menduduki beberapa peperiksaan yang diiktiraf Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), sebelum mendapat lesen pengadilan.
"Jika kita mampu tawarkan jumlah bayaran dan kemudahan yang lebih baik, saya yakin lebih ramai anak muda tempatan yang berminat untuk menceburi bidang ini," katanya.
Beliau berkata, aspek pengadilan adalah satu elemen penting yang perlu dimajukan secara bersama, seiring dengan pembangunan bola sepak tempatan.
Astaman berkata, sehubungan itu, pihaknya akan membawa perkara tersebut pada mesyuarat peringkat EXCO dalam masa terdekat.
Sementara itu, seorang pengadil yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad berkata, cadangan tersebut amat dialu-alukan oleh semua pengadil tempatan, selepas sekian lama kebajikan mereka terabai.
"Kadang-kadang kami sebagai pengadil, terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri kerana kos perbelanjaan adalah lebih besar berbanding dengan jumlah elaun yang diterima.
"Namun, atas sebab minat dan cinta kepada sukan bola sepak, kami sanggup terus memilih profesion ini sebagai kerjaya sampingan," katanya.
Beliau berkata, untuk berdepan sukan bola sepak moden yang kian mencabar, pengadil terpaksa mengambil makanan tambahan serta rawatan sama seperti yang diperlukan pemain, dan kosnya agak tinggi.
"Pengadil pada era ini perlu berlari lebih pantas daripada pemain, (jadi) untuk kekalkan stamina, pengadil juga perlu terus berlatih dan ia juga membabitkan kos dan masa, sedangkan kebanyakan pengadil mempunyai kerjaya lain," katanya
Ahmad berkata, luahan hati beliau berhubung perkara itu bukan bermaksud mahu mendesak FAM.
"Saya harap perkara ini tidak dipersoalkan oleh banyak pihak, kerana cadangan menaikkan elaun pengadil bukanlah satu pembaziran, sebaliknya ia adalah usaha untuk mempertingkatkan mutu bola sepak negara," katanya. - BERNAMA
Ada yang mintak aku paparkan semula kesemuanya .. Pada yang aku terlepas pandang tu , tolong bagitau sekarang yer.. paste url korang tu di entri ini ..
FASA : 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 daaann ke 13 !!!
Hehehe.. ok.. sila silakan ... jgn lupa singgah no 10 tu sekali tau.. hahaha... TQQQQQQQ