Hah ??? Kul 7 pagi ?? Adoi... camana ni ? Lewat sangat dah ni .. subuh pon terbabas.. takkan tak kunci alarm ? Aku tanya wife , dia kata kunci .. hurmm ..
Nak g ke tak nak ni ? Kalau g sah sah lambat sangat sampai .. Buat orang menyampah je datang lewat keje .. Hurmm .. Nak tak nak .. nak tak nak .. Ada erl kul 730.. aku ada 10 untuk siap ..
Bertukar !!! Tapi aku mandi la... Yang mamat ni sah sah awal awal lagi dah mandi .. Maknanya mandi ala ala superman je.. Bukan cara abang Ramlee yer ..
Wife aku drive ala ala untuk segera sampai.. Sbb dia ada tempoh 10 minit yang biasa amik masa 15 minit untuk sampai ke stesen ERL Putrajaya ..
Sempat !! Timbul satu masalah lagi .. Aku sakit perut .. Tak sempat .. hehehe.. maklumlah segera punya mandi .. heehehe.. malu la i.. hahahaha..
Muka ngantuk , mata merah .. tak bermaya jer.. pakai la spek hitam untuk coverline.. nasib baik matahari pon dah keluar .. kalau tak sah sah orang kata aku hisap dadah.. hahaha..
Harap harap LRT tak wat hal .. Alhamdulillah .. dah ok dah LRT..takde berenti berenti dah .. Bagus.. Camni la Rapid..Terima kasih !!
Perutku memulas mulas.. mintak dilepaskan .. hahaha.. camana ni ? Perlukah aku berlari ala ala untuk segera sampai ??? Hurmm.. ni pakai baju batik ni ... camana eh.. tak pe.. aku jalan dengan selaju mungkin .. Arghh ..
Beg aku ni menganggu sungguh.. Asik mengelongsor jatuh jer .. Sbb baju aku jenis kain licin .. susah nak melekat lak .. masa naik tangga , aku cuba melangkah dengan cepat.. Beg pulak wat hal ..
Tak pasal pasal aku hampir tersungkur kat situ .. Ada orang lak tu .. Ahh.. nasib la.. tolak tepi malu..Yang aku tau , aku perlu sampai sebelum 830 dan segera ke tandas.. hehe..
Erm... lif ke pejabat aku lambat lagi.. tapi ke satu bahagian lagi dah depan mata.. Aku naik lif tu.. ke unit imigresen.. Punch je kat situ pastu plan terus ke tandas situ ..
Lega.. sempat .. 8.24 pagi.. Perut ku dah berhenti memulas.. Tensen tak kalau korang ?? Tadi beria punya memulas.. Cam nak mati dah lagaknya .. Bila tandas depan mata ??? Tak nak lak .. ARgh... Borak jap ngan satu abang IMI kat situ pastu keluar naik ke opis aku..
Keluar je ke lif tu , perut aku memulas balik !!!! Hadoiii... nasib baik la perut !! kalau bukan perut mau je ngan dia dia aku buang .. haih.. Sampai opis... ala.. aku rasa part ni korang tau la kan .. hehehe..
Lapar la pulak ...
Baru pas tengok TAKERS di Alamanda .. Best ? 3 bintang dari aku .. Kalau sapa kata best giler , aku syorkan dia tengok ITALIAN JOB dan OCEAN ELEVEN ( dan sambungan dia ) .. Perfect ! ahahah
Lepas abis wayang , terjadi satu insiden .. ehehe .. boleh aku cerita je ?? Member aku tak kasi cerita .. hahahaha ... Disebabkan 'kebijaksanaan' member aku ni , maka aku ngan dia terpaksa tunggu sejam lagi selepas abis movie tu disebabkan kereta dia diblock oleh kereta lain .. Nasib baik ada kedai mamak dok bukak lagi .. G antar wife aku dulu pastu g lepak kat sana ..
Hahahha.. dah nasib badan .. nasib baik sejam je.. kalau 2-3 jam ?? Mau gak suh dia tidur dalam kereta tu.. hahahaha..
Ok geng.. lewat dah.. aku tidur dulu yer.. kang esok tak bangun lak.. hehe.. Salam ..
Wawawwa.. sapa suruh haaa ... memandai je dia yerrrr... Oooo .. buah terjemahan sendiri yer ... Mmg ni .. saja jee yer ... Tapi tak pe .. Kreatif.. berani bersuara di sini.. Suka suka ... Tu antara tujuan ruangan komen dibuat ..
Oh ya.. pastinya ramai nak tau apa kes ni kan ? Korang dah baca entri aku yang tadi tu ? Yang sebelum ni .. Belum ? Kalau belum , sila ke catatan lama untuk membaca entri tadi tu.. Ramai yang tetiba sedey woo ... aku pon tak tau nape .. ni mesti ada 'kes' dulu kann.. kan .. hehehe.. guwau jer... jgn marah aa .. tak jumpa ?? klik sini
Sebenarnya tu antara entri aku yang lama.. saja aku keluarkan semula.. bagi aku tu permulaan entri aku yang menggunakan gambar tapi mempunyai maksud yg berlainan ...
Ok.. kalau nak tau sapa si Qila yang memandai ni.. hehehe.. i likeee... memandai mandai tapi mmg pandai.. hehehe...pe kata kita g jumpa dia di 'rumahnya' .. jom jom ...klik QILA
Hamboiii.. cakap kat mak kata nak buat assigment .. tapi ?? haaa... tamo tamo.. gatal kalu kasi kawin terus !! Nanti ada yang masuk sekolah kat melaka tu .. haaaa.. Say No No No !
Pakcik tgk wayang ni... ni autpost tapi .. haaa... pakcik tauuuu... Ada yang sedang memerhati tuuu ..
KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara gagal menyekat kemaraan pasukan Jepun yang terus mendahului pasukan lain dalam saingan kumpulan A pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China apabila kecundang 2-0 di Stadium Huadu hari ini.
Meskipun Malaysia mampu mengawal pemainan dengan baik pada babak awal perlawanan, namun kesilapan barisan pertahanan negara ketika menerima serangan Jepun telah membuka ruang kepada Kensuke Nagai untuk melakukan jaringan pertama pada minit ke-26.
Di minit terakhir separuh masa pertama, Malaysia yang kelihatan tertekan dengan kedudukan 0-1 melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol lawan namun gagal untuk membolosinya.
Selepas rehat, kedua-dua pasukan negara bermain dengan corak permainan yang lebih agresif namun Jepun lebih bertuah dengan kehadiran gol kedua pada minit ke-64 hasil tandukan kencang Hotaru Yamaguchi.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata beliau berpuas hati dengan persembahan skuad kebangsaan negara biarpun tewas 0-2 kepada pasukan Jepun.
"Kita tidak boleh meletakan harapan tinggi kepada skuad bola sepak negara kerana Jepun adalah pasukan yang kuat berbanding dengan skuad negara, lagi pun beberapa orang tunggak utama negara tidak dapat bermain dengan baik akibat daripada kecederaan," katanya ketika dihubungi.
Jepun menduduki tangga ke-30 dalam ranking dunia manakala Malaysia hanya berada di kedudukan ke-149.
Bagaimanapun, Azzuddin berkata Malaysia masih mempunyai peluang untuk melangkah ke pusingan berikutnya (pusingan kedua) sekiranya mampu menewaskan China pada perlawanan ketiga, pusingan pertama kumpulan A yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.
Pertemuan Malaysia-China dijadualkan berlangsung di Stadium Tianne pada 7 malam waktu tempatan. - BERNAMA
Serius .. aku baru nak tengok... tengok pon dah tengah tengah .. Syukur.. aku tak bazirkan duit tgk kat panggung dulu ... haih.. bukan tak nak sokong tapi nak buat filem pon , biarlah masuk akal .. Yang nak ditemberangkan pon orang melayu weh ... Serius la.. macam tengok cerita katun jer ... haih ... pelik betul la..
Sokong filem melayu ? Ya .. aku tngk gak filem melayu dipanggung.. tapi bila filem aksi lebih lagi yang aku rasa dok tiru filem luar , aku fikir berkali kali nak tengok .. Malas nak sakit hati dan tertipu..
Macam skang ni aku dok tengok IMPAK MAKSIMA.. Mmg tensen tahap maksima tengok trick yang terang terang tahun 80an punya .. haih... tolong laa... penonton skang ni dah didedahkan dek filem yang canggih dari luar negara .. Terasa giler perbezaannya ..
Bukan nak banding tapi itulah kenyataannya kenapa ramai dok memilih filem luar dari tempatan .. hurm.. Maaflah yer .. aku bukan nak kritik .. cuma ini pendapat aku kenapa aku tak nak dah tengok filem aksi buatan Malaysia ..
Tapi bila ada filem tempatan yang berjaya ke luar negara maka timbul isu agar filem tu nampak lekeh .. aisey... bilanya nak berjaya eh ?
Maka terasa la diri tu dah bijak macam ..
Padahal tak sedar sebenarnya awak tu masih lagi ....
Bila ditegur perangai tu , mulalah ..
Sikit sikit kata mak bapak nak ..
Padahal mak bapak korang tu ..
Kalaulah mak bapak korang tu jahat sangat , dari kecik lagi diorng dah ..
Hurm...Ni umur baru
Dah berlagak macam ..
tapi bila ngan boyfriend atau girlfriend lak , korang ..
..
masa manis boleh la ...
bila time ni ??
Atau
baru laaaa korang nak cari balik
atau
Haaaa..tu kira nasib baiklah korang sempat
kalau tak sempat ?
Camana ?
Bak kata
FIN
Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!
sailfulislam.com
Maaf .... Berita terkini ..
KUALA TERENGGANU: Terengganu dijangka mengalami banjir besar, bulan ini atau bulan depan, sekiranya hujan turun melebihi paras normal.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana (JPBB) Terengganu, Datuk Mazlan Ngah, berkata Jabatan Meteorologi meramalkan Terengganu akan mengalami jumlah taburan hujan 20 hingga 40 peratus melebihi paras normal pada musim tengkujuh sehingga Mac tahun depan akibat kesan Fenomena La Nina.
"Ia boleh menyebabkan berlaku beberapa episod hujan lebat serta bencana banjir di negeri ini," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Mazlan yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa kejadian air pasang besar diramal akan berlaku di Terengganu dalam tempoh seminggu dua ini.
Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengenalpasti 198 kawasan yang sering dilandar banjir di negeri ini.
Di Besut, katanya, terdapat 30 kawasan, Setiu (21), Kuala Terengganu (17), Marang (27), Hulu Terengganu (29), Dungun (32) dan Kemaman (42).
Sebagai persediaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah menyediakan sejumlah 341 pusat pemindahan yang berupaya menampung seramai 48,807 mangsa banjir dalam satu masa.
Pusat itu ialah di Kuala Terengganu 27 buah, Kemaman (36), Dungun (52), Besut (98), Hulu Terengganu (73), Marang (23) dan Setiu (32).
Pada masa sama, JKM sudah mengenalpasti sebanyak 121 pangkalan hadapan di seluruh negeri iaitu Kuala Terengganu (3), Kemaman (16), Dungun (10), Besut (22), Hulu Terengganu (33), Marang (15) dan Setiu (22).
Mazlan berkata, bilik gerakan banjir negeri akan dibuka 24 jam apabila banjir berlaku lebih dari satu daerah, manakala bilik gerakan daerah pula akan dibuka sebaik banjir melanda daerah berkenaan. - BERNAMA
Walaupun korang bergelar blogger , aku harap ... janganlah sampai jadi begini !!
jgn ternganga bila tengok trafik blogger lain !
jangan bergaduh dengan blogger lain
jangan tidur depan pc / laptop
jangan rosakkan harta peribadi kerana trafik rendah
jangan menyorok bila mak panggil untuk buat kerja rumah !
jangan sampai tak makan ! Jaga kesihatan tuuu
jangan ngorat bini / laki orang !
belajar belajar la godek sendiri yer ..
dan yang terakhir ..
jangan lupa rakan rakan seperjuangan bila dah naik .. okeh ? Semoga berjaya .. Pakcik nak undur diri untuk hari ini .. Nak rehatkan minda ..
Hehe.. kalau korang nak tau ... mereka mereka inilah yang membuatkan blog aku meletop di dunia blogging dengan mendadak ...
Dikenali dengan otai otai masakan di 'dunia mereka' sendiri... Pergh.. tak rugi berkenalan dengan mereka.. serius.. kalau pandai ngorat , dapat duduk dalam bloglist mereka dah cukup bagus wooo ..
Ok.. nak tau sapa mereka ni ? Jom kita kenal sorang sorang ..
- MAT GEBU
- LEMON GRASS
- UMMI ZAIHADI
- HANIELIEZA
- HANA MEMORIES
- KAK NOR SECUBIT GARAM
- MAMAFAMI
- SUEJOSHUA
- KAK YATI
Dan sorang ni .. bukan blogger masakan tapi blogger yang cukup rajin .. ehehe... respek dia .. hehe.. simple tapi menarik ... hehe
G la tengok sendiri blog diorng .. suka suka ...
Huh... amboi amboiii... Amboiiiiiiiii...HAMBOIIIIIIII... Sapa punya blog ni ? Nama dia .. sat tengok balik ..LYDIA .. Lydia apa ek .. sat .. haa .. Lydia Miza .. ooo.. nasib baik kat Qatar .. Kalau kat Malaysia tadi.. siap la diaaaa ...
Kenapa ngan dia ni ?? Huh... Panjang cerita dia .. tersangat la panjang... nak cerita lebih lebih.. aku tak sampai hati.. tapi yang pastinya .. hurmm.. hurmmm .. haihhhhhhhh... Erk.. tak pe la.. esok je la aku bagi tau... biarlah ku pendam saja perasaan ku ini .. tak sampai hati aku .. Tidakkkk mungkinnn ku berpaling laaagiiii... Saalaah sangkaaaa .. huh.. Zamani la plakkk ..
Ok.. gini.. aku sebenarnya segan ni.. nak bagitau kat korang.. aku segan .. tapi kan kena la gak bagitau .. Aku nak ucapkan tahniah diatas pernikahan dia ... huk huk... eh.. salah.. ucapkan terima kasih sbb blog dia antara penyumbang trafik yang tinggi ke blog aku .. tak sangka kan ? Aku pon tak sangka .. Ku sangkaakaannn panassss ...berpanjaangaan.....
Hehehe.. kalau korang nak masuk bloglist dia.. g la ngorat dia kat blog dia tu haa.. aku tak leh dah .. Full house.. hahahaha .. meh sini meh > LM
Gurau je LM.. ehehe..balas balik.. hahahaha..
Ada keyword HD2 dalam nuffnang aku .. Mungkin dia nak cari info sesiapa yang pernah guna HD2 ni .. hurm.. aku guna.. maka nak kongsi la skit ..
Aku baru guna HTC HD2 ni dalam sebulan lebih .. Sebelum ini aku guna TYTN 2 selama 3 tahun sehinggalah skrinnya pecah disebabkan terjatuh atas lantai yang mana batunya kalau kena kat kepala pastinya pecah juga .. haaa... TYTN2 dah berkali kali jatuh tapi , ok je.. mmg tahan lasak dan stabil sekali ..
Skrin yang pecah tu kalau dibaikpulih , kosnya cuma dalam RM300 lebih jer .. Yang bagusnya , aku beli kedua dua hp ni kat PDA EXPERT LOW YATT PLAZA .. Segala perisiannya adalah dijamin sepanjang umur hp tu.. kalau software corrupt , mereka akan reinstall segalanya , PERCUMA.. FOC .. Mereka hanya akan rujuk pada bahagian dalam hp tu untuk melihat trademark mereka .
Bagi aku TYTN 2 terbaik di zamannya .. hehe .. Ok... HD2 ni lak .. Semalam aku compare dengan HD7 .. Aku batalkan niat aku nak sambar HD7 disebabkan beberapa kelebihan HD2 tiada di HD7 .. antaranya WIFI ROUTER .. dalam HD2 ada .. hanya perlu hidupkan router itu dan mana mana laptop yang mempunyai WIFi boleh berkongsi menggunakanya..
Dulu , aku ada masalah dengan connection dirumah aku.. CELCOM mahupun MAXIS tidak begitu cantik di ruang tamu aku .. blind spot kata mereka .. Dengan adanya HD2 ni , aku hanya perlu hidupkan router , dan tinggalkan hp ni di bilik tidur utama yang mana coverage dia cantik sekali .. aku bolehlah online di ruang tamu tanpa sebarang masalah ..
Gambar ? Ada yang tanya aku kualiti gambar.. disini aku letak beberapa keping gambar yang aku upload terus ke FB dengan menggunakan HD2 ..
Ok.. banyak lagi yang bagus tentang HD2 ni.. kiranya aku tak menyesal la beli.. sayang wooooo .. Kalau nak tau spec dia yang lain , boleh la rujuk kat sini
Mana geng Putrajaya ? Malam ni Alamanda yuk.. kaya dah kannn.. Hahahaha.. oooooooooo.. kudukut yer ... Meh la melepakkan diri di Alamanda yang mahal tu ..
Rasanya malam ni nak regangkan jari jemari dari menaip blog.. Nak rehat semalam .. hehehe.. kasi fresh skit idea .. Korang pon mesti ada yang boring kan.. asik dok baca cerita pasal tu jerr.. kan kan ?
Ok... Ni ada satu permintaan seorang sahabat blogger.. biasanya aku kenakan bayaran untuk buat iklan walaupun 5 minit .. haa.. termasuk la promosi promosi blog tu .. hahaha. tak la..guwau je..
Si Skype ni haa.. nak beli cicak kubing .. ada sapa nak jual cicak kubing ? Dia plan nak buat movie , cicak kubingman tahun depan .. Sebanyak 3 ribu cicak diperlukan dari pelbagai jenis dan yg paling utama cicak kubing .. Hahaha.. Skype dah jegil bijik mata .. Nampak awek ke bro ? ahahhaa..
Tak la.. dia ada satu projek.. dulu aku penah buat entri pasal cicak ni .. tapi yang ni khas untuk mereka yang berada di Kelantan saja . Bagi yang berminat untuk mencari duit tanpa susah payah berblog , maka silalah baca entri dia ni .. klik SINI ..
Tuan penasihat , 20 percent !!!
Bukan la aku nak tengok sangat kan.. tapi dah lalu depan aku .. Maka terjojol je la.. tapi tak la sampai tahap nak 'terkam' .. adeh.. tersembur air tu ada la.. hahahaha ..
Tau nape ? Ada la ari tu .. dok tunggu lrt ... lalu la dua budak perempuan ni.. depan aku.. haaa.. dok jalan baek punya cat walk ala ala model perempuan kaki terseliuh gitu ..
Yang buat aku terjojol bijik mata tu .. dari baju dia sampai ke seluar dia .. mak aihh.. cam dah dikapankan ... maksud aku ialah kepala tu cam biasa la.. bertutup gitu dengan kain yang dipanggil tudung atau shawls tu .. tapi baju dan seluar dia .. huihhhhhhhhhhh .. membulat sana sini .. Haaa..bukan salah aku aaaa... rezeki mata orang kata ( awas !! dilarang sama sekali ikut.. berdosa ) .. haahaha.. ada gak kena tidur luar malam ni ..
Adoi.. dia tak segan ke ??? Ciri ciri wanita ISLAM kah itu ? Kenapa gadis sekarang ni ( bukan semua yer ) suka ikut fesyen yang tak sepatutnya diikutkan ? Ikut artis la .. model la.. jiran sebelah la.. Ikut seperti mana yang digariskan dalam ISLAM tak leh ke ? Susah sangat ke ?
Nak tanya.. kalau masuk tandas tu , sempat ke bukak kalau dah emegency ??
Ingatkan je.. kot nanti tak la kena kacau atau kena cabul ditempat awam ... Sapa bersalah ? Lelaki jugak .. Boleh tak buat aduan ? Kes penderaan seksual ?? Tanya je ni .. Buta undang undang ..
Ampun dan maaf .. Selamat hari raya ..