Kalau korang perasan , aku hanya bermain sekitar blogger blogger baru jer .. Tiada aku bercerita tentang blogger blogger lama kecuali geng geng blogger masakan ..
Jika aku berterusan begini , aku takkan ke mana mana .. blog aku hanya hanya bertaraf begini sahaja .. Nak keluar suratkhabar ? Jauh sekali la kan .. lagi pon aku tak berharap pon sbb blog aku ni tak de apa pon yang menarik .. Tapi ada yang pelik kan ? Kenapa blog aku jadi tumpuan ? Jangan pelik .. tu kenyataannya ..
Tapi ! Aku tak menyesal langsung .. aku rela begini lagi dari maju lebih jauh.. sbbnya aku suka ditahap begini.. kalau orang kata blog ben ashaari ni blog tah hapa hapa .. aku senyum.. tak mengapa.. sbbnya mmg aku nak begini .. Hari ini , esok dan selamanya .. InsyaAllah , cerita dalam blog aku ni adalah cerita hati aku ...
Aku tak nak popular .. aku tak nak glamer .. aku tak nak jadi top blogger .. Tamo dan tak berminat .. apa yang aku nak .. cukuplah apa yang aku dapat sekarang .. Alhamdulillah ... rezeki yang aku tak sangka yang aku boleh rasa , yang selama ini aku hanya mampu tertelan air liur bila orang berbicara mengenainya ..
Aku boleh , korang pon boleh.. Ni ada sorang adik adik blogger kita ni ingin mencuba nasib dalam bidang penulisan .. Apa kata kita bagi mereka sokongan ..
Terima kasih semua atas sokongan korang yang tak berbelah bagi terutama BORAK KOSONG yang sering mendahului aku bila jadi FOLLOWER mereka .. hahahaha.. adeh.. MAT GEBU pon sama gak.. tau tau muka diorng terpacak dalam tu .. Aik ??? Baru masuk je tau tau diorng dah terpacak dalam tu.. Hahahha..bagus bagus...