JOM MENGUNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA di sini
Hehehe.. idea baru dah masuk... kita abiskan segmen ni dulu kemudian kita mulakan yang baru.. okeh ??
Dengan rasminya , segmen ini ditutup dan bermula segmen baru ... okeh ?
JOM MENGUNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA di sini
Hehehe.. idea baru dah masuk... kita abiskan segmen ni dulu kemudian kita mulakan yang baru.. okeh ??
Dengan rasminya , segmen ini ditutup dan bermula segmen baru ... okeh ?
Huih.. biar betik ??? Member aku cakap kat aku semalam ... masa cuti ari tu dia balik kampung dia kat ...... tak leh bagitau .. nanti aku kena saman ...
Dia nak layan NGANGKUNG ( RM3.5 juta , 5 hari ! WoW) ... sementara tunggu tiket diprint , mulut dia gatal tanya kat staff situ pasal 2 ALAM ..
Orang tu cakap .. kalau cukup 5 orang , baru filem tu boleh ditayangkan .. Kalau nk tengok , kena la cari lagi 4 orang .. Erk..takkan gitu sekali ?
Aku tak faham memula tu .. Dia kata .. takde orang nak tengok 2 ALAM tu ! Jadi takde tayangan le .. Aiseyman .... gitu sekali ke ?? Sian sian ... tak pe.. aku yakin target RM40 juta tu tercapai satu hari nanti ..
Sabar yer DDR.. Rambut tu , sikat skit .. nampak kusut.. Be cool yer..
BA : JOM MENGUNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA di sini
Tertuduh mengaku bersalah cederakan dua anak turut dihukum dua sebatan
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan kepada seorang lelaki kerana mendatangkan cedera parah terhadap anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, dengan simbahan asid.
Bagi pertuduhan kedua iaitu mendatangkan cedera pada anak bongsunya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, tertuduh, Mat Haizan Mat Yasin, 32, dihukum penjara dua tahun dan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula tarikh ditangkap pada 16 Ogos lalu.
Hakim M Bakri Abd Majid menjatuhkan hukuman itu selepas menimbangkan pengakuan bersalah Mat Haizan serta mengambil kira sokongan keluarga itu yang masih melawat mangsa di Penjara Marang walaupun menjadi mangsa perbuatan kejam tertuduh.
M Bakri dalam penghakimannya berkata, penjara dalam tempoh panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang akan berubah tetapi kasih sayang keluarga dapat memberi peluang pesalah memulakan hidup baru.
"Dalam kes ini, tertuduh bernasib baik kerana keluarga masih sudi melawatnya di penjara tetapi terpulang kepada isterinya sama ada mahu menerimanya semula atau tidak.
"Saya ingin mengingatkan orang yang kuat bukan kerana berjaya mengalahkan berpuluh musuh tetapi mereka yang boleh mengawal nafsu marahnya,” katanya.
Mengikut kertas pertuduhan, Mat Haizan yang menganggur didakwa sengaja mendatangkan cedera parah terhadap Nurul Dahyatul Fazlinda dengan menggunakan benda melecur iaitu asid, pada jam 1.45 pagi 15 Ogos lalu, di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Irfan Firdaus pada tarikh, masa dan tempat sama.
Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan empat beranak iaitu isteri, dua anak dan ibu mentua Mat Haizan cedera akibat terkena asid dilempar tertuduh yang berang dengan tindakan isterinya meminta cerai.
Dia dikatakan memecah masuk rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa sebungkus plastik cecair mengandungi asid yang kemudian disimbah kepada mereka.
Dalam prosiding semalam, tertuduh diwakili peguam Faezahnoor Hassan, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama pada 25 Ogos lalu, selepas mengaku salah menyimbah asid ke atas isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28.
-BHARIAN-
LONDON: Pengasan WikiLeaks, Julian Assange kini didakwa berdepan risiko dibunuh berikutan pendedahan lamam web pembocor maklumat itu yang mengeluarkan ratusan ribu maklumat rahsia Amerika.
Jurucakap laman web itu, Kristinn Hrafnsson hari ini berkata, Assange akan kekal bersembunyi untuk keselamatan dirinya.
Beliau berkata, nyawa warga Australia itu kini terancam selepas ahli poliik Amerika mahu dia dikenakan tindakan undang-undang sebagai pengkhianat, manakala penasihat kepada Perdana Mnteri Kanada, Stephen Harper dilaporkan berkata Assange sepatutnya dibunuh.
“Kami menerima ancaman sedemikian daripada kerajaan dan pengkritik dan sebahagian daripada mereka amat menakutkan dengan mahu Julian Assange dibunuh dengan kejam,” katanya dalam satu debat di Frontline Club di London.
Hrafnsson berkata, tempat Assange kini berada perlu dirahsiakan walaupun sebelum ini dia dikatakan berada di Sweden dan London.
Assange juga kini diburu Interpol berikutan satu waran tangkap dikeluarkan pihak berkuasa Sweden berhubung satu kes rogol membabitkannya. - AFP
Iklan berbayar - Cara menghilangkan buncit
Kami Real Dreams Consultancy sebuah syarikat hartanah berdaftar di Kuala Lumpur mempunyai kekosongan jawatan 'runner' disekitar kuala lumpur & selangor..
Syarat kelayakan :-
(1) berumur 25 - 30 tahun ke atas sahaja
(2) warganegara malaysia
(3) mempunyai motosikal sendiri dan lesen memandu
(4) mempunyai pengalaman sebagai runner /
despatch
(5) Wajib mempunyai surat rujukan dari majikan2
terdahulu
(6) sanggup bekerja lebih masa
(7) Berpewatakan menarik,dinamik & jujur
Gaji pokok yang ditawarkan ialah RM 1500 belum termasuk
(i) komisyen
(ii) elaun
(iii)loyalti
(iv) claims
(v) Bonus
-income banyak kerja banyak..runner di syarikat kami biasanya berpendapatan lebih RM 3000 sebulan..
Diutamakan pemohon2 yang tinggal di kawasan Cheras/Pandan , Setapak/Wangsa Maju , Pantai/Jalan Klang Lama
diperlukan segera..
Yang rasa tak layak tak perlu hubungi.
hubungi en.ahmad 0122282322
(sms atau e mail tidak akan dilayan)
(en.ahmad)
Ala .. filem tu meletop sbb pelakon dia semua popular ...
Ala .. filem tu meletop sbb ada adegan seksi ..
Ala .. filem tu meletop sbb cerita dia lawak bodoh ..
Ala .. ala .. ala .. ala .. dan banyak lagi ala .. Macam macam punya ala ada ... Aladin takde lak ??
Entah la.. kita ni seringkali tak berpuashati dengan keadaan sekeliling .. Ada saja yang kita cari alasan untuk menutup segala kelemahan yang kita ada .. Kenapa tidak terima saja kenyataan itu dan perbaiki segala kelemahan tersebut ?
Blog aku tak best .. so what ?? Aku tulis apa yang aku nak tulis .. Yang penting takde sapa sapa letakkan pisau kat tengkuk aku sewaktu aku taip entri aku ..
Dah rupa aku begitu.. Nak kata apa ? Cantik atau kacak sekali pon , kurniaan Allah .. Walaupun ada yang mengatakan dirinya tidak cantik , tapi bagi orang lain , dia tu cantik ..
Apa guna cantik tapi tak reti bawak kecantikkan tu ? Cuba kita tengok negara negara luar .. Cantik sekali negara tersebut .. Tapi ? Bagaimana keadaan politik negara tu ? Kehidupan rakyat negara tu ?
Jangan sering mencari alasan dan menuding jari ke arah orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri .. Belajar terima kenyataan dan perbaiki .. Setiap insan ciptaan Allah , tersangatlah istimewa ! Cari , cungkil dan gunakan !
Erk.. dah padam ke api dapur tadi ? Lampu tandas ? Ala... kipas ? emm ... pintu kunci dah ? Aduh... tutup dah ke semua tu ? Arghhhh... bikin tensen ni .. Selamat ke kereta tu ?
Ni la dia .. penyakit syaitan iaitu was was ... Bila dalam rumah , kita dah pastikan segalanya dalam keadaan yang sepatutnya di mana dapur dah dipastikan selamat untuk ditinggalkan , lampu lampu dah dipadamkan dan pintu rumah semua dah terkunci rapi namun ada jeeeeeeee si binatang bertanduk ni membisik kat telinga ...
" Eh mamat , lu dah sure ke dapur tu tutup gas dia ? Kang rumah lu terbakar kang .. gua tak jamin ! "
" Hekler .. lu sapa nak jamin menjamin ni ? Lu bukan agen insuran gua beb ! Dah dah .. g main jauh jauh ... aku nak g kerja ni .. "
Tu la dia .. bila dah parking kereta .. gitu gak.. mai la si bertanduk tadi ... kali ni siap pakai serban la kononnya .. aisey .. nak berlagak alim plak binatang bertanduk ni ...
" Tuan , tuan dah check pintu kereta tak ? Kang terlupa , naya.. hilang kereta tuan .. Sapa susah nanti ? Isteri tuan jugak ... Saya ingatkan balik jer .. "
" huk aloh ... tak sampai 5 saat tadi aku check.. ni baru 10 langkah dah ko datang nak suruh aku check balik .. Ko nehh .. g main jauh jauh... "
Penyakit was was ni boleh dihindari dengan keimanan yang sebenar benarnya.. Bukan senang nak hindari .. faham faham jer la janji iblis pada Allah .. iaitu nak menyesatkan anak cucu Adam ... Nauzubillah ..
Eh.. terlebih bicara lak.. sori la yer .. aku dok tunggu ERL ni ...lagi 11 minit baru sampai .. blogwalking ??? erk ..
Mimpi mainan tidur ... tapi kalau mimpi yang best , nak bangun tu cam sayang jer .. Maunya tak sayang ??? Syaitan dok goda agar tinggal solat subuh .. huhu ..
Hurm... Khamis dah kan .. Salam dan selamat pagi .. Dah masuk NOVEMBER ... eh.. DISEMBER !!!!! wAAAHH... lagi beberapa hari kita akan berada di tahun baru .. Dan ini bermakna umur kita meningkat setahun lagi .. huih ... eh.. alhamdulillah ..
Apa nak buat eh .. apa nak buat eh.. ermmm.. aku masuk dah 35 .. makin tua .. huk huk .. sekejapnya masa .. Haa.. yang korang masih muda tu .. pandai pandailah guna masa dengan bijak .. Jangan la mengedik sangat nak jadi dewasa.. Gunakan setiap saat tu dengan berguna sekali .. Terlepas satu satu tu tak boleh dah patah semula ..
huh.. ok la.. aku nak mandi... lama dah tak bersenam pagi hari.. makin hari makin malas .. makin berlemak perut !!!
Takde idea ? Buntu ? Tutup je blog .. layan cerita korea .. cerita drama petang petang .. Baru la best kan ? Buat blog , takde idea .. terus buntu ..
Padahal .. tengok je tv , idea mencurah keluar .. Tengok je drama , jari tu gatal nak taip entri .. Tengok je roti canai , ada je idea keluar .. Tengok je mamak nasi kandar , ada je idea ..
Takde idea lagi ? Huih .. tu ada awek cun .. bertuah laa sapa dapat gitu yer .. Tapi .. ala.. seksi pulak .. Ler .. ada pulak idea .. dari dok membebel dalam hati tu , terjemahkan ke dalam blog .. idea tuu ..
Nak beli kamera ? Tapi tak tau nak amik mana satu .. aisey.. google.. dapat jawapan ? Whopps.. nanti dulu .. cuba la buat entri tanya pada otai kamera .. mana tau ada tips dari mereka .. Aku ? Tukang bersih kamera pon aku tak layak langsung !
Idea ? Semua yang dok bebel dalam hati tu la idea .. Catat la.. sediakan buku dan pen ..
Yess .. Malaysia Boleh !! Setaraf dengan REAL MADRID bila mana mereka mengikut jejak REAL MADRID di belasah 5 gol cuma bezanya dapat la 1 gol .. Aiseh.. 5-1 laaa .. Ok la tu .. dari kena bergol gol lagi ..
Malu ? Tak kot .. main kat sana .. sah sah penyokong fanatik diorng tu boo habis habisan punya pemain Malaysia .. Rasanya mental pemain kita pon lom cukup mantap lagi .. Tak pe la.. bukan rezeki kita ..
Pagi tadi aku tengok dalam suratkhabar Hmetro yang pasukan kita bakal membedil pasukan Indonesia .. Rasanya wartawan tu tak perasan kot kita main kat tempat lawan .. Huhuh...
Apa pun pemain Malaysia .. tahniah .. Berjaya atau tidak .. kalah atau menang , tahniah yang mampu aku ucapkan .. Nak kata lelebih , kang kata aku tak bagi semangat .. Ni kira aku bagi semangat la ...
Kecewa ? Eh .. tak la.. biasa dah ... Ops .. nak tau pasal kenduri gol tu , boleh ke blog SHARINGFORINFOZ