dari DRMAZA.COM
Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?
Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;
1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.
2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.
3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:
Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.
4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).
5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.
6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.
7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.
8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.
9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.
KUALA TERENGGANU 10 Dis. — Seorang ibu dan anak perempuannya yang sedang nyenyak tidur maut apabila rumah kedai sewa mereka di Kampung Batu Enam, Manir, terbakar malam tadi.
Mayat Nor Laila Yaacob, 41 dan anaknya Nor Hidayu Kauzi, 19, dari Kubang Kerian, Kelantan, ditemui dalam keadaan rentung dalam kebakaran pada 11.30 malam tadi.
Kebakaran di sebelah sebuah stesen minyak itu memusnahkan kedai dobi milik Nor Laila selain turut memusnahkan dua lagi premis perniagaan iaitu kedai menjual perisian komputer dan kedai kosmetik.
Nor Laila dan anaknya dipercayai terperangkap dalam bilik tidur dan kedua-dua mayat ditemui berdekatan.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Mohd Fauzi Muda berkata pihaknya mendapat panggilan pada 11.32 malam tetapi ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, api sudahpun memusnahkan sebahagian rumah kedai berkenaan.
"Punca kebakaran masih disiasat,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. — Bernama
-UTUSAN-
Serius ... aku saja nak baca pagi pagi untuk mencari entri manakah yang paling kreatif .. Hadoi.. buntu..takde jawapan !! Semua kreatif .. Nama pon kreatif kan ? Hurm...
IKLAN - COMPLETE MAKE-UP PALLETE SET > ALINAC SHOPPE
Maka aku buat keputusan ... aku bagi semua sekali la... Tapi nak masukkan dalam blog list tak yah la sebab majoritinya dah dalam blog list tu kan ? Kecuali yang mana antar entri segmen kreatif ni belum di masukkan dalam blog list , sila tinggalkan url korang yer .. TQ !
- Ayuni
- akubersamaCahya
- THE LEKAT LEKIT STORY
- kay yea
- Fizzo
- Nazterjah
- cik senah
- Awang Hafiz
- Ujang9897
- Qaseh dalia adelia
- PuRpLe LaDY
- Syira Qahira
- mOoN
- Lydia Miza(Aidyl Azim)
- DayangR
- Cik Eka
- sofi
- Syafiq Rosli
- Fiqas
- eiela
- n@iem88
- haiqal
- Kuronofu91
- Nur Mudrikah
- Kalamhati
- sekamar rindu
- khaiyisah husna
- Zulkifly Omar
- iqbalhakimi
- Muslimah Optimis
- Tilam
- Rockstar Chan
- oh; aina
- deqdeq
- nazirulhazwan~
- Citarasa Rinduan
Ah.. sedap giler tidur semalam .. dengan sejuknya ... dengan abis semua selimut dikebas dek wife .. aku gak mengigil kesejukkan namun aku merelakan semua itu demi .. haaa.. korang sambung sendiri.. hehe..kang ada yang tak caya lak BEN ASHAARI jiwang karat.. hahaha.. rock rock gak .. sesekali layan zapin kan ?
Rasa cam tidur lama giler .. Terjaga .. cari jam .. ahh.. baru 5.30 pagi.. leh tidur lagi setengah jam... Sempat la gak mimpi si LISA SURIHANI jadi hantu memandangkan semalam sebelum aku tidur , aku layan cerita MATA AKU NAMPAK HANTU .. er... ye ke tajuk dia gitu ..
Hurm.. Tersedar sekali lagi dan kali ni tau tau dah kul 630... waaahh.. lewaaatt ... wake upppppppppppppppp.... lewat lewat .. Mandi .. kemas baju untuk malam ni .. hehehe.. macam jadi nak g konsert tu .. Ye la.. orang dah bagi jemputan khas.. pergi.. jangan tak g kan ..
Dan skang aku kat ERL .. hehe.. kepelikan mungkin orang tengok aku dok menaip kat laptop di waktu muka masing masing dok blur lagi .. hahaha... Berblog di mana mana .. Hurm... malam kang aku g ngan sapa eh ... hehehe.. wife aku tak minat konsert konsert gini .. bukan jenis sosial gitu ... ok la kan ..
Malam .. Sepi ... Segala kenangan sepanjang hari bermain di mata .. Mengingati segalanya yang masih segar di ingatan ... Hurm ... Apakah kita ada melakukan sesuatu yang menghiris hati si dia ? Teman kita ? Orang tua kita hari ini ?
Malam ... Tak tau apa yang bakal berlaku esok .. apakah hari ini hari terakhir kita bersua ? Apakah hari ini hari terakhir kita berbicara ? Mungkinkah tiada esok bagi kita ? Atau mungkin juga umur kita masih lagi panjang ..
Malam .. perhatikan wajah si dia .. Wajah anak kecik kita .. Wajah orang tua kita .. Wajah teman sehidup semati kita ... Pandanglah seolah inilah malam terakhir kita .. Sejukkan hati kita .. Pintalah segala kemaafan .. Ampunilah segala dosa mereka .. Entah bernyawa lagi kita esok atau tidak , pastinya bukan hak kita ..
Malam .. tidurlah ... lafazkanlah kalimah suci syahadah sebelum lena .. agar mati kita dalam iman .. agar sedar kita penuh keinsafan ..
Selamat malam sahabat .. semoga kita bertemu lagi .. InsyaAllah .. Ampun maaf dari ku ..
Pada sesiapa yang tinggal di Putrajaya / Cyberjaya atau yang berhampiran dengannya pastinya perasan , awan awan di langit selalunya sangat cantik ..
Setiap pagi , tengahari , petang kalau cerah cuacanya , Subhanallah.. sangat sangat indah dan mendamaikan .. Ada la beberapa kali aku nak terbabas sbb asyik tengok awan di langit ..
Tu belum lagi bila matahari terbit atau matahari dilindungi awan di waktu pagi .. Perghhh. .. sangat sangat indah .. Nasib baik la kamera aku tak canggih ..
Mmg aku berminat nak tangkap gambar segala bentuk awan setiap pagi kerana awan takkan sama bentuknya .. Sesungguhnya ciptaan Allah yang didepan mata kita ini sangat indah dan tak perlu pergi cari binatang yang bertulis ALLAH atau pokok mahupun tumbuhan aneh..
Ingat charger dslr aku yang ghaib entah ke mana tu ? Pagi tadi kat opis , aku selongkar laci aku.. kot kot aku terletak kat situ .. huhu .. Buka laci pertama.. tu diaaaa . Sekali ternampak charger yang mana tertulis NIKON kat atas permukaan dia .. waahhh .. leganyaaa.. selamatt duit .. kalau tak sah sah aku sambar terus D90 ! Hhuhu.. terus aku mesej wife aku bagitau dah jumpa .. Yang pastinya balik nanti aku kena piat telinga sbb tuduh dia yang letak merata rata .. adeh ..
Dalam kepala aku lepas tu .. nak balik rumah nak cari kamera aku .. selagi tak selesai masalah ni , selagi tu aku dok pk .. huhu .. Dengan gembiranya aku keluarkan bateri kamera dan terus masukkn ke ruangan slot bateri tu ..
Erk... bukan !!!! Huwaa. ni mesti charger opis punya nihh .. Kalau ni opis punya , aku punya mana ???? Tidakkkk .. aku suh wife aku ingat balik mana dia letak charger tu sewaktu dia overhaul rumah ari tu ..
Dia masuk dalam stor.. punggah punya punggah .. tak sampai 5 minit .. dia jumpa !! Huwaaaaaaaaa.... geram aku ... ari tu dia dengan selamba katak kata tak tau .. huwaaa... nasib baik jumpa ! Kalau tak malam tadi gak aku ajak dia g Alamanda .. Sambar D90 !
Aku dijemput weh !!! Aku dijemput weehhh .. Waahhhh ..... THANK YOU BSN !!! Cam tak caya je nehhh ...
Katanya ...
"
To benashaari the cool blogger!
BSN is organizing a FREE CONCERT tomorrow nite – BUT it’s BY INVITATION ONLY! (Sorry lambat hantar..huhuhu)
Anyway!! Guess what… YOU ARE INVITED!!!!!!!!!! YEAAAAYYYYY!!!!!!!!
If you are really interested to do a coverage of the concert or just wanna rock with us (also cool BSN people!) and the celebrities and their hard core fans…..
"
Sat nak pengsan sambil fikir ... nak g ke tak nak .. esok malam .. hurmmm... SEARCH ... SEARCH tuuuuuuuuuu.. Dijemput khas tuuu... bukan senang tuuuu....
Sambil tidur aku nak pikir .. huhu ...Terharu wehhh... tak sangka dihargai ... huwaaaaa...
Ok... Penutup.. nak cari 5 yang paling kreatif untuk diletakkan di bloglist khas seperti yang dijanjikan untuk selama 24 jam...
Untuk mengetahui segmen apakah ini , sila klik sini .. Ok.. berikut adalah senarai blogger yang dah hantar cerita kreatif mereka ..
- Ayuni
- akubersamaCahya
- THE LEKAT LEKIT STORY
- kay yea
- Fizzo
- Nazterjah
- cik senah
- Awang Hafiz
- Ujang9897
- Qaseh dalia adelia
- PuRpLe LaDY
- Syira Qahira
- mOoN
- Lydia Miza(Aidyl Azim)
- DayangR
- Cik Eka
- sofi
- Syafiq Rosli
- Fiqas
- eiela
- n@iem88
- haiqal
- Kuronofu91
- Nur Mudrikah
- Kalamhati
- sekamar rindu
- khaiyisah husna
- Zulkifly Omar
- iqbalhakimi
- Muslimah Optimis
- Tilam
- Rockstar Chan
- oh; aina
- deqdeq
- nazirulhazwan~
- Citarasa Rinduan
OK ..tutup daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh ..... Mana paling kreatif pendapat korang ??