Aku tak nak ingat yang tak manis .. Wat cacat je hati aku ni .. baik aku kenang yang manis .. lagi best kan ?
Aku mula berblog pada hujung Ramadhan 2009 .. seingat aku pada bulan September kan ? hehehe .. Seronok ? Sebenarnya lebih pada mencabar .. Bayangkan cerita kita menjadi bacaan orang .. Dapat 5 orang masa tu masuk pon dah bersyukur sangat !!
Harapan selepas itu , nak kasi up lagi .. 5 kepada 10 .. kemudian up lagi tinggi .. 20 .. Wah.. Kalau dapat 20 masa tu dah boleh buat kenduri 3 hari 4 malam wooo ..
Dari situ , aku kenal ramai blogger ... Dari sekolah rendah hinggalah yang bergelar suri rumah tangga .. Wah.. bayangkan .. kawan kawan aku ni bukan duduk KL je tau ... Satu dunia ada ... Cakap jer nak g mana .. semua ada yang tersedia menanti ..
Antara kenangan yang aku tak dapat lupakan , jasa baik seorang rakan aku di DENMARK .. SUEJOSHUA ... Dia sanggup menolong bos aku yang kebetulan nak studi di sana dari A hinggalah Z sedangkan kami hanya berkenalan dalam blog sahaja !!!
Ramai lagi kenalan seperti KNOR yang sanggup mengirim roselle yang ditempah khas dari Jordan untuk mengubat tekanan darah tinggi aku .. Percuma ok !! Kemudian aku dilayan dengan baik sewaktu aku pergi bercuti ke Terengganu ..
Lagi ... urusan percutian aku ke PULAU TIOMAN ... Di uruskan oleh Kak Ummi Zaihadi dari A-Z .. aku cuma perlu drive hingga ke jeti .. ada ceritanya dalam blog ni.. korang search jer..mesti jumpa .. Yang tak asing lagi .. sudah tentu Che Mat Gebu kita ni haaa ... Segalanya bermula dari dia .. kalau tak kerana dia , belum tentu aku kat sini lagi .. kan Mat kan .. hehe...
Banyak lagi la .. seperti Siti Rahayu yang aku kenal dari FB yang mana dia ni buta IT ( sori yer ayu ) namun kecekalannya , dia dah ada 'benua' dia sendiri dalam dunia blog ni .. haaa.. Ada sekali tu aku g Johor bersama wife aku ... dia jemput berehat di rumahnya .. Pergh.. kali pertama jumpa terus di offer gitu.. Bukan senang orang nak percaya pada kita kan ?
Banyak lagi la.. nak tulis pon panjang sangat nanti.. boring korang lak kan ? Tapi yang terbaru ialah ... korang tau la kan .. Konsert BSN tu haa... Bayangkan si pengirim email tu siap keluar jemput aku untuk bawak masuk .. Security pon tak leh kata apa tau ! Haaa... penangan nama 'blogger' .. haaaaa .. Terima kasih Emi.. Pelakon nehh .. Aku selalu buat kerja rumah sebelum jumpa orang... hahaha..
Dunia blog ni cukup indah ... ramai aku kenal ... ramai jadi kawan .. Kengkawan yang aku kenal sewaktu gathering di Alamanda .. Sanggup diorng turun walaupun terpaksa drive , naik erl .. huhu.. terharu aku .. Semua cerita aku dah abadikan dalam blog ni... Dalam blog ok.. bukan dalam diari.. segalanya aku kongsikan bersama ..
Tulah blog .. mcm mcm boleh dibuat dengan blog .. hurmm .. Jadi fikirkan semula jika nak tutup blog ...