Sebuah filem terbaru yang bakal diterbitkan oleh Dr.Gallus Gallus . Pengarah filem ini ialah seorang anak muda yang telah berkecimpung dalam bidang perfileman selama 30 tahun !! Bayangkanlah ... betapa berpengalamannya dia !! Sapa tak kenal Magrib ( fdam ) ??? Terbaekk di dalam bidang ini ..
Filem ini mengisahkan Aminah , lakonan rabiatul yang telah kehilangan penglihatannya akibat perbuatan kakak tirinya , Melor lakonan Izan Ishak yang amat bencikannya kerana memiliki suara yang amat sedap sekali ..
Tapi yang peliknya kenapa mata Aminah yang menjadi mangsa sedangkan yang dia jeleskan sangat tu suaranya ??? Pelik bukan ?
Nak dijadikan cerita , sedang aminah membasuh kain di dalam bilik air sambil menyanyi , suaranya yang best tu didengari oleh seorang putera raja negara Afrika Timur , Putera Alfo Alfo lakonan apezs shah yang kebetulan sedang lalu kat situ ... Haaa.. apakah tujuan Putera Alfo alfo buat kat situ ?? Tu persoalan yang boleh dijawab setelah menonton filem itu nanti ..
Yang menariknya cerita ini ialah kehadiran pelakon kacak yg dijemput khas dari negara korea utara , Ezad Izzuddin yang bakal memegang watak sebagai Raja negara Afrika Timur itu .. Pergh.. Pastinya menarik gitu sbb wataknya seorang raja itu amatlah lembut ala ala DONUT gitu ... pasti mencuit hati .. hehehe..
Watak permaisuri pula bakal dipegang oleh hidayahmiamir , seorang pelakon yang baru naik dari dunia perfileman laoswood .. Dan dia bakal membawa watak seorang yang amat garang ala ala Rambo gitu .. Mencabar bukan ?
Nak tau lebih lanjut ? Nantikan kehadiran filem ini di panggung panggung yang berhampiran dengan anda .. Sasaran kutipan filem ini , lebih skit dari rekod yang dipegang oleh filem box office sebelum ini.. Skit dah la... kan ?