Akhirnya aku terjebak ... minggu lepas .. di hari yang sama , aku g tengok konsert yang mana melibatkan SEARCH .. dan sesungguhnya , aku terpikat giler babas.. Aku mmg lama dah minat SEARCH cuma aku bukanlah kaki konsert ..
Dan tadi , kebetulan di CAREFOUR , aku ternampak dvd ni .. dan cerita banyak takde .. terus sambar .. dulu ada la kaset dia .. tapi entah kemana hilangnya ..
Ok... berkaitan BE .. sila rujuk entri ini > klik
Sebenarnya aku dah keluarkan banyak dah tips berkaitan blog ni .. aku bukan tak nak keluarkan lagi tapi kang ada pembaca aku dok kata , BEN ni dah abis idea ke sedangkan kalau diorng nak tau blog aku ni ade je pembaca baru setiap hari. Bukan sorang.. bukan dua .. tapi ramai .. tak caya ?? Aku nak tanya .. haaa.. sapa baru sekali dua masuk blog aku ni ? Ada tak ? Sila tinggalkan url korang ..
Tapi tak pe.. korang cuba je search kat ruangan kotak yang disediakan tu dengan keyword TIPS BUFFERED .. insyaAllah akan keluar la nanti .. Search kat blog aku ni ha laa..
Kalau ada sebarang soalan .. tanya la. tapi jangan jgn tanya soalan merapu .. Tadi Amir Izzat ada tanya .. apakah template baru mengganggu BE ? Sebenarnya kena tau , bila NUFF bagi BE tu , dia bagi berdasarkan blog terkini.. trafik.. template .. entri .. dan sebagainya.. Tapi bila ditukar template , sudah pastinya pihak pengiklan tidak puashati kan ? Tak pasti la dia akan tarik balik atau berentikan terus sbb aku tak pernah buat lagi .. Jadi tiada pengalaman .. Apa yang aku bagi tips tu berdasarkan pengalaman aku dan juga kawan terdekat.. pembacaan ada gak cuma aku lebih suka mengalaminya dari membaca dari orang punya ..
Sekian.. nak shopping kat Alamanda lak.. hehe..
Aku pasti kebanyakkan lelaki terutama yang bergelar remaja dan yang masih belum mencecah 30an tu , majoritinya panas badan .. Tak kira la ngan awek ke , ngan kawan dan ada jugak ngan keluarga ..
Satu kejadian yang aku tak boleh dulu sewaktu berkawan ngan wife aku ... sila la baca dan jadikan pengajaran yer .. Aku pernah keluarkan dulu dalam blog .. tapi pastinya ramai tak sempat membacanya ..
Aku sure sangat laaaaa bila bercinta ni , kes kes cemburu selalu berlaku .. Sikit skit gaduh .. bila gaduh , mula la bertekak... tak cukup bertekak , sambung kat sms ... kan kan ?
Terjadi laa pada aku dulu , wife aku ( masa tu tunang ) kena g kursus jangka panjang .. Kursus ni bercampur la lelaki perempuan .. hahaha .. yela .. dulu aku cemburu tak bertempat .. Ada je kes nak dicemburukan padahal takde apa pun ..
Nak dijadikan cerita , ada sekali tu aku 'bergaduh' secara kecil kecilan .. Call tak dapat .. mula la pk bukan bukan .. bersms laaa jawabnya .. hahahha ..bengong tul ...
Dalam dok berlawan sms tu , aku seperti lelaki lain dengan egonya mesti la nak menang kan .. Maka aku pun karang baekk punya ayat .. tapi bila nak send tu , no tel takde lak dalam history tu .. maka aku pun search dalam phone book ..
Jumpa .. terus send ! Huh ... Baru tahuuuu .. nak lawan konon ! ... Sms berbalas 5 minit kemudian ..
" Yelah .. saya bersalah.. saya minta maaf yer " ayat yang tertera di handphone aku tu .. Yeesssss .. aku memang !! Tapi aku pelik .. takkan begitu mudah dia menyerah kalah ?? Tak mungkin .. tak mungkin ...
Aku tengok balik sms tu ...
Dibalas oleh SARJAN A%^@#! dari Balai Dang Wangi !!!! Aku tersalah send ... huhu .. maluuu wehhhhh ..
Kalau diingat ingatkan la .. aku ngan wife aku tak la pernah nak g dating secara formal ..maksudnya aku ajak dating la.. Kalau tak silap aku la kan .. 3-4 kali jumpa tu pon atas sebab teknikal ..iaitu hp dia problem ..
Kali pertama tu dia tanya aku kat mana ada jual hp murah .. Jeng jeng jeng .. hero datang ... Kat Sg.wang la.. sudah semestinya.. Dia kata jauh nak g dari Putrajaya ke Sg. Wang .. Jeng jeng jeng ..
Tak pe.. guna je ERL .. dia tak tau nak naik ERL camana .. Jeng jeng jeng .. Tak pe.. Hero ada .. Aku pon ajar la camana nak naik dari Putrajaya ..
Bila dah jumpa kat stsn LRT tu , aku tanya .. nak naik monorel atau jalan kaki je ke Sg.Wang .. Dia kata tak kisah ? Tak kisah ? Ok .. penderaan bermula .. dia dengan kasut tinggi .. biasa la.. keje kan .. aku ajak dia berjalan lebih kurang ..erm.. 20 minit gitu.. hehehe.. Berpeluh gak la ketiak aku.. hehe..
Bila dah sampai , maka pilih memilih hp bermula .. Dok la tawar menawar.. Sampai la sorang penjual tu cakap kitorang ni suami isteri ke .. Erk.. Aku tanya kenapa kata gitu.. dia kata ada serupa la muka.. hahahha.. yolah tu.. nak bodek la tu ..
Maka jumpa la hp yang dia berkenan tapi aku tak berkenan .. Sbb nak beli ikut budget.. Tak pe.. aku tau.. dari dulu sampai skang , mmg kaki jimat dia ni.. kalau aku ??? Tak de makna nak amik sony ericsson tu.. cepat lingkup ..
Mmg benar... minggu depan tu , keypad dia pecah .. Kena tukar.. dan sudah semestinya dia kena ajak aku g lagi sbb dia tak tau nak prosedur dia .. jeng jeng jeng .. ele.. cakap je la ajak dating.. hahaha... wat wat bagi alasan lak.. hahha.. tak la..mmg betul rosak.. Tapi tu la kan.. kalau jodoh kan.. ada je hal nak terjumpa..
Hurm... sebenarnya aku cukup pelik bila dengar ada murid ponteng sekolah pastu g lepak sana sini .. Apa yang bestnya ek ? Siap merokok lagi .. rela tak makan tapi berasap perut tu..
Mmg dari dulu lagi kes kes gini .. Paling teruk , kes ugut .. hurm.. Aku pernah gak diugut ..Mintak duit kat aku .. hahaha.. silap besar la dia .. Kira masa tu dia ingat dia ramai kawan pastu orang takut la yer ...
Dia ugut aku nak pukul masa balik nanti .. Hehe.. Takut ? Takde makna.. Balik tu , aku keluar la ngan sorang kawan aku ni .. Kebetulan ada satu geng budak budak sekolah berhampiran baru sampai depan sekolah aku .. Dia punya chief de mission tu , kawan aku .. hahaha.. dia ni , semua orang respek .. takat orang kena hempuk ngan kerusi ngan dia ni , selamba jer ..
Bila mamat yang nak ugut aku tu tunggu kat luar dan member aku tu pon ada ngan dia .. aku cuma lalu dan sengih jer... panggil nama dia ..dia sengih sambil angguk kepala.. Mamat yang ugut aku tu ? Hahaha.. takde makna .. terus diam ...
Aku jenis low profile masa sekolah .. Walaupun aku aktif bersukan tapi bab bab nak menonjolkan kewibawaan aku sebagai murid berdisiplin tu takde .. tak suka disiplin.. hehee...
OK... skang kita baca kawan kita punya lak :
Whoopss..berlaku satu masalah teknikal.. hahaha.. sori geng.. wife suka low profile... hehehe... tu pasal takde gambar dia .. maaf yer .. Suka duduk belakang tabir je dia ..
SUAMI sebagai nakhoda rumah tangga wajib mencari nafkah serta menyediakan keperluan terbaik buat keluarganya.
Isteri pula bertanggungjawab membantu suami menjaga anak-anak, makan minum, mengemas rumah dan kerukunan rumah tangga.
Bagaimanapun, perkembangan terkini menyaksikan ramai lelaki (suami) tinggal di rumah manakala isteri mereka mencari nafkah di luar.
Perkembangan ini tercetus berikutan masalah ekonomi dan pemberhentian pekerja yang banyak berlaku di kalangan bank, syarikat swasta dan industri.
Akibatnya, golongan lelaki yang tidak bekerja itu mengambil alih tugas wanita menjaga anak-anak, menghantar ke sekolah, memasak malah mengemas rumah.
Cerita suami menjadi suri rumah mungkin nampak pelik di zaman dulu, kini ia sesuatu yang realiti.
Ada yang melihat suami yang memilih menjadi suri rumah sebagai golongan yang 'berani' melakukan perubahan.
Namun, wajarkah aturan seperti itu berlaku dalam keluarga Islam?
Wajarkah seorang suami yang beragama Islam mengurus rumah tangga, manakala isterinya menjadi mencari nafkah buat keluarga?
Lanjut > HMETRO
Hehe... masing masing ada pengalaman sewaktu sekolah dulu .. Macam macam hal .. Aku , yang bersekolah di sekolah yang dikategorikan antara sekolah budak nakal di Kuala Lumpur , pada mulanya mengalirkan airmata bila dapat tau aku ditempatkan kat situ .. Huwaaa.. tapi tak pe , abang aku ada .. abang aku ,kira otai kat sekolah tu.. Bayangkanlah , dia sekolah pagi.. Masuk kul 7 pagi .. kul 10 pagi dah keluar dari sekolah .. kul 10.30 dah kena tangkap ngan pengawas .. hahahha .. adeh.. Kebetulan aku lalu kat pagar masuk tu , abang aku dan kawan dia kena usung dek pengawas ..
" Tu abang kau kan ? "
Aku tanpa segan silu mengiyakan jer.. hahaha.. Takat kena rembat ngan pengetua kat sekolah tu , abang aku tak heran dah .. Malah setiap pagi , dia wajib jumpa pengetua untuk amik tandatangan kehadiran yang sememangnya khas untuk murid 'cemerlang ' bab kehadiran .. hahahha.. adoi.. Nasib baik aku tak klik butang follow dia .. kalau tak ? Aku takde blog la skang ni.. hehe..
Tapi alhamdulillah , sapa kata tak cemerlang kat sekolah tak leh jadi manusia yang berjaya kan ? Kesedaran tu hadir bila kita dah ada 'akal' dan tanggungjawab .. Maka , gagal di sekolah bukan berenti penamat hidup .. okeh ?
Ok. .skang aku nak senaraikan blogger yang menceritakan tentang masa lampau mereka sewaktu sekolah dulu.. :
Maaf.. semalam aku dah bagitau tapi ada yang masih bertanya .. letih nak cari entri semalam tu.. Jadi aku sekali lagi bagitau .. Bukan nak popularkan pon.. blog wife ni sebulan sekali je update .. Jadi blog tau la perbezaan kitorang ni.. hehe..
Ni sekadar pemberitahuan jer .. okeh ?
katanyaazila dan yang ni blog backup aku yang mana aku cerita hal peribadi aku je , www.benashaari2.blogspot.com
Terima kasih pada yang sudi follow tu ...
Satu gathering blogger ringkas dibuat di sebuah restoran nasi beriani berhampiran Putrajaya yang dipengerusikan oleh Prof Serba Serbi Tau , Prof Bell (beLalaNG)..
Setiap suaikenal berlalu maka pengerusi membuka soalan umum kepada semua blogger yang hadir ...
simply nana : Prof , apakah itu blogger ?
Prof : Mereka yang suka dengar bunyi keyboard ..
aien amalina zaidi : Prof , bagaimanakah nak menjana pendapatan dari internet ni ?
Prof : Jual burger secara online ..
cek chun : Prof , bolehkah lelaki di dalam internet ini dipercayai ..
Prof : Boleh.. saya !
Ben : Prof , bagaimanakah nak membezakan sesuatu entri tu bagus atau tidak ?
Prof : Tengok kat blog dia ..
Hehehe.. sori la yer .. Prof ni sebenarnya baru pas makan ponstan.. mmg dia gitu.. tengah high.. hehehe..
* Sekadar dialong kosong .. tiada kene mengena dengan empunya nama ..
Soalan: Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?
Jawapan Dr MAZA: Saudara, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus. Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;
1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.
2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.
Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.
3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.
4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.
5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.
7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.
8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
DOKTOR, saya amat malu dan rasa bersalah pada diri sendiri.
Bermula sebagai gadis kampung yang lurus, saya kini berubah seolah-olah 'melacurkan' diri saya.
Kisah tragis saya bermula dengan keindahan percintaan dengan bekas teman lelaki. Biarkan saya namakan dia sebagai A.
Kata orang, cinta pertama begitu mengasyikkan dan penuh keindahan. Percintaan saya dengan A lima tahun lalu adalah saat-saat indah hidup hingga membayangkan dialah lelaki pertama dan terakhir hadir dalam hidup saya.
Tetapi, saya diuji apabila A meninggalkan saya tanpa memberikan sebarang sebab dan alasan.
saat itu, hancur luluh hidup saya. Dari jauh saya dengar A berkahwin dengan gadis pilihan keluarga.
Kekecewaan dicampur dendam membara meliputi keseluruhan hidup dan saya bertekad akan mendapatkan kembali cinta A.
Berita yang saya dengar, A tinggal bersama dengan isteri di rumah mentua. A juga seorang anak menantu yang baik dan sering terbabit dengan aktiviti sosial di tempat tinggalnya.
Untuk pengetahuan Dr, saya dan A sama-sama menuntut di universiti.
Kerana emosi kecewa dan penuh dendam ditinggalkan A, saya mengambil langkah menghubunginya kembali tanpa menghiraukan A beristeri dan mempunyai dua orang anak.
Bayangkan Dr, daripada seorang gadis kampung yang tidak tahu cara-cara melakukan hubungan seks, saya 'bertukar rupa' menjadi gadis yang menjadikan seks sebagai cara mendapatkan A.
Saya berjaya membuatkan A kembali kepada saya sehingga kami beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu. A memberitahu saya dia tidak pernah mendapat layanan seks begitu indah daripada isterinya.
Dr, saya tahu apa yang saya lakukan itu adalah berdosa. Walaupun dapat membuatkan A kembali, saya sedih kerana seolah-olah 'melacurkan' diri.
Saya juga marah pada diri kerana merosakkan kehidupan seorang lelaki yang taat dengan ajaran agama untuk melakukan zina.
Walaupun masih mencintai A, saya malu dengan diri dan enggan merosakkan rumah tangga A.
Tolonglah Dr, saya tidak sanggup menanggung kesengsaraan kerana merasakan diri saya sangat hina.
Doktor jawb :
TIDAK dapat dinafikan cinta yang tidak kesampaian akan membawa kepada perkara yang tidak selesai.
Apatah lagi apabila ditinggalkan tanpa diberitahu punca kepada perpisahan itu.
Walaupun, perasaan cinta amat indah, terlalu bergantung kepada kenangan dan keindahan cinta boleh merobekkan perasaan jika cinta musnah di tengah jalan.
Apabila ditinggalkan terkapai-kapai, memang akan memberi kesan kepada orientasi berfikir dan tingkah laku seseorang seperti mana adik alami.
Dr memahami perasaan hancur luluh itu.
Perasaan bersalah dan malu adik adalah langkah pertama untuk melihat kembali apa sebenarnya yang diingini dalam hubungan semula cinta dengan A.
Jika merasakan perlu mendapatkan A semata-mata untuk menyelesaikan perasaan marah, kecewa dan dendam, tidak hairanlah adik merasa seolah-olah melacurkan diri.
Apatah lagi apabila adik menggunakan seks sebagai alat untuk mengikat A. Selain daripada terbabit dengan perkara dilarang agama, adik menghukum diri sendiri. Bermodalkan setitis kebencian di dalam hati, ia membuahkan penderitaan.
Adik menanggung kesengsaraan kerana cinta kepada A bukan lagi atas sifat cinta sejati, tetapi lebih kepada keinginan untuk memenuhi perkara yang tidak selesai.
Kemungkinan juga A kembali kepada adik bukan kerana cintanya, tetapi kerana keseronokan seks yang dinikmati.
Nilai semula matlamat adik untuk menjalin hubungan dengan A. Jika adik merasakan ia lebih membebankan sehingga menyebabkan merasa seperti melacurkan diri, lepaskan A kerana dia memiliki kehidupan berkeluarga.
Merosakkan kehidupan keluarga A memanjangkan lagi perkara yang tidak selesai dalam hidup adik. Penderitaan dan kesengsaraan adik akan berterusan.
Adik perlu hilangkan segala kemarahan dan dendam kerana cinta sejati selalu ingin membahagiakan orang yang dicintai. Ini bermaksud tidak semestinya adik memiliki A untuk mencintainya.
Melihat A bahagia dengan keluarganya dan tidak melakukan perkara terkutuk dengan A adalah sebahagian daripada pengorbanan cinta sejati.
Kalahkan kejahatan dengan kebajikan, kalahkan kesombongan dengan kejujuran.
-HMETRO-
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Johor, Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 25 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.
Isteri Sulaiman, Datin Noraini Yaakop berkata, suaminya dimasukkan ke Hospital Segamat pada 23 November lalu kerana demam dan tidak sedap badan sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri.
-BHARIAN-
Salam 1blog ... dan selamat tengahari penonton penonton .. Hari ni saya nak berkongsi satu resepi milik jiran sebelah rumah saya iaitu MAT GEBU .. Seperti biasalah , resepinya akan saya derhakakan habis habisan ..
OK.. kenal tak ni apa ?? Yerr.. yang pasti ni bukan gulai ikan kering atau pon ketupat Pakcik Ali yer .. Ini namanya SAMBAL TERUNG ALA PERANAKAN .. Tapi hari ni kita tak nak buat resepi ni sbb Mat Gebu dah buat .. Berkat belajar dengan MacGyver selama 10 tahun aku telah tahu cara cara nak ubah resepi yang diatas itu menjadi .. Ops.. sebentar.. kita ada penaja hari ini yer..
Kek dari Deliciou Cuppies
Ok..kita kembali ... hehehe..kat mana tadi ? Haaa.. Hari ini kita nak satu resepi yg menakjubkan iaitu dari SAMBAL TERUNG ALA PERANAKAN menjadi PIZZA HUT !!
Jangan terkejut !! Ini adalah fantasi menjadi realiti !!
Ok.. kita lihat resepi serta bahannya ..
BAHAN-BAHANNYA :
1 biji terung biru panjang yang saiznya juliana ukur 100cm setiap satu ..
1 batang serai yang pr.skYleto ambil dari gunung jerai kelmarin
1/4 cawan jus asam jawa yang diperah oleh sheaza 3 hari 2 malam
Gula dan garam secukup Citarasa Rinduan
BAHAN TUMBUK HALUS ala ala Mike Tyson punya tumbukan
6 biji cili merah yang Nia curi kat rumah FasiHaH SupiaN
5 biji bawang merah lakonan N Athirah
2 ulas bawang putih lakonan Putri Cahaya a.k.a MiRa
3 biji pulang paku buah keras oleh Sya Isya
1 camca besar, udang kering, rendam dan toskan sendiri oleh sindarella ezora
1/2 inci belacan digoreng hangus Queen F
1/3 inci kunyit hidup yang perlu dimatikan .. ni kerja Pja Ismail
Ok.. ada satu bahan tambahan yang mana Mat Gebu tak bagitau dalam resepinya iaitu , telefon .. ArELeEz call pizza hut .. mintak 3 kotak .. eh... Cam biasa , Awangku Johan belanja.. hehehe..