Hari ini aku menari kerana mereka menari ..
Esok aku berlari kerana mereka berlari ..
Sampai bila pengakhiran ini ?
Semalam mereka puji ..
Apakah hari ini mereka mengeji ?
Mereka kata merekalah kawan ..
sehidup semati tiada lawan ..
tapi dimana semangat setiakawan ?
Hari ini kita diatas kerana mereka
Esok kita dibawah kerana mereka
Lusa kita dijunjung kerana mereka
Entah bila kita ditendang mereka ..
Jujur kerana kita ..
Amanah kerana kita ..
Setia kerana kita ..
Segalanya kerana kita ..
Kita kerana Allah ..
Tiada tinggi tiada rendah ..
Segalanya pinjaman
tiada kekal ..
Tidak perlu angkuh
Tidak perlu riak
Sekali terjatuh ..
Siapa yang tergelak ?
Hari kita ini
Esok hari mereka ..
Bahagiakah pengakhiran ini ?