Bagi aku .. blog ni penuh dengan info .. tak rugi follow blog macam ini .. :) > http://sharinginfoz.blogspot.com/
Dari pagi tadi aku cuba bunuh nyamuk tu... tak aman betul nak tidur..Mula mula tutup kaki ngan selimut .. terpaksa.. aku tak suka berselimut sebab terlalu selesa tidur .. Dia mai serang lengan .. arghhh... tarik selimut tutup lengan .. Dia mai serang hidung aku lak !!! Mak aih... kejam punya nyamuk ... nak sangat darah aku ke?? Tutup muka terus.. haa.. bernafaslah aku dalam selimut tu.. geram betul.. Ni dok menaip entri ni pon dok mai ganggu.. Jangan sampai aku sembur racun nyamuk .. haaaa... kang pengsan kang ... lenyek gak ko nanti ngan aku.. haaa...
OPs... sori.. tajuk lain .. Ada mereka kata jangan tolong sangat blogger baru ni.. takut nanti naik lemak .. skit skit harap kat kita .. Huih .. nak tanya boleh ? Blogger baru ni budak sekolah tadika ke ? Kalau sekolah rendah sekali pon , takat mana la diorg nak berblog ?
Nak tolong blogger baru ? Diorng pon tau.. tolong awal awal je.. pastu diorng tau nak bawak diri selepas memahami selok belok dunia blog ni .. Itu yang aku nampak.. Takat aku berblog sehingga sekarang ni , yang masih dok rajin komen kat aku ni , sorang dua je .. Yang lain dah bina kehidupan mereka masing masing .. Alhamdulillah.. Ok je ??? Takde masalah pon walaupun dulu seringkali mintak aku promotekan blog mereka .. Aku buat.. sekali dua je .. pastu , ok dah sbb dah faham ...mereka perlu bergerak sendiri !
Teringat aku sewaktu sekolah .. bila ada ujian .. cikgu akan merayau rayau ... Ada cikgu yang rajin tunjukkan jawapan .. Ada yang tidak .. Tapi bila ada cikgu tunjukkan jawapan pada aku , aku terfikir.. Cikgu ni nak kenakan aku ke ? Betul ke jawapan ? Napa aku kira tak betul ? Haih... Maksud aku ialah , sungguh cikgu itu memberi jawapan , adalah tugas aku untuk memastikan jawapan itu betul atau tidak .. Segalanya terletak di tangan aku sendiri.. NAK IKUT ATAU TIDAK !
Tapi apa yang pasti , cikgu tu dalam kenangan aku .. Bukan apa sebab dia sudi menunjuk ajar walaupun sekadar menunjukkan jawapan !
Akhir kata ... baru atau lama .. sama je ... Pengalaman dan ilmu saja memisahkan kita ... okeh ? Blogger baru bukan naik lemak cuma perlu tunjuk ajar dan ada blogger lama yang rasa cukup ilmu di dada perlukan diberi tabik hormat untuk menurunkan ilmunya .. haih.. macam macam ... Aku sendiri dok merangkak ... Ingat setahun tu dah cukup ?
Salam dan selamat pagi ... harap tak sakit perut lagi pagi ni.. hehehe.. Hujan ..
Huarghh.. ngantuk.. aku tertidur tadi lepas isyak.. awal pulak aku tidur aku malam ni .. penat sangat gamaknya aku ni .. hurm... Sedar sedar dah jam 3 pagi .. Saja belek blog... tengok kat BLOGLIST aku sekali .. kot ada entri best dari rakan blogger ..
Whoopss... ada satu entri menarik minat aku .. ISU BLOGLIST .. Nak masuk bloglist dia kena buat entri ? Hurm ... Menarik tu .. Nape rasa menarik ? Sbb setahu aku , aku blogger pertama yang buat segmen begitu .. Sapa nak masuk , sila buat entri .. mudah je kan ?
" Kenapa nak masuk kena buat entri ?? Kalau masuk sah sah ke trafik tinggi ??? Kalau tak tinggi camana ??? "
Yang pertama .. kenapa kena buat bloglist ? Ini adalah strategi promosi blog .. Ibarat nak masuk apa apa jenis pertandingan la.. Sila la isi borang .. Kalau tak isi borang , rasa rasanya berapa ramai yang akan beratur ??? Ramai beb ! Berjela panjangnya.. Main pakat beratur jer ... Tapi tak tau apa apa ...
Aku pernah open bloglist ni .. sapa sapa nak , sila tinggalkan url blog di ruangan komen.. beratus ratus gak la url yang ada .. Kemudian , patutkah aku memilih yang mana aku kenal je aku letak ? Camana dengan yang lain ? Ala.. tak kenal pon diorg.. Diorng blogger baru .. biar je la.. Hurm.. boleh ke aku berfikiran gitu ? Sian pulak kat diorng kan ? Tapi bila aku letak semua , 50% tak aktif .. PULAK !! Dah tu camana ?
Bila buat entri , blogger yang nak join tu pastinya antara blogger yang bersungguh sungguh nak aktif.. Secara tidak langsung , dia pon mempromosi blog dia dan juga blog pemilik bloglist tu .. Yela, pembaca akan nampak entri tu dan akan klik .. Walaupun bukan ramai pon nak klik tapi walaupun 10 orang klik , itu pon dah trafik gak kan ? Dari takde entri langsung ??
Win win situation.. Jangan fikir negatif disini .. Bila dah tersenarai dalam bloglist blog tu , jgn fikir la .. pasni confirm blog aku ramai masuk punyaa... Camana nak orang klik link blog tu kalau dok cerita pasal baju baru dia la.. pasal kasut dia koyak la... Pastu tajuk entri tu .. MALAP je .. orang akan klik tajuk yang GEMPAK tapi cerita pon GEMPAK !
Mengikut pengalaman aku la kan , selepas membaca entri tu , ada pembaca akan melihat pada bloglist tu ... untuk jump ke blog lain .. Walaupun bukan semua berbuat demikian tapi segelintirnya ada .. Tinggi gak la bilangannya tu .. Kalau terkena tempiasnya , apa salahya kan ? Nama pun mencuba ...
Aku nak tanya ... ramai buat blog ni kenapa ? Antara sebabnya ialah selepas dapat tau blog boleh buat sumber pendapatan kan ?? CONFIRM keeee boleh dapat ??? Eh .. boleh la kan ? Kena la usaha ! Sama gak bloglist ! Kalau tak usaha nak promosi blog , camana orang nak kenal blog kita ? Jangan terlalu harap pada blogwalking atau join forum mahupun contest ke apa ke .. usaha tetap kena buat bila bergelar blogger baru .. Bila dah naik , ok la.. tak yah la nak buat .. tapi kena ingat , bila dah naik , ramai lagi baru kat bawah .. Yang baru ni camana ? Nak suruh gak buat cam kita buat ? Oh .. ko nak naik ke ? G ikut jalan jauh.. Blogwalking , forum , contest , kipas sana sini dulu ... nanti ko naik laa .. Hurm.. camtu ke ??
Kesimpulan ... segmen bloglist ni adalah antara satu cara untuk mempromosi blog .. Kelebihan pada kedua duanya .. Apakah susah sangat untuk buat satu entri ? Tiada paksaan di sini .. Yang aku nampak banyak blog dah terkena tempias .. Kalau 10 UV sehari dan blog kita tu pulak cerita yang best , pastinya 2 akan letak dalam bloglist mereka pulak ! Itu pengalaman aku .. Dari takde langsung kan ?
Bab tinggi atau tidak , kita sekadar memcuba segala gala bentuk cara yang ada untuk mempromosi blog .. Kalau nak tinggi , g letak iklan kat suratkhabar .. panggil media , buat PC .. sure meletop blog .. tapi kalau 'budget' takde , guna la kreativiti .. okeh ?
Tinggi atau tidak , sama gak cam menaman pokok durian.. Belum tentu lagi berbuah.. kalau kena pokok tu jantan ? Berpuluh tahun tunggu .. tak ke frust ? Tapi bila fikir kebaikkannya ... sekurangnya menyumbang oksigen ke muka bumi ini dan juga menyejukkan kawasan kita tu ... Nak menyesal ? Perlu ke ?
Tepuk dadaa ... tengok bawah .. jangan fikir kita di atas sama macam mereka di bawah ... Pengalaman mematangkan corak blogging..
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini mengesahkan terdapat penularan fahaman militan di universiti tempatan, berdasarkan laporan agensi perisikan dalam dan luar negara.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu masih terkawal dan tidak menjejaskan keselamatan negara.
"Keadaan itu tidak membawa ancaman segera tetapi kita tak boleh leka....sekiranya ia menimbulkan kebimbangan kepada 'militancy' atau keganasan maka tindakan akan kita ambil tanpa was-was," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Ketua Pengarah International Organisation for Migration (IOM) William Lacy Swing di pejabatnya di sini.
Hishammuddin diminta mengulas laporan sebuah media asing sebelum ini yang antara lain menyebut ada universiti di negara ini menjadi pusat rekrut utama untuk menarik anak-anak muda menyertai kumpulan militan Islam berikutan polisi kemasukan yang longgar.
Beliau, bagaimanapun, menolak tanggapan bahawa universiti dijadikan tempat merekrut, sebaliknya lebih kepada penularan fahaman yang tidak terhad kepada militan Islam, tetapi juga ideologi lain seperti Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dan Sikh Militants.
Hishammuddin berkata, pihaknya bekerjasama dan berkongsi kepakaran dengan agensi antarabangsa yang lain termasuk Federal Bureau of Investigation (FBI), United Kingdom Intelligence, Australia Intelligence dan Saudi Intelligence bagi menangani perkara itu.
"Sistem Biometrik yang akan diperkenalkan tidak lama lagi juga dijangka turut membantu menyelesaikan masalah tersebut," katanya.
Mengenai desakan agar Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di atas dakwaan menghina Sultan Selangor, Hishammuddin berkata kes itu lebih berbentuk hasutan.
"Kita hanya menggunakan ISA kalau tindakan menjejaskan keselamatan negara. Perkara-perkara yang berhubung kait dengan hasutan ia jatuh kepada Peguam Negara untuk menentukan sama ada tindakan itu adalah hasutan atau tidak," katanya.
Mengenai kunjungan Swing, Hishammuddin berkata Malaysia meminta bantuan IOM untuk meneliti undang-undang berkaitan anti pemerdagangan orang, selain dipelawa sebagai rakan kongsi dalam usaha menubuhkan sebuah akademi di Langkawi yang berperanan menangani jenayah merentasi sempadan termasuk penggubahan wang haram dan pengedaran dadah. - BERNAMA
Update tetap update walau di mana mana .. dari menghabiskan gitu gituan , baik bebel sat dalam ni .. sekurangnya ada gak terhibur kan lebih lagi diri sendiri .. hehehe ..
Masih ada 17 minit .. lama tu .. Gym ari ni tak g lak.. saja cuti .. Skang ni dalam proses penjimatan .. Lagi pon kat rumah aku kan dah buat mini gym .. jadi boleh la membelasah takat mana yang larat ka n..
Sekejap masa berlalu ... aku dok pk sebenarnya ... nak buat perjumpaan blogger secara kecil kecilan di Alamanda .. Saja je la nak jumpa kawan kawan lagi .. Tapi tak pasti bila ... Tahun Baru Cina ni nak balik kelantan dan plan nak bercuti di Terengganu .. hehehe...
Aku kena selalu bercuti ... maklumlah , kena rehat banyak banyak .. Kalau kat rumah aku tak leh nak rehat sebab mata ni gatal nak tengok laptop.. Tinggal kejap je pon tak leh.. hahaha .. Kecuali aku dah mengadap tv ... mmg tak bergerak dah ... Tapi itu tak bermakna aku malas okeh !! Rajin wehh ... haaa... Cakap je nak makan pe ! Dengan segera aku order kat kedai ... Tak pon mintak Mat Gebu antar kat aku... haaaa...
Hurm.. lagi 13 minit.. Kalau tengok laptop ni , masa bergerak cam air.. Kalau tak buat apa apa, seminit pon cam sejam .. letih nak tunggu ... huhu... tu pasal berguna usung laptop kecik ni ha... IPAD ? Tanya mem tu haaa.... huhu...
OK la.. nak gerak .. cuci mata lagi .. hehehe...
Sukaaaaaaaaaaaaa !! > http://kyleril.blogspot.com/
" Malu dengan masalah kulit gelap?Kulit gelap juga mampu kelihatan cantik jika sikap merendah diri dibuang ke tepi.Si hitam manis pasti akan tampil menawan jika mempunyai keyakinan diri.Jangan malu untuk ke depan dan cubalah melakukan sesuatu untuk perubahan gaya anda. " ...
Best entri dia ... simple tapi menarik .. bergaya gitu ... nak baca sambungan dia lagi ? Jom .. > sini
Mangsanya , wanita ... jerungnya pula lelaki dan adakalanya wanita .. Kadang kadang lelaki pon leh jadi mangsa ..
Apa kes ? Terbaru , bila si jerung cuba mengumpan mangsanya dengan mengajak melakukan dosa .. Pergh.. semudah itu je dia mengajaknya ? Apakah agama yang dia anuti itu cuma satu pengenalan diri ??
Kalau buta dunia , aku tak nafikan boleh tersangkut dengan ajakkanya itu memandang si jerung boleh menjanjikan kebahagian duniawi .. Tapi bagaimana dengan akhirat ? Sanggupkah dia menghadapi setiap perbuatannya itu ?
Yang menyedihkan aku , sasaran si jerung ini adalah bangsa aku sendiri . Apakah bangsa aku ini jenis mudah termakan godaan ? Satu bangsa yang mantap dilindungi pula dengan ajaran ISLAM yang sempurna .. Dimanakah kesilapan ini sehinggakan si jerung bermuka durjana ini sanggup menidakkan segala pengajaran serta tauladan yang dia patut amik di depan mata dia ???
Bukalah mata kita ... mati kita pasti.. hukuman itu wujud .. Neraka menanti .. syurga abadi ... Pilihlah ... nikmat seketika atau syurga milikNya ...
Haa... ada sahabat blogger mintak aku tolong dia war warkan dua entri dia yang mana dia nak bagi pembaca / blogger souvenir ..
Tamo ke ? Ala.. amik la..bukan kena bayar pon .. dia nak bagi free je nih ... Tak caya ? Iskh.. apa yang boleh buat korang percaya pada kata kata ku ini ?? Habaq mai sat ..
Ok.. baru nak percaya ?? Huh.. dah terlambat !!! Tadi masa aku offer , korang juai mahai !! Skang aku dah majuk ... Aku tamo layan dah segala surat menyurat .. Twitter ok ! Aku layan !!
Hehehe.. ngarut sudah ... Tamo cerita banyak.. kalau nak tau lebih lanjut , meh sini dan sana ... Terima kasihhh..
Tertunggu tunggu eh.. hehehe..sabar sabar.. saja je kasi sejuk skit semangat tu ... hehehe..
Ok.. penganjur kata hadiah on.. apakah hadiah tu ? Tu pemenang je akan tau .. biarlah rahsia katanya .. haaaaaaa... nanti dah dapat , bagitaulah apa dia yer.. aku pon tak tau apa hadiahnya .. hehehe..
Berikut adalah soalan soalan terkumpul tersebut :
SOALAN 1 ( sini )
SOALAN 2 ( sini )
SOALAN 3 ( sini )
SOALAN 4 ( sini )
SOALAN 5 adalah :
" SALAH KIRA LA AWAK TU ! " ( Beri nama pemilik blog ini )
Klu , sila rujuk sini ..
Silahantar jawapan anda pada hari KHAMIS persamaan 6/1/2011 .. Tepat jam 10 pagi , sila hantar jawapan dalam bentuk entri khas.. Jangan lupa letak banner segmen ini yer.. tak letak , dikira tidak lengkap .. Macam biasa , jawapan paling tepat dan pantas penghantarannya di kira pemenang ..
Ingat ! Tepat 10 pagi baru hantar .. Kalau hantar awal , aku tolak .. okeh ???
Kelantan cari rumah sesuai untuk Khairul Fahmi
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang berbincang untuk mencari rumah serta lokasinya yang sesuai untuk dihadiahkan kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, yang mengharumkan nama negara membantu menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunaan Insan, Belia Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood, berkata kerajaan negeri juga belum menetapkan nilai rumah yang akan dihadiahkan kepada pemain remaja itu.
"Kita sedang berbincang di peringkat dalaman untuk menentukan rumah, lokasi dan nilainya untuk dihadiahkan kepada pemain itu, yang penting keselesaan bagi dia dan keluarga,” katanya hari ini.
Dua hari lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan hadiah tersebut. Khairul Fahmi turut mengharumkan nama Kelantan.
Sementara itu, Khairul Fahmi yang tinggal di Kampung Cherang, dekat sini berkata, beliau tidak menduga kerajaan negeri akan menghadiahkan sebuah rumah sebagai menghargai jasa dan sumbangannya.
Ditanya mengenai seorang lagi pemain Kelantan yang turut menaikkan nama negara dalam piala itu, Nor Shahrul Idlan Talaha, yang berasal dari Terengganu, Abdul Fattah, berkata pemain itu akan diberikan hadiah dalam bentuk lain. - BERNAMA
Hati-hati lalu Jalan Gua Musang-Kuala Berang: Polis
GUA MUSANG: Polis mengingatkan pengguna Jalan Gua Musang-Kuala Berang, Terengganu, supaya lebih berhati-hati berikutan terdapat banyak kerosakan teruk termasuk lubang besar di laluan berkenaan yang terdedah kepada bahaya kemalangan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah, berkata kawasan yang paling teruk berlaku kerosakan adalah di Kilometer 47 dari Kuala Berang ke Gua Musang.
"Kerosakan juga turut berlaku di jalan kawasan Rancangan Tanah FELDA Aring yang memerlukan pengguna lebih berwaspada terutama waktu malam.
"Musim tengkujuh sekarang antara faktor berlaku kerosakan jalan dan kita telah meninjau di sepanjang jalan itu dengan mengenalpasti lokasi bahaya," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke laluan itu hari ini.
Sementara itu, beliau berkata kadar kemalangan jalan raya membabitkan jalan utama di Hulu Kelantan sudah berkurangan sepanjang tahun lalu berikutan sikap pengguna yang lebih berhati-hati. - BERNAMA
Gangguan air di Tanah Merah Jumaat ini
TANAH MERAH: Lebih 13 kawasan di sekitar daerah Tanah Merah bakal mengalami gangguan bekalan air, Jumaat ini.
Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan, berkata gangguan itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan teknikal berjadual di Loji Rawatan Air Bukit Remah, dekat sini.
"Bagi penambahbaikan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna di sekitar daerah ini, AKSB akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan teknikal berjadual di loji rawatan terbabit.
"Gangguan dijangka berlaku bermula pukul 8 malam sehingga 5 pagi keesokannya," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, antara kawasan terlibat ialah Bandar Tanah Merah, Jalan Jedok, Jalan Klinik, Manal, Padang Siam, Lubuk Rotan, Bukit Panau, Belimbing, Jalan Lubok, Bukit Gading, Bechah Laut, Jerangau, Temangan dan beberapa kawasan berhampiran.
Hazwan berkata, bekalan dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan. - BERNAMA
Cerita selanjutnya > sini laa
Trafik blog aku akan jatuh jika tak update blog ? Bayangkan yer ..
- Utusan Malaysia tak update berita setiap masa .. apa jadi ?
- Astro tayang cerita yang sama je .. apa jadi ?
- Panggung wayang takde cerita baru.. tengok je cerita lama ?
- Kedai makan dok jual makanan yang sama hari hari ... yang semalam pun dijual semula.. takde yang dimasak baru ..
- Hari hari pakai baju yang sama ..
Perumpamaan ni kan sebenarnya ada depan mata kita hari hari .. Kenapa tak nak bukak mata ? Kita nampak satu sudut je .. Wah.. tu sbb dia update blog hari hari.. setiap masa.. ramai la masuk baca .. Cuba tak update ! Kenapa perlu ada 'cuba tak update tu ?? " .. Malas ? Saja nak test power blog kita bagus ke tak ? Apakah tulisan kita tahap para cendiakawan ? Atau penulis novel ?
Blog perlu diupdate sebab ada pembaca .. Mereka masuk sbb nak baca ... Bukan nak jalan jalan tengok bintang di dlm blog tu
Kecualilah , blog kita tu blog tutorial ... atau yang mmg buat untuk menangkap segala SEO .. senantiasa ada keyword panas dalam tu .. tapi di mana kepuasan ??? Mungkin duit lebat.. masyuk ... kepuasan dalam menulis ? Bagaimana ?
Sebab tulah aku update berkali kali .. sehingga aku tidur .. hehe.. Aku puas begini .. Aku cerita apa saja .. Terpulang pada mereka nak baca atau tidak .. tak nak baca , tak susah , sila tekan pangkah !
Ini bukan blog artis atau selebriti mahupun mereka yang popular tapi ini blog BEN ASHAARI yang punya !
Bz camana pon , update pasti ya kerana rakan rakan nak tau apa cerita aku .. begitu juga mereka .. pasti tertanya kemana menghilang hari ini ? Cerita kita senantiasa berbeza ! Itulah menariknya blog ... Bukan trafik semata mata .. Dalam blog juga kita berkomunikasi secara tidak langsung ... Bukan trafik semata mata ... okeh ?
G makan pon best !
Hari tu ada blogger cabar aku jangan buat segmen , seminggu .. maka telah aku sahut cabaran itu secara senyap .. Akhir segmen aku tu ialah soalan harian blog 500 .. tu jer.. kemudian tiada segmen sehingga hari ini ... Namun terbukti , trafik aku maintain ..
Bukan la aku nak riak atau berlagak .. cuma kadang kadang 'mereka' tu pandai bercakap padahal 'kosong' .. Aku mula dari bawah .. merangkak .. mencari idea .. buat itu ini ... untuk naik .. tiba tiba datang mereka lalu kata blog ni hidup sebab segmen ..
Blog aku ni cerita macam macam ... Aku tak main satu isu tu je.. Ini bukan blog artis .. Ini bukan blog politik .. Ini bukan blog tutorial .. Ini bukan blog pendidikan .. Tapi segalanya aku cuma campurkan JIKA melibatkan aku ! Malah artikal agama , berita pon aku letak .. segalanya adalah untuk rujukan masa depan ..
Bukan senang nak naik.. Setahun sudah berlalu.. dan disini aku .. Aku bukan dah 5-6 tahun berblog .. Kalau baru setahun , inilah hasil aku , tak tau la camana lagi 5-6 tahun kan ? Jangan bandingkan.. Aku bukan kura kura yang cuba berlagak nak jadi penyu .. Aku tetap kura kura itu .. namun akan terus bergerak selagi terdaya !
Buang segala kutukan tak membina tu dan bina 'kawasan' sendiri ...