Mungkin ada yang perasaan mun ada yang tidak. Lagu kebangsaan Israel, Hatikva dijadikan latar muzik kepada babak dalam sebuah drama Melayu terbitan orang Malaysia sendiri. Drama yang disiarkan di TV kerajaan setiap Ahad jam 12 tengah malam itu penuh kisah trajis pahit getir kehidupan masyarakat Islam di Balkan dan selitan kisah cinta antara dua benua Eropah dan Asia.
Bila aku tanya mereka yang bukan kaki komputer atau yang mana gunakan komputer hanya sbb bos suruh , maka mereka tak akan amik pusing dengan dunia blog .. sedangkan blog ini dah semakin berkembang seperti mana FACEBOOK ..Dulu perlu ada email.. skang perlu ada FACEBOOK tapi bila ada blog , lagi cool !!!
Bila ada blog , akan timbul pertanyaan.. camana aku nak bagitau orang yang aku ada blog ?? Takkan nak g bagitau kat orang aku ada blog ? Aku ni sapa ?? bukan artis .. tak de sapa nak baca blog aku ni haa.. kan ?
Kemudian tengok kat widget FOLLOWER tu ha.. aiseyman.. tkade orang nak klik ke ? Ala.. dapat 10 orang pon best dah.. kan ? Maklumlah , blog biasa biasa jer .. Betulkan ? Apa kata kita imbas kembali saat saat kita mula berblog ...
" wah !! airien dah dapat 9 follower la !! Tq guys coz sudi follow airien .. emm. memang betul ape orang kater warge blogger ni baik2 n peramah2 belaka .. hehehe . walaupun blog saya xseberapa , tapi korang sudi follow dan jenguk2 . first time nak buat blog nie rasa takut kalau tak ada sambutan dari blogger2 lain . rupa2 nya tanggapan saya salah , blogger2 semua terbaik la . cepat mesra !! hehehhe . ter excited pula saya =) "
Entri ini aku petik dari blog AIRIEN .. Rasanya kita dulu pon macam dia kan ? Gembira tak terkata gitu... Tapi bila dah lama lama , rasa riak timbul di hati.. apatah lagi bila blog dah dikenali orang .. Berlagak mengalahkan Tom Cruise .. JLo ... haaa... padahal ? Nothing !
Ramai blogger yang berpotensi aku nampak akan naik tak lama lagi .. InsyaAllah .. cara penulisan yang best , cerita yang cool ,penyampaian yang tepat bakal menjadi tarikan pada blog mereka .. Nasihat aku ... berpijaklah pada bumi yang nyata ..
Buat AIRIEN , selamat datang ke dunia blog .... periksa semula niat berblog kita masing masing ...
Nak makan lagi acar berlauk ..
Wah.. dapat duit siotttt... Kaya kayaa !! Baru lepas order Lamboghini 8 buah !! Tak caya??? Jangan percaya .. Temberang semata mata .. Jangankan Lamboghini , bangkai kereta kancil kena langgar pon lom tentu aku dapat beli tau !
Kenapa aku suka promosi blog blogger terutama yang baru baru ni ? Seperti yang korang tau , itu sebagai tanda penghargaan aku buat mereka yang sudi singgah blog aku ini ( nak sebut tak best , korang tau dah ) .. Nak bagi bunga sorang satu , tak berkemampuan lagi kan ? haa.. jadi aku masuk la diam diam .. cari header , entri yang sesuai untuk dipromosikan atau terklik butang follower.. haa..
Selain dari tu , aku tau camana perasaan bila blog dipromosikan .. Camana aku tau ? Aku pon macam mereka gak .. terkapai kapai memula .. fikir bagaimana nak naikkan blog .. Nak harap orang , sapa la aku ni kan .. Bukan artis.. bukan penjaga gol kan ? haa.. mau tak mau , amik kuda , pakai topeng , jadi la lone ranger .. huhu ..
Alhamdulillah .. ada juga insan yang amat dikenali dalam dunia blog ini sudi mempromosi segmen segmen aku .. secara tidak langsung dia mempromosi blog aku la kan .. Dari situ aku faham erti 'speechless ' , 'terkedu' , 'terperanjat' , ' terpengsan' .. haaa.. macam macam lagi .. TERIMA KASIH MAT GEBU
Jika aku boleh suka sedemikian rupa , bagaimana mereka yang masih baru ini kan ? Pastikan lagi suka .. haaa... sbb itulah aku suka buat gitu .. Dari segi trafik , aku untung ke ??? hahaha.. fikir la sendiri yer .. aku nak makan kuih cara berlauk.. sedap lak.. masuk ni dah 10 bijik aku telan ala ala ananconda..
Ada blogger tanya aku pasal isu blogger awek bergaya dengan shawl .. Apa pendapat aku ? Huih... aku rasa bab ni kan , mereka yang terlibat tu dah sedia maklum .. Apa niat mereka dan dah tau apa hukum hakamnya .. Tak perlu nak diperjelaskan ... Mereka yang diperkatakan itu dah ada akal.. bijak dalam menimbangkan mana yang boleh dan mana yang tidak .. Dah boleh mengkajinya dengan sendiri malah mmg dah tau .. Sama gak orang kata merokok tu haram .. Bergaduh la sana sini ... Atau sama gak melihat cerita di tv.. bab bab aurat terang terang depan mata .. Tapi mata kita nak gak tengok kan walaupun tau berdosa kan ?
Nak larang ? Sapa kita ? Nanti dia kata mak bapak dia pon tak kisah .. haaa... tu tak pe.. soal dosa pahala antara mereka dengan Allah .. Cukuplah kita sebagai blogger , menyebarkan info atau maklumat berkaitan aurat .. Tak perlu petik nama sesiapa atau menunjuk pada orang tertentu .. Menjatuhkan maruah dia kan ? Tak ke berdosa jugak hukumnya ? Kalau nak tegur sangat , email terus pada dia .. secara baik.. secara halus .. gunakan pendekatan agama bukannya gerila ! Maka dengan itu , kita dah lepas tanggungjawab kita ..
Blogger ada pelbagai perangai .. Amik yang baik , buang yang buruk ... Proses ..gunakan untuk diri sendiri .. Hasilnya ? Kita kongsikan bersama .. Sapa untung ?
Kesimpulannya ? Mereka tau dah ... sama cam kita ... kita tau dah... tapi apa tindakan kita pada diri kita sendiri ? Kita nampak salah orang .. tapi salah kita ? Menegur tu boleh .. tapi biarlah kena gayanya .. ibarat menarik benang dalam tepung .. kan ?
Kita melayu.. berbudi bahasa dan beragama ISLAM yang cukup indah di mana mengajar umatnya agar berkeperibadian tinggi ..
Ada mata , pandang .. ada akal , fikir ... ada mulut , diam ..
Tersentap ? Terkedu ? Terkentut ? oh tidak sama sekali terkentut ! kan kan ? Cuma timbul persoalan di benak kepala ku ini .. Mengapa mereka unfollow ?? Apakah yang membuatkan mereka unfollow ?
Neh.. toksah pening pening .. Terlalu banyak faktor .. Jangan fikir negatif .. Kalau ada yang membuat keputusan untuk menarik diri dari memfollow blog korang , maka biarkan .. kalau kita tau sapa , kita ajak dia makan malam ngan kita lagi sebagai tanda penghargaan sebab sudi follow kita ari tu . Mana tau , selepas tu dia akan klik follow balik kan ?? Bulan depan dia unfollow balik .. Kita belanja lagi !!! Berbaloi ke wahai kawan kawan ? Lantak ler... Yang kita tau , mereka klik follow sebab mereka klik follow .. Samada mereka suka blog kita ,cerita kita , caci maki kita .. tu terpulang .. hak mereka .. mouse mereka .. takkan nak marah atau nangis guling guling kan ?
IKLAN : LELONG SHAWL
Mmg ada frust bab ni .. Aku pon malas nak fikir .. naik turun tu biasa la.. Lagi ramai follow , lagi macam karenah nak kena fikir .. Dari satu sudut , mmg nampak mengancam jiwa dan raga tapi dari satu sudut lain , jiwa dan raga terancam !
Jadi , unfollow selepas follow adalah satu fenomena biasa .. Tak sebest gerhana matahari atau banjir di pantai timur .. Biasa amat .. Dari dok pening pk bab tu , g pekena nasii beriani dengan ayam madu.. Kalau ada daging kicap pon best ! Mamak !!! kuah kasi campur !!!
" Ah.. Bosan .. Balik balik bola ! Bola bola bola ! Kalau bebola ketam ke.. sedap la gak .. ni tidak ! Buat main sepak je.." secantikmanis mula membebel ... aNa d'sKoDenG malas masuk campur .. Baik dia menskodeng blogger.. lagi best !
KyLe pulak tak kisah bab bola .. Baik dia layan main dam dengan Kim NaRa .. Queen F pulak mmg fanatik bola .. Peminat MU la katakan ..Bab liga omputih ni sahih dia akan bertekak dengan FOOTPC yang mana menyokong Chelsea ..YAYA AZURA pula berdiri atas pagar.. Mana team menang tu la yang dia sokong .. hahaha .. Berbeza dengan amir smuff yang menyokong Liverpool.. Die hard fan katanya .. Perghh...
mazni md said dan Hasnah malas amik tahu pasal bola ni hanya menyokong pasukan negara je..tu pon kalau masuk final .. kan kan ? Kalau tak , layan FB lagi best..tak sakit hati.. dapat bergossip dengana CikZiee dan oshin ..
aima in luv dengan cek pengu katek ni mmg teringin nak K.I.S.S tapi diusha maut oleh Muslimah Optimis .. Ct Arina dan AMMAR YASIR hanya mampu tersengih sambil mengenyitkan mata .. Gatai ! Laili dan Hannan Al-Qudsey ajak layan cerita hindustan je .. Lagi best !!! Bola apa ada !!
oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dari www.drmaza.com
Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;
1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.
2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.
Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.
3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.
Haa.. ada dua blog aku nak war-warkan di sini .. sebabnya adalah sesuatu yang menarik di sana ...
Harap korang dapat sesuatu la di sana ... agak sibuk skit pagi ni .. plan nak sambung segmen " MEREKA KATA " ... bagi yang belum tu , sila la baca yang aku dah buat.. Buat yang belum tersenarai , sila tunggu yer.. rasanya sampai hujung minggu ni kot segmen ni .. Saja nak isi masa lapang hujung minggu selain dari mop rumah...
Ah sedap sangat tidur .. siap mimpi beli superbike tu tak tahan ... adeh ... alaram hp dah set ... tapi silent... ok tak ? huhu... Siap siap siap ... dah kat kul 7 .. biasa kul 7 dah keluar .. adeh..
Kat Putrajaya skang ni kalau keluar atas jam 7 , jawabnya .. sila la beratur tapi la nazak sangat .. masih boleh bergerak la .. tak tau la lagi 5-10 tahun ... sah sah nazak .. hurmm ..
Tak sempat workout ari ni.. tapi tak per la .. semalam dah .. seminggu berturut mengangkat best.. ari ni rehat .. esok sambung balik .. Dah turun banyak dah berat aku nih ... hehe.. seluar pon dah longgar balik ..
Hujung bulan ni , rancang nak balik Kelantan .. rumah wife aku la... tak tau dah clear ke belum tengkujuh kat sana .. harapnya dah clear la kan .. sbb mau pusing Terengganu nanti .. heheeh.. InsyaAllah ..
Okeh .. sampai dah stesen.. jumpa lagi esok .. salam ...
" TAPI serius ni.. macam bila dah start berblogging.. FOCUS TU LEBIH pulak.. HAHA jangan lah bg saya menulis.. komfem tak leh berhenti.. so pls ask me to stop for me to rest.. inform me pls when will be the time for me to rest.. BAGITAU & REMIND ME always.. SAYA KALAU DAH KHUSYUK DENGAN SESUATU BISA HABISKAN MASA BERJAM-JAM LAMANYA TANPA KISAH MAKAN OR TIDUR DAH.. seriusly I NEED YOU !! i cant live alone .. nt jd camni "
Hahaha.. kenapa entri ini menjadi pilihan aku ? Sbb penulisnya menulis mmg untuk lepas tensen .. sama cam aku laa.. hahaha.. Tak caya eh ??? Meh .. jom g tengok sama sama .. hahaha .. jgn lak kutuk dia yer.. tak baik ni.. kang ada je ju on kat bawah meja tu merangkak keluar.. haaaa .. tu la.. sapa suh kutuk lagi ..
Meh sini .. > klik
Mereka kata Ujang9897 , seorang Pembawa_Wacana Dari Kelate Ke Copenhagen .. Betulkah ? farasakura menafikannya lalu IKRAM ketawa berdekah-dekah .. Sungguh kurang sopan tegur sissyira .. pearl jade hanya mampu tersengih melihat mereka bertekak .. Biasa la kan .. blogger !
iqbalhakimi mengenyitkan matanya pada athirah ..Rozuan Ismail cemburu ! Baity dan sha_qistina ajak Syafiq Rosli tinggalkan mereka berdua .. Biasa la... kasi peluang kat mereka .. faizah cemburu .. Jelas terpampang pada wajahnya .. HaKim is MiKaH meredakan keadaan dengan memberikannya aiskrim yang mana patut dia berikan pada Cik Diana ..
Ah .. sudah!! nuanza @ cida mengelengkan kepala melihat telatah mereka .. Teruk betul budak budak ni .. Dalam diam punya perasaan rupanya !! Novelgurl dapat idea untuk menceritakan segalanya dalam novel akan datang .. Norfa nak jadi heroin dan AuTumN LeaVes jadi pembantunya .. Hero ? Samada hasrul hassan atau JIJI YU ..tapi lina kata macam tak sesuai je mereka berdua .. Aziela mencadangkan apezs shah memegang watak hero sbg duda yang mempunyai anak dara seganas Qaseh dalia adelia .. OK ? Setuju ?
Encik Suami tanpa banyak cerita sedia mengeluarkan modal untuk menjadikan impian mereka itu terlaksana ..nunui Joe berkerut dahi .. ayushida seolah memahaminya .. ::Miss Pikon:: kata , tak cuba tak tau lagi kan ? Miss Layaleya masih speechless ! misz sheyla cadangkan nama novel tersebut " forever love " ..
lemolemo , marfieyra , cik aied dan SHEA SHEERA membantah abis abis sbb tak sesuai langsung nama novel tu ! kakchik@ella bertindak sebagai pendamai ... mazni md said ajak berbincang dan akhirnya kata putus ditemui... Tajuknya " sayangku , shekechik " ... Haa .. Amacam ??
: iNdALiNdA : pandang EDDIE YUSTIN dengan harapan menyokong .. SETUJU !!! s.y.a.r.q dan SyedMuzzamir menjerit ... on je la projek ni nampaknya !! aDisH.sHidA bertepuk tangan ....
Camana eh ? Hurm... camana korang dapat idea eh ? Sama jer .. cuma sebelum aku 'berborak' dengan orang , aku luahkan terus pada blog atau selepas berborak , aku simpan point dan aku 'ceritakan' pada blog ..
Gitulah yang aku lakukan hari hari.. setiap masa ..setiap minit ..setiap saat .. jika ada sesuatu yang menarik , aku terus kongsikan bersama .. Mungkin ada yang menyampah tapi jangan lupa pada yang suka ... Kalau kita layan pada yang menyampah , maka kita takkan jadi apa apa .. dok layan sangat karenah mereka dan ikut segala apa mereka buat , maka kita takkan jadi kita ..
Mungkin ada yang boleh kita amik sesuatu dari kata kata orang lama ni namun jangan sampai 100% .. Kenapa ? Sbb akan hilang keaslian penulisan kita .. tu pendapat aku ...
Berapa banyak entri ? Bergantung la pada kerajinan .. tu jer.. kalau malas , jangan paksa.. buat la seminggu sekali .. ok dah tu kan ? Hehe.. tapi jgn mengeluh kalau trafik jatuh .. Maklumlah , seminggu sekali je orang masuk baca blog kita tu ..
Kesimpulan ? Takde kesimpulan ... Idea datang ...jangan simpan jangan peram .. kalau tak .. jadi jeruk ... Datang idea , proses .. jika ada info yang boleh dimasukkan sekali lagi bagus .. kaitkan .. jangan huraikan terlalu panjang .. bosan pembaca nanti .. Padat dan tepat .. ;)
Serius !! Salute .. tabik !! Aku skang kat kedai makan mamak .. heheh.. malam ni wife tak masak sbb dia lewat balik tadi.. jadi aku kata tak perlu masak la.. makan je luar .. sesekali ..
Memula wife order nasi goreng kampung dan aku order mee goreng ayam.. hehe..wajib ada ayam .. Tak lama kemudian , sampai nasi goreng... Satu suap ... Kantoi .. wife kata nasi tak masak ! huhu.. panggil orang kedai tu .. Cakap kat dia .. mintak tukar .. Tanpa banyak cerita .. dia pon g bawak ke dapur ..
Datang bos dia .. mintak maaf .. katanya rice cooker diorng rosak.. susah nak jangka nasi tu masak ke tak .. Kitorang tak kisah pon.. mintak keow teow tom yam.. Sini mmg sedap la keow teow dia ...
Sedang dok makan tu .. tiba tiba terdengar bunyi bising.. Aku cari dari mana datangnya bunyi tu.. Rupanya anak pakcik tu tertumpah gelasnya .. tapi yang bestnya ... pakcik tu cool giler !! Tak marah langsung anak dia ... senyum je ... pergh.. serius cool... kalau dia buat blog ni , datang lalat ke langau ke , sah sah tak kisah punya.. hahaha .. Bagus kan ?
Ok.. nak balik dah .. wife boring.. hahahaha...
"gedabak tajuk terpampang kat atas sana menandakan aku sentap! sentap sangat ke sampai tajuk entry lagi panjang dari apa yang aku nak citer???serious la sentap bila orang nak bercerita..maksud aku bergossip pasal aku merata rata! popular ke aku sampai dorang nak bergossip apa semua!haaha :P "
Kenapa aku pilih entri ini ? Saja nak bagitau bahawa tak kira blog baru atau lama , selagi ada hitam dalam hati tu , maka beginilah kehidupan seharian kita ..
Yup .. mmg betul ..kalau takde orang begini tak meriah dunia kita kan ? Tapi tak perlulah beria sangat ... Kan dah diajar dalam agama kita yakni ISLAM ... Perangai begini patut di buang terus ... Kan kan
OK .. nak tau sapa punya entri ni ? Jom kita baca ... dan komen ... hehehe .. > sini
Hehehe... aku kembali dengan segmen ku.. saja nak meriahkan dunia blog picisan ini dengan segmen segmen ala kadar ..
Baru aku post petang tadi dan .. hurm... jumlah yang join segmen ini dah lebih 100 orang join.. dan aku mmg akan giler nanti nak buat segmen ini ...
Ni bukan segmen mencari harta karun atau contest .. sekadar segmen suai kenal secara sukarela jer ... kan kan ? Haa... aku pon tak larat nak buat contest sbb komitmen dia lain skit ... huhu.. penat kepala otak woo ..
Tapi tak pe la.. asal semua gembira , ok la kan .. tapi ada gak yang tak gembira.. hehe.. apa nak buat ... kita tak mampu puashkan hati semua pihak... dapat puaskan sorang dua pon dah ok dah .. janji takde sapa yang sakit jiwa .. kan kan ?