Hurm... aku mula bersenam untuk menguruskan badan pada umur 22 atau 23 tahun.. Badan aku mula naik sbb giler makan nasi kandar .. pastu tkde lak nak bersukan.. Waktu tu aku bz giler ngan kerja .. sampai rumah pon dah lewat malam .. kesannya , aku kena beli seluar baru ..
Aku mula perasan perubahan tu bila aku mengenakan baju melayu yang mana baru tahun lepas aku buat ! Oh tidak !! Aku tak nak semua ini berlaku !!!
Aku mula kembalikan diri dengan bersukan.. tapi aku tak rasa itu boleh membantu .. Pada masa yang sama aku tertarik dengan badan sorang bro ni .. mmg mantap giler ! Bila tanya , dia g gym.. dia ajak aku g sbb dia kata fizikal aku ni best kalau buat .. Aku segan ..
Tapi dalam diam , aku beli set dumbell.. berlatih kat rumah .. Tapi tak cukup untuk membakar lemak aku .. Baca dan kaji.. akhirnya aku buat satu rumusan .. aku perlu bersenam !
Seawal pagi sebelum subuh .. dalam kul 5 pagi .. aku dah mengayuh basikal selama setengah jam .. Kayuh dengan laju okeh !! Kemudian aku parking basikal tu , aku berlari dalam 2-3 pusingan taman permainan.. Balik .. selepas subuh .. aku ke gym ...
Petang.. aku buat gitu .. setiap hari ... Selama mana aku menganggur waktu itu .. Jadi waktu aku menganggur tu , mmg terisi dengan bersenam .. Orang pandang aku serong ! Menganggur !! Tak buat apa apa .. Aku mampu sengih jer .. Nasib penganggur la kan .. Sedangkan waktu aku kerja bagus sebelum tu , tak pulak nak puji... hurm .. ekonomi meleset .. syarikat bankrupt .. nak kata apa dah kan .. terima je la ..
Ops terlari tajuk .. tapi aku tahu .. nanti akan ada yang tanya .. " ben tak keje je masa tu ? "
Berat aku mula turun .. Pemakanan , aku jaga .. berkat aku tanya kawan kawan yang libatkan diri dalam bidang ni .. Pengambilan suppliment yang betul .. Tiada steroid okeh !
Aku dapat kerja.. jadi guru sandaran .. Mengajar sebelah petang .. Paginya aku tetap dengan aktiviti berbasikal dan workout aku .. Dan di sambung sebelah malam .. Aku ajak geng cikgu g , tapi cam biasa .. alasan.. hanya sorang dua je nak g tapi cam biasa la.. semuanya nak nampak kesan dengan cepat !
Nak cepat ??? Aku sendiri dah 10 tahun ! Untuk apa nampak kesan yang cepat ??? Kemudian apa jadi ? Nak maintain pon kena g gym.. takkan nak harap makan ubat je ?
Kesimpulan .. untuk mendapatkan badan yang menarik tertarik dan menawan , tiada jalan mudah atau singkat .. Begitu juga jika nak berjaya dalam apa jua bidang .. Kecuali kalau nak kaya , g la ngangkung ! Tu pon jenuh main kejar kejar ngan hantu !