Pelik ? Jangan pelik .. Kenapa aku suka promosi blog blogger yang aku tak kenal asal usul mereka ? Kenal pon dalam dunia siber ni je kan ? Apakah aku dibayar ? Apa yang aku dapat ??? Argh.. apakah segalannya kerana $$ atau trafik ?? hurm... Hayati kata kata TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY ini ...
" Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana? "
" Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. "
"Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah. "
"Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang."
"Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata."
"Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan."
"Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain."
"Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian." - sumber : sini
Kenapa kita kena kedekut dunia blog ini ? Sama sama nak maju tapi kedekut ? Apakah susah benar nak menceritakan tentang rakan rakan blogger yang lain ? jika benar blog mereka bagus , kita hebahkan .. Rugi trafik ? takut kehilangan pembaca ? Apakah itu agenda kita ? Bagaimana pula dengan pahala ? Ganjaran di akhirat kelak ?
Aku perasan , mmg ada blogger yang kedekut bab trafik ini.. Susah sangat nak linkkan blog blog yang mana mereka rasakan bagus tapi 'takut' nak bercerita mengenainya .. Pelik bukan ? tapi inilah hakikatnya ..
ORANG MELAYU , PANTANG NAIK SEDIKIT MULALAH ADA YANG BERDENGKI - DARI FILEM SANTAU ...