Hurm.. ada komen .. Pelik kan ? Aku dah jangkakan semua ni tapi tunggu je masa ..
Ada komen mengatakan mereka yang join segmen ni , memberikan trafik pada aku .. Sat.. Aku nak gelak dulu.. boleh ??? Tapi tak pe .. tak perlu nak gelakkan orang yang cetek akalnya ..
Apa yang aku perasan , sejak aku buat segmen .. Trafik aku tak naik pon .. Dok lagu tu jer.. Tapi bila aku publish entri peribadi atau cerita cerita aku , trafik naik .. Camana tu ?
Kenapa aku buat segmen ? Atau GEGAR 1,000 BLOG ni ? Selain dari apa yang aku terangkan dulu , ini juga satu promosi blog terbaru.. Kalau diperhatikan , majoritinya blogger blogger baru yang join kempen ini ..
Sebenarnya dalam kepala pengomen tu , hanyalah trafik trafik trafik .. Apakah itu je yang dia fikir ? Dia nak tengok trafik aku sejak buat segmen ni ?? Nak bandingkan dengan sebelum aku bz bersegmen ? Hurm... Dari sudut mana ? Blog aku untung ? Rasanya ramai dah tau kewujudan blog aku ni ..
Tapi tak pe la.. aku nak gak tau apa si pengomen tu buat untuk dunia blog ni .. Sekurangnya aku ada jugak satu inisiatif untuk menyatukan blogger dibawah satu banner .. Dia ? Atau kenapa aku tak buat banner lain ? Kenapa aku perlu susah buat banner lain dan aku updatekan ke dalam blog aku ? Idea aku.. inisiatif aku , trademark aku .. Nak join atau tidak , aku tak tarik anda punya lubang hidung ! Mereka yang join ni pon sekadar suka suka .. Saja memeriahkan dunia blog.. Apakah terbakar blog mereka bila join kempen ni ? Apakah mereka rugi beratus ratus trafik bila join segmen ini ? Apakah trafik aku mencecah angka luar biasa ? Yo ! Tarak !! Okeh ! Trafik aku setiap hari Isnin ke Jumaat mmg sama je..
Bukan melatah .. tapi nak kasi tau untuk kali terakhir.. Kalau tak faham gak , tak pe.. mmg dah begitu corak pemikiran dia .. Aku ? Hurm... Apakah ini segmen terakhir aku ? Memula aku pk ini yang terakhir.. tapi bila ada komen begini , aku cadang selepas ni aku nak buat GEGAR 2,000 BLOG !