Bercanggah pendapat , itu biasa .. Tapi memusnahkan semangat itu bukan biasa tapi sifat keji ! Melihat jatuhnya seseorang itu kerana dengki atau irihati sama juga seperti menyakiti hatinya .. Maka bersoraklah syaitan atas kemenangan itu !
Apa yang sebenarnya kita dapat dari berbalah sesama sendiri ? Agenda mereka agenda bisikan syaitan .. Kita ? Jika berpendirian , kita mampu membina satu komuniti seterusnya menjalinkan persaudaraan sehingga bila bila ..
Apa lagi yang tinggal pada kita sekiranya di dalam dunia maya ini pon kita sering bertelingkah ? Kononnya nak mempertahankan pendapat tetapi tidak membawa ke mana mana pon ! Tang tu gak.. sekadar gah atas kemenangan saja ... Kemajuan ?? Ada peningkatankah ?
Aku dapat lihat , kebelakangan ini banyak gathering bloggers dibuat di merata rata .. Alhamdulillah .. ini bermakna bloggers di Malaysia terutama yang muda muda ini inginkan sesuatu yang segar .. Mereka ingin keluar dari dunia kebiasaan mereka lalu membina satu komuniti yang baru .. Komuniti blogger ! Di situ mereka berkenalan diantara satu sama lain.. Berkawan .. Bertukar tukar pendapat.. bukankah itu satu aktiviti yang sihat ?
Bayangkan jika dunia blog ini hanya bergerak secara kumpulan kecil atau individu tertentu saja... Apakah kemanisannya yang boleh kita ceritakan pada mereka yang tidak tau langsung mengenai dunia blog ??
Hanya satu.. $$$ ! Tu je ke ???? Aisey... Atau kutuk mengutuk ? Atau gossip sana sini ? Kecewa siot ! Baik layan FACEBOOK !