Masih aku ingat lagi .. bagaimana pensyarah memberi tugasan tanpa sebarang point .. Apa yang dia suruh buat ialah , 'CARI' ... Pergh.. dah la tak tau apa apa .. '0' wehh !! Bengang giler .. maki hamun je dalam hati .. Tensen .. rasa nak g jerit je kat telinga pensyarah tu tapi tak berbaloi.. dia pakai tudung.. takkan tinggal kesan sangat kot .. hehehe ..
Tapi Alhamdulillah , berkat arahan dia itu , aku memahami maksud 'CARI' ! Bila aku dah bekerja , kebanyakkan kerja aku melibatkan ' CARI' .. Disebabkan aku terlibat dengan banyak perisian baru terutama dalam bidang multimedia , maka aku kena 'CARI' samada dalam internet dan juga di kedai kedai buku.. Perpustakaan ? Jangan cerita la.. mmg ulat dulu.. hehe ..
Dan pekerjaan aku sekarang ini pon tak kurang dengan tugasan yang memerlukan aku senantiasa 'CARI' dalam internet.. Bila bos nak maklumat , maka aku dengan pantas kena cari dan seterusnya menghubungi pihak terbabit bagi mendapatkan info yang dikehendaki ..
Bayangkan jika segalanya depan mata ... Apakah yang akan terjadi pada aku ? Segalanya 'disuap' jer .. Kesannya , aku jadi 'gemuk' dan malas ! Segalanya aku hanya perlu mintak saja ..
Kali pertama aku buat blog , aku pon tak tau apa apa .. Walaupun aku mmg tau buat web tapi blog adalah asing bagi aku .. Tak semudah itu walaupun mudah jeeee ..
Macam macam info ada berkaitan dengan blog.. Kalau tanya blogger , penerangan adalah ringkas tapi jika mereka buat entri mengenainya maka lebih jelas lagi cerita tersebut..
Sebab itulah aku gemar suruh blogger baru GOOGLE dulu baru bertanya .. Kenapa begitu ? aku nak mereka dapat info dengan membacanya terlebih dahulu kemudian baru bertanya ..
Bayangkan jika ada blogger tanya , " BEN , nuffnang tu apa ? " .. aku takkan jawab.. sebaliknya aku akan suruh dia google.. Kenapa ? Sbb dalam tu akan jumpa banyak entri berkaitan NUFFANNG .. Dia juga akan jumpa entri berkaitan cara pemasangan , tujuan , kelebihan malah juga cara cara nak tarik trafik ke blog.. macam macam ada .. Kalau bertanya , maka jawapan yang akan dia dapat cukup ringkas.. Dan dia akan tau yang asas je la .. Seterusnya dia akan bertanya , bertanya dan terus bertanya sedangkan jawapan ada dihujung jarinya ..
Aku bukan nak berlagak sombong bang... Jangan lupa .. kalau kita asik disuap jer , akal kita tu nak digunakan untuk apa ?