Segalanya bermula dari merepek... mengarut... dan cakap cakap kosong .. tapi itu lebih baik dari merempit , meragut atau berpelesiran tak ketahuan !
Vlog atau video log yang dihasilkan oleh blogger kebelakangan ini adalah salah satu usaha mereka untuk mempromosi blog mereka .. Salah satu cara marketing yang digunakan disamping cuba menengahkan bakat yang mungkin mereka ada ... Tak cuba , kita tak tau kan ?
Kritik , boleh kritik.. Kritik pastinya akan membuatkan vlogger tersebut cuba membaik penyampaiannya pada vlog akan datang .. Tapi kritiklah dengan bijaksana .. Bukan mengutuk .. Vlogger bukanlah rejim zionis yang patut dikutuk ! Mereka sekadar cuba menyampaikan mesej dengan cara tersendiri .. Jika tidak suka , kritik tapi bukan kutuk atau mengeji mahupun mengelarkan mereka dengan panggilan tertentu .. Tak pun , sila tekan butang close atau 'X' .. Mudah bukan ?
Bagi mereka yang menyokong VLOGGER MALAYSIA , mari sama sama kita beri mereka semangat !! Jangan lupa , satu vlog sama seperti satu entri .. beri mereka peluang ... Jika mereka naik satu hari nanti , bukankah mereka itu kawan kita juga ??
Jika korang menyokong VLOGGER MALAYSIA , sila buat entri khas :
- Sila letak banner diatas itu ...
- Tulis tajuk SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA dan linkkan ke entri ini ..
- Tulis kata kata semangat buat mereka ...
- Tu je.. sila tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini ...
TERIMA KASIH !
MEREKA YANG MENYOKONG > SINI