Ini bukan entri sakit jiwa atau aku kena serang dek lalat mahupun tungau .. takde takde takde ... Saja nak bagi tips dan panduan buat blogger blogger yang baru nak bertapak dan sedang meningkat naik ..
Ya... terima kasih .. aku tau aku tak layak bagi tips atau panduan memandangkan blog aku ni pon tak bagus mana kan ? Tapi ada aku kisah ? Yang kata gitu , sbb dia dengki jeeeee... Aku tau blog aku bagus..Kenapa aku kata gitu ? Sbb aku yang buat.. Kalau aku tau blog aku tak bagus , baik tutup je.. Kenapa aku perlu semakkan lagi kepala pembaca dengan kehadiran blog aku ni kan ? Hehe..
Bukan riak .. bukan berlagak .. tapi hakikat.. Kita perlu ada keyakinan terhadap apa jua yang kita buat.. Kalau asyik nak melutut je , susah la.. Apakah diorang je layak berdiri ?? Cuba fikir eh .. korang kata blog korang tak bagus .. Itu bermakna penulisan korang jugak tak bagus.. Tapi dimana korang sebenarnya ? Ada yang sedang belajar di UNIVERSITI .. ada yang bekerja dalam bidang profesional atau paling tidak pon , lulus SPM dah pon..
Ini bermakna korang ada ilmu.. ada pendidikan.. apa yang kurang cumalah pengalaman dan juga teknik mahupun kreativiti.. Semua itu boleh didapati dengan kerajinan dan usaha .. Perlu ada semua itu.. Mana ada pemain bola sepak dunia lahir terus main untuk kelab dunia ? Semua bermula dari bawah ! Jangan terlalu merendah diri sangat .. Boleh , mmg patut merendah diri tapi sehingga merasakan diri tu tak berguna , itu dah salah !
Allah cipta manusia dengan pelbagai kelebihan .. Apa yang perlu kita buat , ialah cari dan cungkil .. Mungkin korang kata korang tak berbakat dalam dunia blog ni .. mungkin dalam bidang lain .. Heloo... blog cuma penulisan .. Korang takkan tak reti buat karangan ?? Semua orang belajar buat karangan.. apa yang perlu korang buat ialah pendedahan..Banyakkan belajar dari membaca artikal artikal berilmu dan juga yang santai santai ..
Berblog macam memandu kereta... Amik kelas ... belajar memandu.. Dan sila pandu diatas jalan raya .. Ikutilah peraturan yang ditetapkan.. Apakah mereka yang bagus saja boleh memandu kereta diatas jalan raya ?
Sesiapa saja boleh berblog ! Cuma bukan semua boleh maju dalam dunia blog .. Kenapa ? KEMAHUAN ! dan juga SEMANGAT ! tak lupa juga kehendak ALLAH .. tapi itu boleh berubah dengan doa kita kepadaNYA .. itu dah berbalik pada KEMAHUAN bukan ?
InsyaAllah ... Aku boleh , korang ?? LAGI LAAA BOLEH !! Kritikan ?? Helloooo.... diorg yang kritik tu sapa ? Pemenang ANUGERAH NOBEL ?? Pemain bolasepak terbaik dunia ? Atau bekas perdana menteri ?? Diorg tu sama jee cam kita .. Berlagak pandai padahal KOSONG !
Maka , berkongsilah pengalaman dan pendapat korang tentang dunia ini kepada pembaca pembaca blog ! Niatkan kerana ALLAH... Syurga Allah yang kita mahukan .. InsyaAllah ..
" saya macam tertanya-tanya, macammana ye if blogger yang memang tak suka n takkan post gambar die dalam blog?
since saya tengok dan perhati, even dalam blogger pilihan BA or di sebalik tabir semua ada pic yang ditonjolkan.
selama saya berBW,kebanyakan header adalah muka tuan blog tu.tapi bagi yang memang suka 'menyimpan' mukanya, adakah tu dikatakan tak jujur or something else? "
Salam dan selamat pagi ..
Hurm .. Adalah hak masing masing untuk meletakkan gambar mereka atau tidak ... Tetapi majoriti pembaca lebih selesa membaca dan menjadi pembaca setia sesebuah blog itu setelah mengenali pemilik blog tersebut menerusi gambar serta cerita cerita kehidupan harian blogger tersebut .. Ini pendapat aku ..
Ok..kenapa aku tonjolkan blog blog yang ada gambar pemilik tuannya .. Sebenarnya aku tak galakkan blogger wanita terlalu tonjolkan gambar mereka dalam blog kerana boleh mendatangkan ' masalah ' satu hari nanti atau disalahgunakan .. Tetapi apa yang aku cuba buat ialah menonjolkan blog mereka dengan mengenalkan blogger tersebut kepada pembaca di blog aku ini .. Contoh gini yer ,
" Kawan kawan , ini rakan blogger baru kita ... Si polan binti /bin si polan ... marilah berkenalan " ...
Mereka lebih selesa untuk berkawan selepas itu .. Cuma gambar di header tu biarlah selesa dan tidak menyakitkan mata.. Dan bagi aku itu adalah satu keberanian.. Bukan menjual muka tapi yakin terhadap diri sendiri dan seterusnya berhati hati dalam penulisan dunia blog ini kerana mereka telah 'dikenalpasti' kerana gambar mereka telah terpampang !
Ok ..soalan selanjutnya .. bagi mereka yang menyimpan muka atau tak letak gambar mereka , apakah mereka tidak jujur ?
Lihat contoh paling dekat .. MAT GEBU @ .. Dia tak letak muka pon ? Blog wife aku tak letak muka pon ? Banyak blog tak letak muka pon .. Tidak pernah timbul persoalan mereka ini jujur atau tidak .. Ibarat penyanyi kumpulan AMUK yang pakai topeng ketika menyanyi.. Penonton tertanya tanya .. siapakah dia sebenarnya ? Sekadar tertanya tanya.. Bukan isu jujur atau tidak ..
Kejujuran sesebuah penulisan boleh dikesan di dalam entri blog mereka .. Jika mereka pembaca setia blog tersebut , mereka boleh mengetahuinya .. Jika blog itu adalah pertama kali dibacanya , mmg agak sukar untuk mengesannya tapi bersikap positif ... iaitu ambil yang baik baik isinya ... Mudah je kan ?
Kesimpulan ... aku akan pilih blog blog yang mana mereka sendiri berminat untuk aku tonjolkan mereka dalam dunia blog ... Jangan lupa , aku ada BLOG PILIHAN , HEADER PILIHAN dan ENTRI PILIHAN .. Ops.. BLOGGER PILIHAN .. Sekadar promosi percuma buat rakan rakan blogger sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka pada aku selama ini ...
TERIMA KASIH ..
Syukur , syukur aku kepada Allah .. Segalanya terbukti dengan pantas namun perit ! Bukan mudah tapi aku buktikan ... Mereka ketawa dahulu , aku geram saat itu .. Sekarang aku ketawa , ketawa puas .. Puas sbb ternyata ianya menjadi kenyataan ..
Kenapa ? Blog aku ni , blog cerita biasa .. Pelbagai cerita aku kongsi bersama .. Segala cerita , kenangan malah pengajaran aku letakkan di sini dengan harapan , pembaca dapat merasai apa yang aku rasai ..
Bermula Ogos lalu ( 2010 ) , aku terima satu iklan dari http://rizi-biz.com/ dimana dia sendiri meletakkan harga iklan tersebut .. Aku ternganga tak percaya .. Alhamdulillah , sehingga sekarang dia masih lagi berada di tapak iklan tersebut ..
Aku cuba segala-galanya dalam dunia blog .. Eh.. bukan semua ... hehe..banyak lagi aku tak cuba .. namun aku akui , blog mampu membuatkan blogger tersengih ..
Aku bukan nak ajar blogger bersikap materialistik ! Tapi sila buka kepala otak tu .. Lapangkan minda.. Jangan fikir negatif.. Apakah dengan bekerja dengan orang , baru boleh ada duit ? Berblogging pon ibarat bekerja.. Kita menghasilkan penulisan sendiri .. Lain la yang jenis ciplak tu.. Kita kerah idea .. Nak kasi pembaca gembira .. ketawa.. bukanlah mudah .. sangat susah ok !!
Sejak aku ada blog ni , rezeki aku bertambah .. Tadi aku baru saja terima satu cek dari syarikat iklan .. Dan insyaAllah , esok aku akan termeterai satu perjanjian yang mana $$ lumayan juga .. Manakala INNITY menjana $$ sesuai dengan trafik aku.. berbaloi baloi !
Apakah rahsianya ? TRAFIK ! Mereka kata aku gila trafik .. Yup.. mmg aku gila trafik.. kalau aku tak gila trafik , sapa nak baca blog aku ? Unta padang pasir ?? Aiseyman .. TRAFIK = PEMBACA ... Aku nak pembaca dengan jumlah yang besar.. Itulah kepuasan ..
Untuk mendapatkan trafik yang tinggi , ada pelbagai cara dan cara aku ialah seperti mana korang nampak sekarang .. Itulah aku , hari ini dan insyaAllah hari hari mendatang ..
Alhamdulillah .. selama setahun aku berblog .. orang kata aku gila blogging.. tegar la.. mengarut la .. macam macam la gelaran diorng sampaikan kat belakang aku.. Tak kisah la.. sebab diorg tak tau apa yang buat sebenarnya ..
Dari mula aku berblog , aku mmg senantiasa selalu bersegmen .. Segmen ni best .. Dapat kenal blogger blogger baru .. Trafik ? Hurm... bagi aku , trafik masa bersegmen , ok je .. Tapi keburukannya , ranking ALEXA aku jatuh ... mmg jatuh teruk la.. huhu.. tak kisah pon.. Aku dah buktikan aku boleh dapat dalam lingkungan 200 blog yang ok di Malaysia.. Nak kata bagus tu tak la .. boleh la cukup cukup makan untuk aku je..
Tapi aku punya perancangan lain sebenarnya .. Dan alhamdulillah .. ada mata yang nampak usaha aku ini dan .. ehehhe.. insyaAllah.. aku selangkah lagi di hadapan , tak lama lagi..
Apakah itu ? InsyaAllah.. aku akan kongsikan dengan korang seperi mana aku berkongsi vlog dengan korang ... hehehe... Doa doakan je aku murah rezeki eh ...Tqqq...
Latar belakang ek... ermm.... aku sorg ibu kepada 2 org anak, surirumah, suka memasak, mengemas, ala mcm surirumah yg lain jugak. Kan tanggungjwb tu... Ambik hantar anak sekolah tiap2 hari... itu rutin harian aku.. Selain pd tu aku suka travel and minat photography sgt2. Dah setahun dah aku terlibat dlm dunia photography nie.. sambungan > sini
Lagi lagi lagi gila :
http://esmaxempayar.blogspot.com/2011/03/di-sebalik-tabir-blog.html
http://nuruashia.blogspot.com/2011/03/di-sebalik-tabir-blog.html
http://dillaroslan.blogspot.com/2011/03/di-sebalik-tabir-blog.html
http://abbeydawnz.blogspot.com/2011/03/di-sebalik-tabir-blog-persimpangan.html
http://ayuanakchee.blogspot.com/2011/03/di-sebalik-tabir-blog-ayuhidayu.html
http://kulinbaek.blogspot.com/2011/03/contest-disebalik-tabir-blog.html
http://mimie-lonely.blogspot.com/2011/03/disebalik-tabir-blog.html
http://salimharmanain.blogspot.com/2011/03/disebalik-tabir-blog.html
http://www.norfanil.com/2011/03/di-sebalik-tabir-blog.html
http://najihahfara.blogspot.com/2011/03/disebalik-tabir-blog.html
http://dblackmawar.blogspot.com/2011/03/di-sebalik-tabir-blog.html
http://ewunyukiko.blogspot.com/2011/03/di-sebalik-tabir-blog-ewunyukiko.html
http://gadis88qamponk.blogspot.com/2011/03/di-sebalik-tabir-blog.html
Ada lagi ....
Hah ??? Adoi .. tamo laa .. sokong skit filem tempatan yg lain dari yg lain .. Haaa.. Tamo support kalu , jgn tengok langsung ! Huh .. lalalala ... Jangan maraaaa aaa .... nanti kena juall aaa ...