Pergh.. serius.. selagi tak terantuk , selagi tu kita akan kedekut .. Makin banyak masuk , makin susah nak keluar.. Bila pergi ke shopping , dengan mudah je duit tu abis .. Kenapa itu berlaku ?
Seorang rakan aku tadi bercerita pada aku .. Pernah dia hanya ada RM10 jer hasil pemberian seorang rakan .. Duit yang dia ada tu , cukup untuk seminggu ! Dia pelik ... Tak abis langsung duit dia .. duit itulah yang dia guna untuk tambang , makan dan sebagainya ...
Bila dia fikir fikir kembali ... keberkatan duit itu .. Duit itu diperolehi dari sumber yang halal.. dicarinya dengan titik peluh yang ikhlas .. amanah ..maka hasilnya juga diberkati Allah ..
Cuba kita fikir kembali ... duit yang kita perolehi.. berapa pantaskah ianya abis ? Cuba fikir sumber dan keberkatannya .. Apakah kita benar benar amanah terhadap pekerjaan kita ? Setiap minit dan setiap saat ? Sebab tu rezeki susah nak melekat dengan kita kan ?
Berbalik pada topik .. Berkait rapat dengan keberkatan rezeki kita .. hurm... Kenapa kita kedekut dengan harta kita ? Kalau kita kata kita penat penat bekerja siang dan malam , ikhlas kerana Allah .. aku rasa tak susah kita nak sedekah pada orang kan ? Malah kita lagi seronok nak bersedekah.. Nak berkongsi hasil rezeki kita ..
Cuba kalau kita dapat dari cara yang tak betul ? Rasa rasa mudah tak kita nak sedekah ? Kalau kita sedekah sekali pon , apakah niat sebenarnya ? Wallahualam ...
"Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta." sumber ( link )
Hurm.. patutlah ramai antara kita tak pernah cukup kumpul harta .. hurm... Makin banyak makin tak puas .. Astagfirullah al'azim ..