Bila aku dalam group blogger , mereka seringkali memberitahu tentang populariti sesebuah blog .. Hurm.. Aku tertanya tanya , apakah benar blog mereka popular ? Sbb aku tak pernah lak dengar nama blog tu .. ops.. sori.. aku jarang blogwalking.. hehhe.. blog aku sendiri pon tak popular..
Jadi , aku tertanya sendiri .. sejauh mana popularnya blog aku ini .. Sehingga sejauh mana dikenali mereka .. Mereka ini maksud aku ialah pembaca pembaca di alam maya ini .. Mungkin sekitar dalam negara dan juga luar negara ..
Menurut Google Analytics , 83% trafik aku dari referring sites dan cuma 9% saja dari search engines .. Dan baki adalah direct trafik...Hurm.. 83% peratus itu pula dari 4,219 sumber iaitu blog dan juga web .. termasuk gak dari search engine .. Hurm..
Tolak pi tolak mai , lebih 4,200 blog yang letak link BEN ASHAARI.COM .. Hurm... Nak bagi capai 5,000 blog ! Camana eh ?
Aku sebenarnya lebih puas nampak link blog aku di dalam blog rakan berbanding aku dok 'makan' trafik melalui SEO , buat masa sekarang .. Sebab apa tau ? Sebab satu cabaran untuk buatkan mereka bercerita tentang BEN ASHAARI ... Bukan mudah wooo ..
Jadi , cuba kita fikir kembali.. apakah benar blog kita popular ? Popular ni bukanlah glamer tapi dikenali .. Cukup dikenali .. Mereka bercerita tentang blog itu.. Mereka berbual mengenai blog itu.. Mereka mengkritik blog itu ..
Hurm... bukan mudahkan ? Strategi .. hurm.. tak mudah ..