Seronok kita bila kita dicalonkan sebagai PEKERJA CONTOH kan ? PEKERJA CONTOH ni kita tau layak diterima sekiranya kita kita benar-benar komited terhadap pekerjaan kita .. JUJUR, AMANAH , CEKAP ,BERTANGGUNGJAWAB dan BERDIDIKASI .. kan ?
Zaman sekarang ini , berapa ramaikah yang layak diberi penghargaan tersebut ? Aku ( jgn mimpilah ) ? Kalau diberikan kepada aku , 100% akan aku menolaknya kerana aku tidak langsung layak menerimanya ! Aku tahu dimana kelayakkan aku .. Walaupun aku buat kerja , dan bukan jenis kaki merayau tapi aku sedar akan kelemahan aku.. Malah aku sedar gaji yang aku dapat itu pon belum tentu berkat ..hurm..
Tapi kenapa ada yang menerimanya sedangkan kita sendiri tau dia itu tidak layak ? Yang menganugerahkan pulak seolah olah buta mata ? Dimanakah tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang mana sepatutnya memilih dengan lebih teliti dan cekap ?
Bukan mudah pikul AMANAH ... Itu baru AMANAH terhadap pekerjaan .. Bagaimana pula tanggungjawab dan AMANAH kita kepada ALLAH ?