Mula mula .. aku nak tekankan disini .. Aku berblog bukan nak cari publisiti murahan .. Atau nak terkenal dalam dunia maya mahupun realiti ! Aku bukan gila glamer !! Ok ? Aku bukan DIVA atau mahu menjadi pujaan manusia ! Jika dengan menjadi DIVA membolehkan aku terselamat seksaan kubur atau dari neraka , maka aku mahu !
Yang kedua , tolong jangan la kaitkan rakan rakan blogger aku dengan isu isu mengarut ! Terbaru ada yang kata kawan aku tu nak tumpang glamer aku ! Gila ke apa ?? Aku glamer tang mana ?? Tolong jangan wat isu murahan .. Saja saja cari dosa kenapa ? Biarlah mereka dengan dunia mereka .. Yang sengaja nak ganggu tu napa? Kalau takde keje sangat , g baca suratkhabar .. g selak berita berita terkini .. update dalam blog tu haa.. lagi bagus .. Ni saja saja nak jentik telinga orang awat ? Bawak bawak istighfar skit.. Dunia makin nak kiamat.. Orang pakat perbanyakkan amalan.. kumpul pahala.. ni tak ? Nak simpan dosa wat pe ?
Ok.. tutup isu murahan tu .. BERBLOG .. mmg best ada blog .. Kita boleh cerita macam macam dalam blog .. cerita kita .. cerita mereka.. cerita dunia .. cerita akhirat .. macam macam .. betul ?
Pastinya mereka yang punya blog impikan pembaca yang beribu setiap hari ? Cuba korang ke blog DRMAZA.COM .. Sebuah blog yang cukup berilmiah.. Setiap entrinya punya fakta dan dalil yang dipetik dari Al-Quran mahupun hadis rasulullah s.a.w dan juga kata kata dari sahabat nabi .. Sangat menarik !
Dah masuk tengok blog beliau ? Nampak tak berapa ramai yang sedang online ?
Saat aku masuk .. ada 22 online ! Dibandingkan dengan blog aku ,
ada 96 online ... tapi aku malu ... blog aku takde apa apa... jauh sekali memberi faedah kepada pembaca ... Tapi apakah itu mematahkan semangat aku ?
Tidak sama sekali .. Aku tak boleh jadi seperti Dr.MAZA .. Tapi aku boleh memainkan peranan aku seperti dia .. Walaupun sebesar kuman peranan aku , jika aku ikhlas kerana Allah , insyaAllah ... diberkati juga .. kan ?
Yang penting dalam dunia blog ini adalah penyampaian isi kandungan kita .. Pembaca , kita kena cari .. kuatkan promosi.. Beri tempoh.. dua tahun paling singkat .. Bukan mudah untuk berjaya ...
Korang nak dapat ijazah pon 4 tahun kan ? Sebelum tu kena amik SPM .. PMR .. UPSR .. dan sekolah tadika.. mana ada yang terus berjaya ??
Bermula dari bawah.. kenikmatannya lebih terasa bila mengecapi kejayaan !