Bukan mudah untuk mudah .. tapi bila dah mudah tak susah nak payah... Hehehe.. paham tak ? Tak ??? aisey.. mudah je tu... sila ulang baca .. hehehe..
Makin lama dalam dunia blog , makin banyak pengalaman.. Setiap pengalaman akan mematangkan blogger itu sendiri .. Pengalaman begini tidak boleh dibeli di mana mana.. Kena hadapi sendiri ..
Ramai blogger lama berpegang pada prinsip , blogger baru perlu hadapi kesusahan atau penderitaan terlebih dahulu sebelum menikmati kejayaan..
Aku setuju .. aku sendiri pon pernah rasa perit bagaimana nak capai 100UV sehari .. Sekarang ? Bila dah bersembang dengan BEAUTIFULNARA semalam , baru aku terasa kecil sungguh aku punya pengunjung blog tapi aku masih boleh berbangga.. Aku ada apa yang dia takde dan dia ada apa yang aku tak de .. haaaa... apa tu ? Tu kena tunggu video malam ni.. hahaha ..
Aku , selaku abang bagi blogger baru , cuma mampu tunjuk jalan .. Untuk popularkan blog itu , mereka perlu usaha dengan lebih gigih.. Apa yang mampu aku lakukan , aku cuma perkenalkan blog itu saja .. Nak berjaya , sila hadapi sendiri.. Bukan senang nak naik tapi bila dah naik , mmg indah sekali ...
Lihat contoh negara kita sudah .. Untuk mencapai kemerdekaan , pelbagai perit getir perlu lalui .. tapi bila dah merdeka , mmg menakjubkan perasaan itu .. Untuk mengekalkan ? Sangat la susah ...
Sebagai blogger baru yang benar benar ingin berjaya , harungi kehidupan blogger dengan penuh kesabaran ... InsyaAllah .. kejayaan akan datang kemudian..