Blog aku mungkin tak cantik.. Tak canggih .. takde coding yang menarik yang mana boleh tarik trafik ratusan ribu pengunjung sebulan ... Tapi sehodoh hodoh blog ni pon masih lebih 150 ribu UV sebulan.. Tak tinggi tapi aku masih bangga sebab titik peluh aku sendiri .. Mereka masuk kerana BEN ASHAARI !
Sebagai blogger dan juga manusia , setiap saat kita gunakan otak kita untuk berfikir .. Al-quran , hadis nabi , ilmu dunia yang kita belajar malah pengalaman hidup , kita gunakan sebagai penunjuk jalan ke arah kehidupan yang lebih benar dan selamat ..
Sama gak cam korang .. ada yang fikir blog tak cantik .. tak menarik .. tak mungkin ada pembaca yang ramai ... Cuba fikirkan .. surat layang yang orang buat ... atau kertas iklan yang orang buat lalu tampal atau beri pada orang yang lalu lalang tu mampu membuatkan orang tu membacanya .. dan ada yang tertarik... Kenapa mereka boleh tertarik malah ada yang membacanya berkali kali ?
Segalanya kerana isi kandungan ... Isi kandungan perlu menarik diikuti di mana kita sebarkan ! Kalau kena tempat dan gaya , silap silap sekejap je meletup !
Jadi , gunakan otak untuk berfikir ... fikir untuk berjaya.. Dan mereka yang berfikir guna ibu jari kaki tu , mmg sampai bila bila akan berada dibawah .. Nak naik ? jatuhkan orang lain.. tu je diorng pandai !