" Sorry kalau saya LAME!! but who is Ben Ashaari?? lps view his blog, okay fine..Dia mmg Famous and Awesome ok!!tapi dia siapa sebenarnya??artis??celebrity??xkenal...tapi pernah dgn pasal his name before!!:D "
Sebelum aku buat blog , aku naikkan nama aku dalam FACEBOOK .. FACEBOOK bukan tempat untuk berbisnis jer ok .. Jika kita bijak gunakan , FACEBOOK boleh jadi macam macam ...
Aku buat forum di FB .. senantiasa berkomunikasi dengan rakan rakan yang aku tak kenal dalam tu dan akhirnya mereka mengenali aku yang mana mereka ingat aku ini artis atau chef ! Macam macam la diorng ingat aku disebabkan aku suka berforum.. Forum aku tu lebih kurang macam segmen skang ni .. ramai akan menjawabnya dan akhirnya jadi perbalahan .. dan terpaksa aku delete dan beri soalan baru.. hehehe ..
Kemudian , baru aku buat blog .. Bila aku buat blog , tempat promosi paling berjaya aku ialah KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang mana sekarang ni ada lebih 8 ribu ahli ... dan banyak lagi akaun FB aku ada dan semuanya lebih dari 2 ribu ..
Memula , aku popularkan nama BEN ASHAARI di FACEBOOK ..Kenapa ? Di FACEBOOK , ramai blogger .. jgn lupa tu.. dan kebanyakkan mereka dah popular ! Jadi , aku pastikan nama BEN ASHAARI melekat dalam kepala mereka terlebih dahulu ..
Barulah aku berblog dengan giatnya .. entri , segmen , contest ... adalah wajib bagi aku .. Memula , lebih 20 entri sehari hingga ke 30 entri !
Teruk weh ! Aku kerja keras untuk naik .. Aku bukan berlenggang kangkung ! Aku tak gelak ketawa atau mengaru kepala memikirkan kenapa aku tak naik tapi sebaliknya aku fikir , bagaimana aku nak jual nama BEN ASHAARI , SETIAP SAAT !!!!
Dan sekarang , pasti ada yang tertanya .. SIAPAKAH BEN ASHAARI ??? APAKAH DIA ARTIS ???
Ini bermakna ??? Aku berjaya meninggalkan kesan dalam kepala mereka .. BEN ASHAARI dalam ingatan mereka walaupun mereka tidak mengenali BEN ASHAARI dan memaksa mereka mencarinya dengan mengoogle ..
AKU BERJAYA DALAM STRATEGI AKU ... Buat masa sekarang ... TRAFIK ? berkaitan dengan semua ini ... Dan kerana aku kejar trafik ,ada pihak buka mata ...1TUBE.MY !
Jadi siapalah BEN ASHAARI , seorang blogger biasa yang sedang berusaha untuk naik... Terima kasih ..