Lama dah aku tutup blog ni ! Serius.. makin lama makin bosan dalam dunia maya ni .. Aku tak bosan dengan blogging ni tapi bosan dengan segelintir yang mana kehidupan di dunia realiti sama hitam dalam dunia maya !
Tu tak lagi dengan perangai yang tak sudah sudah perasan dirinya bagus sedangkan hampeh ! Serius .. hampeh pon tak cam dia ! Tak mengaku kaum hampeh tu dengan dia tu haa.. Adoiii ..
Aku bukan hangin atau marah .. Kecewa jer ... Sampai bila kita nak bergerak maju ? Macam main galah panjang.. Tau tak permainan tradisional ni ? Hujung hujung , sorang je dapat lepas.. yang lain terpaksa jadi korban.. Tu la dia ..
Mat Gebu banyak bagi sokongan pada aku dari dulu .. Tak lupa juga rakan rakan pembaca dan juga blogger yang menyokong aku tetapi dikatakan 'penjilat' .. Sungguh hina kata kata 'dia' itu..
Dunia maya ni bukan satu dunia untuk kita tunjuk lagak atau tunjuk bagus.. inilah dunia yang patut kita gunakan untuk menyalurkan segala maklumat untuk dikongsi bersama .. Tapi sekarang ? Boleh dikatakan setiap hari , dunia maya ini dijadikan ruang bergossip, memfitnah dan maksiat ..
Serius.. aku nak je jauhkan diri dari semua ini .. Tapi kehadiran 1TUBE.MY memberi aku satu lagi alasan kenapa aku perlu terus berada dalam dunia maya ini .. Jika ianya menjadi kenyataan , aku rasa macam nak g duduk depan 'dia' dan minum air sirap tanpa pelawa dia !
Dan tolonglah .. aku tak buat entri murahan untuk naik.. Cukuplah segmen aku ni ha... tak larat nak makan trafik ..