Ada rakan blogger tadi tanya aku ... sekarang ni dia nampak blog aku seolah olah dah jadi blog segmen .. Dan dia syorkan aku membina sebuah lagi blog khas untuk segmen sahaja ..
Terima kasih atas pandangan dan teguran itu .. Sebenarnya motif aku buat segalanya disini selain dari promosi blog ialah , aku nak bina satu komuniti sihat diantara blogger sekalian.. Tak kira dalam Malaysia atau luar dari Malaysia ..
Aku guna pakai konsep masjid.. Masjid tidak semestinya tempat untuk bersolat saja.. Bila masuk waktu je , baru ramai orang datang hanya untuk bersolat .. Masjid juga boleh djadikan pusat ilmu , pusat pertemuan atau pusat sukan .. Tak salah kan ? Kalau diasingkan , cuba bayangkan apa yang boleh terjadi ? Amik contoh pusat sukan yang agak jauh sedikit dari masjid.. sah sah malas nak berjemaah kat masjid kan ? Yelah , memula tu mmg akan ada kepala ajak g masjid tapi lama kelamanaan ? Ada yang mula malas.. Tapi jika segalanya dalam kawasan masjid , bila masuk waktu je .. pasti akan berjemaah sekali kan ? InsyaAllah ..
Itu yang aku cuba buat dalam satu blog .. disini aku meluahkan perasaan.. di sini aku berkongsi maklumat.. disini aku berkomunikasi dengan blogger dan disini juga aku berkenalan dengan rakan rakan baru .. Pelbagai kelebihan yang aku dapat sejak aku kendalikan segmen ini .. Jangan fikirkan trafik.. Trafik aku tak sebesar mana pon.. Buat entri biasa lagi meriah dari segmen sebenarnya ..
Tapi itu cara aku .. Selain dari tu , aku secara diam mendidik blogger mengenai dunia blog dan dunia nyata terutama pada adik adik yang masih mentah dalam dunia ini .. Aku tak perlu terjerit jerit .. memberi kritikan pedas .. atau mengutuk ... sebaliknya hanya dengan entri biasa biasa saja dah memadai ..
Kita kena pandai main tarik tali.. ada kalanya kena lepas.. ada kalanya kena tarik ..biar seimbang ... Barulah cara tu kena .. Blogger yang ada sekarang ni bukanlah budak budak mentah .. Semua dah pandai belaka.. Tetapi , mereka seperti aku juga .. adakalanya terleka dan terlalai .. Maka dengan wujudnya komuniti beginilah kita saling tegur menegur dengan cara yang bijaksana .. Barulah takde sapa nak sakit hati atau bermasam muka ..
Dunia maya ni luas tapi kecil .. Pi mai pi mai tang tu gak.. Aku biarkan segmen aku ini mendidik dan menyedarkan rakan pembaca dan juga blogger secara halus .... Dakwah gak kan ?