Tersenyum jap bila aku baca kat BHARIAN Online tadi .. heheh ..
GAMBAR disiarkan televisyen Pakistan menunjukkan wajah Osama Bin Laden yang didakwa Amerika Syarikat berjaya dibunuh (kiri) berbanding gambar fail pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun kesahihan gambar berkenaan masih dipertikaikan agensi berita antarabangsa berikutan gambar berkenaan berkedudukan sama. - Foto AFP
Hurm.. pagi aku terdengar kat radio.. katanya takde negara tamo terima mayat Osama bin Laden maka mereka nak kebumikan di laut jer .. Eceh.. yeker ??? seteruk teruk orang Islam , takkan la mereka nak biarkan mayat saudara mereka begitu je kan ?
Bagi aku , ni antara propa US je .. memandangkan tahun depan ada pemilihan presiden US kan.. kena pulak pencabar Obama dah bukak pekung dia ..hehehe.. macam macam ...
Petikan dari BHARIAN ..
" Kejayaan membunuh Osama dijangka mencerahkan peluang Obama dalam pemilihan presiden tahun depan, selepas Presiden George W Bush yang memulakan peperangan terhadap keganasan kira-kira 10 tahun lalu, gagal menawan atau membunuh pemimpin Al-Qaeda itu "
Jika benar , Al-Fatihah buatnya .. Jika tidak , hehehe.. tunggu je nak sengih lagi kat Obama..