Ada blogger komen semalam .. kebelakangan ni ramai blogger buat SEGMEN semata mata nak popular ...
Betul..aku tak nafikan .. aku buat segmen untuk popularkan blog aku .. sebenarnya , popular dari sudut promosi ... Kenapa aku pilih segmen ?
Dari mula aku berblog.. dah ada pelbagai cara untuk naikkan blog masing masing.. antaranya contest ,GA , review dan forum.. banyak lagi cuma aku je tak terdedah mengenainya ..
Kenapa perlu promosi blog ? Aku buat blog bukan suka suka.. Saja tulis pastu biarkan .. Itu bermakna aku membuang masa .. Aku buat blog sbb ada tujuan .. Jadi aku perlu popularkan blog aku ..
Blog aku bukan blog artis.. aku bukan tulis mengenai politik.. aku tak tulis mengenai ilmu .. aku tak tulis mengenai gossip.. aku tulis biasa biasa jer .. Ada ke orang nak baca ??
Tak de orang nak baca punya !! Tapi dengan buat segmen dan mempromosinya , alhamdulillah.. aku disini sekarang .. maka apa saja aku tulis , mereka baca .. Baik best atau tidak , mereka menilainya ..
Maka , dengan segmen , aku ketengahkan blog aku dan banyak blog yang lain .. Bayangkan bagaimana nak bersaing dengan jumlah blog lebih 1 juta di Malaysia ini ?
Dan alhamdulillah.. dengan segmen jugaklah aku masih berada di no 1 DIGI WWWOW - BLOGGER OF THE YEAR.. Menang atau tidak tu belakang kira tapi ini membuktikan dengan segmen aku berjaya meletakkan aku di tempat yang aku inginkan .. di samping sokongan rakan rakan yang lain ..
Berbaloikah segmen ? Ya .. teramat berbaloi .. Aku bukan menulis sekadar suka suka kerana aku nampak masa depan dengan blog aku ini .. Blog aku inilah masa depan aku ..
Klik SINI kalau sudi ...