Salam selamat pagi .. Hari kedua di Bangsar Pantai Hospital ...
Banyak gak hampas semalam .. nasib baik ada penapis.. kalau tak , tah hapa hapa punya komen yang terlepas dalam blog aku ni.. Haih...
Aku tak nak ada komen berunsur negatif dalam blog aku ni .. Unsur negatif yg aku maksudkan ialah komen yang mampu membuatkan pembaca geram lalu membalasnya dengan penuh kegeraman atau mampu membuatkan blogger membalas dalam entri mereka akan datang ..
Biarlah aku kelihatan seperti pengecut disebabkan aku menapis segala komen .. Aku tak gilakan sebarang komen .. aku tak gilakan komen berunsur pujian ... dan tak berminat nak membaca komen caci maki.. Muak dah sepanjang hidup aku ni dok dengar caci maki.. Yang suka caci maki ni , budak lom matang jer .. Budak dok tepi tembok sambil menganggu ketenteraman awam .. Ni la 'budak-budaknya' ..
Takut berumah tepi pantai ? hehe.. tak luka badan jika kena kritik.. cuma sedih jer.. Sedih kerana masih wujudnya spesis begini di zaman yang penuh dengan cabaran kehidupan .. Spesis yang masih ketinggalan ke belakang dengan punya perasaan tak mampu bersaing tapi gemar menjatuhkan semangat orang lain ...
Maaf la yer... aku dah sampai tahap ini.. dan dah muak dengan kritikan dalam hidup ini .. Alhamdulillah , aku dah berusia 35 tahun dan punya blog lebih 150 ribu pembaca sebulan .. dan sedang meningkat ..
Tu je la nak kata ... fikir fikirkan la ke mana hala tuju hidup kita .. Membina atau dok tengok orang lain berlumba menuju kejayaan kehidupan ini .. Dan paling penting ,jgn tinggalkan pegangan agama ..
Entri ni pernah aku keluarkan satu tika dulu ... aku copy paste balik jela eh ..
Blog.. sapa baca blog ? Takde orang baca blog ? Ke ramai orang baca blog ? Nak tulis apa ? Nak luah apa ? Ah... sapa la aku nak org baca blog ni kan ?
Kadang kadang , kita tulis main ikut selera kita.. dalam tak sedar yang membaca tu , masih bawah umur .. dalam tak sedar yang baca tu masih tak cukup akal .. Tulisan kita boleh mempengaruhi mereka ..
Bayangkan jika blog korang yang dibaca beribu orang setiap hari .. tapi kandungannya penuh dengan negatif.. kalau 'dipungut'nya 10% dari penulisan tu , camana ?
“Barang siapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.” hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah ..
Memaki hamun dalam blog .. pergh.. mmg best .. blogger baru baca.. wah.. boleh ke buat gini ? kalau dah yang popular boleh buat , aku yang tak popular lagi la boleh kan ?
Aku tamo la nak kata lebih sbb kadang kadang aku pon 'terbabas' .. jadi kita sama sama ingatkan je la yer... Kita tak sempurna dan tak perlu berlakon jadi sempurna .. Walaupun kita jadi diri kita namun perlu berubah jika diri kita itu masih senget ...
Wah... ada lalat menyinggah .. lama tak singgah .. Cam biasa .. komen takde kaitan.. Hairannya kali ni aku tak rasa nak sakit hati ..Kenapa yer ?
Aku berterima kasih gak la.. tambah satu uv aku .. Sekurangnya dia nak gak tolong tengok blog aku ni.. Ada gak rupa tahi template aku yer.. Tahi sapa , aku tak tau la...
Hurm.. cam biasa .. pengomen guna id orang lain ... iskh iskh iskh.. tak kisah la.. mmg begitu lumrah manusia gitu .. berani menjerit dengan tampal flyers kat pokok tumbang ..
Pagi tadi , ada la rakan blogger tanya aku.. blog dia pon dikutuk serta di caci maki ... tapi bukan dalam ruangan komen tapi di dalam blog seseorang ... dia tanya aku apa tindakan yang sewajarnya yang patut diambil ?
SKMM .. Print screen .. dan buat laporan .. Bila dah jumpa nanti pemilik blog tu , maka senang la nak buat kerja lain .. Setiap blog ada ID .. sembunyi la camana pon ... pasti akan dijejaki .. bukan susah ..
Hahaha... saja je.. jgn buat gossip liar okeh ! nak tengok kena ke tak kena bila 'aku jeling ' tu masuk dengan header 'dia' ..
hurm.. tak kena ...jap nak cari lagi.. ke korang ada yang sesuai ?? hehehe ..
Ramai blogger mintak aku review blog mereka.. sebenarnya aku tak perlu review blog mereka untuk mencari dan menilai blog mereka .. apa yang aku buat cumalah menengahkan blog blog yang aku rasa patut diketengahkan ..
Antara sebab aku tak nak pilih blog blog yang aku rasa patut diketengahkan ialah , entri yang masih lagi lemah.kandungannya . aku tak nak mereka di serang oleh blogger atau pembaca yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan kritikan pedas atau caci maki ..
Template yang masih lagi belum bersedia .. Mungkin bagi mereka , template tersebut sudah memadai tapi sebenarnya tidak .. Jika aku masuk dan memberikan komen , pastinya ada yang terasa hati atau paling tidak pon akan tukar yang baru dan seterusnya akan ilanglah keoriginalitinya .. Apa yang patut blogger tu buat ialah , banyakkan melihat blog blog yang terlebih dahulu lahir dan matang dalam pembikinan template dan juga entrinya ..
Masih terlalu baru ... Yang ini biasanya aku akan buat segmen khas untuk blog blog baru .. Kalau nak pilih promote satu satu , pastinya ada yang akan bosan .. :)
Nasihat aku , banyakkan mengembara di dalam dunia blog ini untuk mencari identiti dan juga nikmat sebenar dalam berblogging ..
gambar hisasan
Bila hangat bercinta... ibu tiada dalam hati.. Ketika ini segala kata kata ibu adalah untuk memisahkan cinta mereka ... kan ? Tak percaya kata ibu.. malah sanggup membohong demi cinta .. Kononnya !
Tapi bila putus cinta ?? Siapa yang kita cari ? Ibu jugak.. haih...
gambar hiasan
Hurm... bila dapat durian runtuh.. tengah loaded .. apakah ibu atau keluarga kita yang kita cari dulu ? Tak kan ? Bagitau kat kekasih kita dulu .. kan kan ? Ada yang tak kan ? Bagus gitu.. sepatutnya berita berita gembira ini selayaknya ibu atau keluarga kita yang mengetahuinya terlebih dahulu.. Sejuk jee perut dengar anak mereka senang hati.. bukannya nak tumpang tapi lega .. kan ?