Ada di kalangan blogger lebih lagi yang muda muda ni teringin nak jadi blogger popular .. hurm..
Aku tak nak komen sangat bab ni... Terpulang pada niat dan gaya memasing .. Pandai pandai la nak hidup kan .. Sampai masa nanti tau la yer .. hehe..
Ada yang tanya aku , best jadi blogger yang dikenali kan ? Aku jawab , sama je dikenali atau tidak.. Takde beza.. Takde yang menariknya pon.. kecuali jika blogger tu syok sendiri.. tu yang menarik tu..
Pelbagai cara dibuat untuk dikenali .. tapi bila dah dikenali , baru menyesal tak sudah .. 'Mereka' datang menganggu.. Tepuk dahi la pulak pasni ..Baru nak suarakan betapa menyesal bila dah popular ..
Bagi aku , popular atau tidak dalam dunia blog ni , bukanlah penting.. Yang penting , bagaimana kita bawak diri dalam dunia blog ni .. Kalau rasa popular tu membuatkan kita rasa bangga diri atau angkuh atau perasan bagus , lebih baik sedian entri entri yang bisa membuatkan pembaca tersenyum... menangguk atau kagum dengan blog korang..
Tapi kalau entri biasa biasa je , maka baiknya cool je.. Takde la orang nak kutuk sangat kan.. hehehe .. Dan seperkara yang perlu kita tau , belum tentu blog kita ni popular , semua orang kenal ! Tang tu akan memalukan diri sendiri..
Aku bukan blogger popular.. bukan kejar populariti.. Aku cuma 'jual nama blog aku untuk mereka kenali.. dan mudah untuk berurusan satu hari nanti..