Sempena Hari Jururawat esok , maka aku nak buat satu entri berkaitan dengan apa yang terjadi depan aku tadi .. hehehe .. Esok PWTC sure penuh ngan nurse.. pergh.. rugi tak keje esok... hahahaha ... guwau je la...
Alhamdulillah , wife dah dibenarkan keluar dari wad.. total bil kena bayar ? 4 angka .. tertelan air liur jap la.. hahaha .. tapi tak pe.. nasib baik ada INSURAN ! Berbaloi !! Pantas tindakannya .. kalau berminat nak insuran , tanya la aku .. hehe.. aku leh syorkan orangnya .. Kira bil perubatan , dalam lingkungan RM8K lebih , semuanya ditanggung oleh insuran.. haaaa.. bayangkan kalau tak amik ? Mau kena queue kat gomen punya hospital .. Tindakan tepat amik insuran tahun lepas .. hehe ..
Sewaktu di hospital tadi , aku ke kaunter nurse di wad wife aku tu .. nak bertanyakan sesuatu .. Syif petang , kebanyakkannya misi berbangsa india bertugas.. Dan mereka semua amat peramah .. Senantiasa tersenyum.. Tanya la apa pon , sure jawab dengan ramah.. Jangan tanya pasal blog n trafik dah la .. mau gak dia injek rubella kat korang nanti ..
Terkejut aku jap.. Dua misi berbangsa india ni sedang berbual .. dan menariknya .. mereka guna bahasa melayu yang cukup sempurna .. takde pelat ke apa ke .. mmg pure bahasa melayu ( skang ni la.. bukan bahasa istana der ) ..
Mmg aku respek.. dia cakap tu sambil beri arahan .. Bila dia dah bagi arahan tu .. kemudian aku tengok dia buat keje biasa dan kawan dia tu baru cakap dalam bahasa tamil .. bagi aku tu baru dia nak borak .. Tapi bila datang urusan rasmi , dia guna bahasa melayu !
Itu yang sepatutnya berlaku dalam urusan sehari hari kita .. ni kalau aku naik lif kat pwtc yang mana majoritinya penjawat awam , pepagi dah speaking .. pergh.. kalau full english tak pe la gak.. ni rojak rojak.. adoi.. wat sakit telinga jer ...