Bahang bolasepak negara dapat dirasakan semula ... Semalam , buat kali pertama aku menonton kembali perlawanan bola sepak melibatkan pasukan negeri setelah lama aku tak menontonnya ..
Bila melihat penyokong Kelantan membanjiri stadium Bukit Jalil semlm , aku teringatkan pasukan pasukan SEMI PRO yang cukup panas ketika aku sekolah dulu .. Kalau tak silap aku masa tu aku di tingkatan 3 ... tahun 1993 ... hehehe.. hensem masa tu.. hahaha..takde makna.. kurus kering je aku .. huhu ..
Masa tu , setiap pasukan amat kuat .. mmg best bila bersaing sesama mereka .. yang senantiasa menjadi belasahan cuma BRUNEI ketika itu.. Perlawanan yang senantiasa menjadi panas bila melibatkan SELANGOR , KUALA LUMPUR , PAHANG , PULAU PINANG , SABAH , SARAWAK , JOHOR .. Pasukan pasukan lain kalau tak silap aku tak beberapa mantap sangat .. Heheh.. ni pendapat aku yer.. maaf .. jangan terasa ..
Aku sendiri gila tunggu keputusan perlawanan setiap hari Ahad... tengok perubahan kumpulan .. tunggu siaran langsung ... malah siap beli jersi tuuu ...
Aku sokong sapa ? Masa tu aku sokong SELANGOR kejap.. tapi bila ramai kawan aku sokong SELANGOR , aku tukar ke JOHOR .. tapi member aku tak nak terima .. diorng kata aku lalang ... diorng suruh aku terima akan aku ni kena sokong pasukan kampung aku iaitu PULAU PINANG ! Huk alohhh.. sampai gitu sekali fanatiknya kitorang .. Kalau kalah , g sekolah .. mmg pedih la telinga kena kutuk dari jauh.. hahahha .. tak leh blah !
Dan sekarang ... Pasukan yang tak panas satu tika dulu , menjadi panas sekarang... KELANTAN dan TERENGGANU .. Pasukan lain , aku tak pasti .. tetapi KUALA LUMPUR hancur abis.. hahaha.. Bukan pe , KUALA LUMPUR dulu lubuk melahirkan pemain negara ( ketika tu , untuk pasukan bawah 15 tahun dan 18 tahun ) dengan wujudnya sekolah akademi bolasepak .. Apa dah jadi sekarang ?
Kenapa sekarang pasukan pasukan negeri mula naik ? aku nampak satu sebab jer... MEREKA MINAT DAN semangat BERMAIN untuk NEGERI amat tinggi .. Berbeza dengan bermain sbb nak glamer !!
Kan kan ... hehhe.. sekadar pendapat jer ..