Ada blogger mintak nak jadi protege aku .. Huih.. gamaknya aku dah tak layak jadi jadi mentor skang ni.. ramai dah blogger yang berkualiti dilahirkan .. jadi , kalau ada blogger tanya pon , aku jawab je di FB atau YM .. Guna What Apps pon ok jer.. hehe ..
Cuma , ada yang kata .. tips dari aku ni tips lapok.. Gamaknya tips yang baru kena guna nuklear la kot ? Atau kena ada voice detection gitu .. huhu ..
TIPS blogging , selapok mana pon ianya tetap ilmu.. Paling lapok ialah BLOGWALKING namun sehingga sekarang ianya tetap paling popular ... Betul kan ?
Begitu juga CONTEST dan GIVEAWAY .. cara paling mudah untuk mempromosi blog tanpa had .. Yang penting sediakan hadiah .. haaa...
Cara yang disebutkan tu mmg mudah nak digunakan tapi belum tentu mampu berjaya .. Kenapa ? Contest dan Giveaway , jika dibuat tanpa hadiah yang besar serta promosi yang kuat .. takkan berjaya .. kan ?
Jadi tips blogging apakah yang ok , senang dan meriah serta boleh mewujudkan satu ikatan persahabatan antara peserta ?? Yang aku buat ialah segmen.. Satu tips blogging yang menghasilkan trafik dua hala..
Ada yang fikir ianya satu hala ... Kenapa memikirkan begitu ? Dia fikir jika 1000 orang yang join , maka 1000 trafik akan aku dapat .. Dia tak fikir trafik dari penganjur tu sendiri yang bakal disalurkan pada peserta .. Yang dia nampak satu hala tu jer.. Maka kolotlah pemikiran dia itu ..
Sekolot kolot tips yang blogger pernah bagi ianya menjadi intan jika digilap dengan lebih mendalam serta ditambah dengan adunan resepi sendiri seperti mana Mat Gebu sering derhakakan setiap resepinya mengikut citarasanya sendiri ..
Apa pun , segalanya terpulang kepada kebijaksaan anda sendiri .. Samada nak nganga mulut atau baca bismillah dulu dan fikirkan apakah yang bakal masuk ke dalam mulut anda itu .. Bukan selepas makan baru terfikir apakah ianya halal atau tidak ...