Hahahah... haaa.. aku buat segmen , orang bangkang.. aku cerita pasal aku makan apa , orang bangkang .. Aku cerita pasal jiran sebelah , orang bangkang ... Dah tu ??? aku nak cerita apa ? Pasal gym ? Orang kata aku gay .. Kang aku cerita pasal ikan , korang ingat aku nelayan lak .. adoiii ..
Pagi tadi aku ada keluarkan satu entri berkaitan satu produk yang dikesan mengandungi dna babi .. Maka ramai yang tak tau , dah tau ... Dan !! Aku juga terima satu mail bangkangan yang mana memberitahu aku tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu dan terus percaya pada surat yang dilampirkan tu ..
Gulp .. Takkan aku tak reti nak baca memo dari jabatan kot ? Erk.. tapi tak pe.. aku amik langkah berhati hati .. Untuk elakkan mana mana pihak terasa , ada baiknya aku bertindak dengan cara yang betul yakni hubungi sendiri Jabatan Agama Islam Johor - Bahagian Penyelidikan .. ( 07-22829431 )
Menurut mereka ( lupa lak nak tanya nama dia ) , jabatan kimia ada mengesahkan kehadiran dna babi di dalam butter tersebut .. cuma sekarang ni mereka kena ikut protokol .. Mereka tiada hak untuk mengeluarkan sebarang fatwa untuk memberitahu status halal haramnya butter tersebut .. Segalanya masih dalam proses yang belum ada keputusan lagi .. POLITIK ..
Itu jelah .. untuk kepastian sekali lagi ... aku tanya dan jawapannya mmg ada dna babi didalam produk tersebut .. Jadi dia nasihatkan agar berhati hati je ...
OK ? haaa.. tu je la.. kalau tak puashati , boleh call tanya sendiri laa... tak tau la kot pasni ada perubahan pada kenyataan kat sana tu .. Faham faham je la kan kat negara kita ni.. banyak pihak terlibat... hehehhe...
Wallahualam.. Aku sekadar menyampaikan .. benar atau tidak , sila buat kajian sendiri.. Jika salah , harap perbetulkan aku... jika betul , sama sama kita amik tindakan yang sepatutnya ..
Terima kasih ..