Grr.. patutnya hari ni aku ke Taman Warisan , Putrajaya .. Tapi bila aku dpt tau sapa yang wakil bersama unit aku , aku terus M.A.L.A.S ! Hahaha.. aku rela duduk dlm opis dan buat keje dari tengok muka dia.. huh .. Tak baik tau nyampah kat orang .. huhu.. Astaghfirullah al'azim..
Disebabkan aku nak g Taman Warisan tu , maka aku keluar awal ari ni.. Sebelum matahari terbenam aku keluar.. eh sat.. kalau terbenam , kul 7 lebih petang kan ? Haa.. sesudah terbit matahari aku keluar.. hehehe.. kira dalam kul 7 pagi la aku dah naik erl gitu..
Dalam ERL dan LRT , aku menyambung baca buku Aku,Isabella dan Tok Kenali .. Hurm... Apa yang aku' nampak' , Bob Lokman gemar menggunakan perkataan TEMAN bagi mengantikan KORANG yang biasa kita guna... Kita tu maksud aku , penulis blogger amatur cam aku ni la.. Yang pro tu sahih tak gunakan .. hehe.. I segan uuu .. hahaha...
Ada sesuatu yang membuatkan aku tersenyum ketika membaca tulisannya tu.. Kalau diikutkan mmg banyak la.. tapi yang ni aku nak kongsi dengan korang .. Terpaksa aku taip semula ... Sori bro Bob.. Nak kongsi cerita dengan kawan kawan.. Promosi percuma gak ni .. hehe..
" Engkau lihat teman , bagaimana prinsip orang Cina berniaga.Mereka bermandi peluh dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan. Ilmu berniaga diperturunkan kepada anak-beranak , membina jaringan , serta tidak menipu kerana mereka mahu perniagaan ini panjang umurnya dan diwarisi.. Mereka dengan baju singlet dan seluar pendek , tetapi ribuan ringgi dalam saku seluar ..
Maka tidak pelik bangsa bermata sepet ini menguasai bidang perniagaan , malah keberadaan meeka di mana saja belahan dunia ini. Dubai ke ShangHai , Batam ke Delhi , Kanada ke Paris .. Mereka terselit di mana mana sehingga dikagumi oleh Dr. Samuel P. Huntington, penulis buku " The Clash of Civilizations' yang terkenal itu .
Bangsa kita ? Jika berniaga pisang goreng sekali pun akan bersaing untuk meruntuhkan yang lain dengan ilmu hitam malam jumaat keliwon , siap mengsengsarakan pesaing dalam dunia perniagaan. Aku menarik nafas panjang apabila mengenangkan liciknya bangsaku "
Hehehe.. begitulah 'kata-katanya' di dalam buku tu.. Dan banyak lagi yang menarik .. membuka mata aku walaupun tulisannya lebih santai dari aku.. hehehe ... I LIKE.. Sayang nak abiskan.. hahahah...