" Bang, camana nak bagi besar badan saya cam abang ye ? " .. Satu soalan yang aku terima dari seorang rakan di gym sedangkan badan dia tu dah jadi idaman budak budak baru di gym ..
" Bang , si Hani tu baru mengandung.. dia tu baru je kawin .. best kan .. kenapa kita .. hurm " .. Hurm... apa yang harus aku jawab ? Sememangnya dia sendiri tau bahawa itu semua hakNYA ..
Aku , pernah merasa betapa sukarnya kehidupan ini tanpa ada kerja .. tanpa wang ..tanpa kasih sayang .. tanpa rakan rakan yang benar benar ikhlas berkawan ..
Alhamdulillah .. rezeki aku murah sekarang .. Berkat doa mereka yang menyayangi aku dan juga aku sendiri .. Sememangnya aku amat bersyukur kepadaNYA .. Kiranya kalau nak makan apa apa pon ,masih dalam mampu .. walaupn tak la mewah mana pon..
Cuma buat masa sekarang , aku rasa Allah Maha Pemurah .. Mungkin ada hikmahNya , belum dikurniakan anak.. Mungkin aku kena berjimat cermat memandangkan aku ni kuat membazir .. Atau mungkin aku belum bersedia menjadi ayah untuk menyambut waris ..
Apa pon , kita tak tau apa apa .. Segalanya adalah rahsiaNYA ..Kita kena beringat.. Ada yang miliki anak tapi belum lagi bahagia kerana rezeki bahagian lain belum lagi ada ..
Jadi kita kena beringat , bersyukur dalam apa jua keadaan ...
“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusan mukmin adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin.
Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya” (Riwayat Muslim).
“Doa orang yang dalam kesusahan: “Ya Allah, rahmatMu yang daku harapkan. Jangan Dikau serahkanku kepada diriku walaupun sekelip mata. Baikilah untukku urusanku semuanya. Tiada yang diabdikan diri melaikan Engkau”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf sahih).
Jangan terlalu memandang ke atas sangat.. Kena lihat yang dibawah kita .. Ada lagi malang tapi mereka tetap bersyukur !