" APA AKU NAK BUAT DENGAN BLOG AKU ? "
"Sabar Ammar .. Kita usahakan sesuatu nanti yer ! " .. Aku cuba memujuk anak buah aku .. Kecewa dia .. Kekecewaan itu hampir membuatkan aku menjual saja blog aku .. Cerita lama ! Nak tau gak ? Baca SINI ..
Tanjat Beben kan ? Hehehe .. Aku tau , ramai blogger blogger baru tercari cari rentak dalam dunia blog ni .. Buat la apa pon , ada je tak kena kan ? Mesti kena attack dek virus dalam dunia blog ni ..
Bila dah dalam keadaan gitu , maka berblog dengan cara selamat .. yakni main je la SEO .. Senang.. trafik pon confirm tinggi punya .. Camana ? Korang update je apa saja yang ada kat dalam berita , tv , majalah... cerita je la pasal politik , artis .. haaa... confirm panaas blogg...
Puashati ke gitu ? Tu aku malas nak bincang isu tu .. Kalau malas nak buat gitu , senang jer .. korang cerita je pasal aktiviti harian korang dalam blog .. Yang penting , bila bercerita tu , jangan tinggi sangat dan janganlah rendah sangat.. sedang sedang gitu.. Maksud aku ialah , jangan la bongkak atau berlagak sangat bila bercerita tu ..pandai pandai la 'bawak diri' bila bercerita tu .
Aku amik contoh semalam la kan.. dalam Majalah 3 , ada cerita pasal satu binatang peliharaan ni dan pemiliknya ada blog .. Aku cari dan jumpa.. Blog dia hanya cerita pasal binatang kesayangan dia tu jer.
Nampak tak ? Ertinya jangan berblog semata mata nak pikat hati pembaca jer .. Kita takkan mampu puaskan semua orang.. Berblog je apa yang korang minat. Jangan sampai korang ilang punca disebabkan tercari cari rentak ..
Disebabkan tu la ramai blogger letak jawatan dan layan FACEBOOK jer.. lagi tenang jiwa .. Bab anon tu , jgn dilayan jer .. biasa la kan.. Cam belajar dalam kelas.. nak berjaya , kena harungi pahit getirnya dahulu...
Mana ada jalan mudah nak berjaya.. lagi sukar lagi manis kejayaan tu..