Baru saja abis berborak dengan sorang rakan blogger ni .. Hurm.. Dia menyatakan rasa tidak puashatinya dengan blogger blogger yang menggunakan cara mudah untuk mendapatkan trafik palsu ..
Yelah , aku faham maksud dia.. Blogger lain berusaha keras untuk mendapatkan trafik sedangkan dia menggunakan teknik yang mana orang lain pon tau tapi tak sampai hati nak guna untuk menipu pengiklan atau orang lain ..
Gini je la .. Contoh , berdirinya depan kita 2 orang lelaki .. Seorang lelaki yang genius dan baru saja membuka syarikat dan berjaya mengaut keuntungan berjuta juta ringgit dan di sebelah dia ada seorang lelaki yang baru saja membunuh seorang pengawal keselamatan untuk merompak bank dan berjaya mendapat duit berjuta ringgit ..
Sapa yang kita nak tengok dan jadikan contoh pada kehidupan kita ?? Kedua-duanya kita jadikan contoh dan pengajaran dalam kehidupan kita .. Kita boleh gunakan jugak segala pengalaman itu dalam resepi blogging kita ..
Gunakan kreativiti , usaha dalam menaikkan blog kita .. Kalau guna cara pintas dengan menjatuhkan orang lain , membunuh maruah blogger lain , apakah yang berlaku pada hati kita ? Hari ni kita ketawa gembira .. esok lusa ? Saat keinsafan tiba , kita perlu mencari dan memohon maaf pada mereka yang kita telah lakukan kesalahan tersebut.. Bayangkan jika si dia itu tidak lagi kita ketemui.. Bagaimana nak mohon ampun ? Pada Allah , mudah.. sesama insan ?
“Mungkin pemergian saya kali ini lebih untuk mendapatkan penyesuaian bagi Sukan Olimpik nanti... Saya anggap macam penyertaan saya dalam Siri Super dan saya harap rakyat Malaysia faham,” katanya.
Go Lee Chong Wei ... go !! Buat yang terbaik untuk menjadikan diri anda antara lagenda badminton dunia .. Buktikan anda lebih layak bergelar lagenda dunia yang patut dikenang sepanjang zaman ..
Terbaca di akhbar harian online , Chong Wei bakal beraksi dalam kejohanan yang mana dia tak pernah memenanginya langsung selain Olimpik iaitu Kejohanan Dunia yang mana akan berlangsung di London pada 8-14 Ogos ini ..
Buat masa ini dia menyatakan keyakinannya yang tinggi untuk berdepan apa saja .. tapi kalah atau menang tu , tak kisah la.. yang penting " GUA TAK TAKUT !! " .. kan Chong Wei kan ! Bagus.. semangat gini patut ada dalam semua atlit negara kita .. " Wa tatak takut lu laaa !! " .. hehehe ..
Dengan menyandang gelaran no 1 dunia selama 35 bulan , aku yakin Chong Wei akan ke final nanti seterusnya mampu menjulang buat kali pertama kejohanan yang menjadi idamannya selama ini .. Pastu , OLIMPIK lak !! Baru la leh gantung raket dengan tenang .. kan kan ? Lengkap segala pialanya .. Perghhh.. bangga siuttt... bukan senang nak senang !!
Kami bersama mu , Datuk Lee Chong Wei ! Kalah atau menang , anda dah buktikan MALAYSIA BOLEH ! Tunggu pasukan bolasepak negara lak layak ke Piala Dunia .. harap menjadi kenyataan sebelum aku tutup mata.. hehee...Insyaallah ...Banyak dah abis duit rakyat ni... pelaburan dh dibuat, keuntungan lom nampak neh... kan kan ?
Sumber : SINI
Sejak aku mula aktif 100% dengan blog , aktiviti di gym agak terkeluar dari jadual aku.. Ini berpunca dari badan yang agak letih kerana lewat tidur selalu ..
Pengorbanan ? Aku kena pilih salah satu buat masa sekarang .. Antara masa depan dengan minat tapi nampaknya dua dua aku minat dan bermakna aku kena pilih masa depan ..
Bahagiakan masa ? Mmg pon ,.. Skang ni aku cuma g gym 2 kali seminggu dan selebihnya aku berlari dalam rumah.. naik turun tangga 10 kali sekali harung dan terus wat senaman berat , pastu ulang semula... Pergh.. mmg sesak nafas gak .. tapi berbaloi ! Rasa segar gila badan bila peluh mencurah curah keluar ..
Disbbkan tu aku jarang bersenam , maka nafsu makan mula merajai aku .. Makan tak hengat punya .. hehee.. dan aku dah tak fit sangat.. Jalan dari lrt ke pejabat pon dah mengah .. hehehe.. tak leh blah !
Maka operasi bermula.. Sejak 3 hari lepas , aku mula amik pemakanan yang mengandungi serat seperti roti dan protein saja .. Aku cuba elakkan nasi .. Nasi membuatkan aku sangat kenyang dan malas !!
Operasi ini akan diteruskan sehingga selepas raya .. Aku perlu berusaha bersungguh sungguh .. 3 hari ni , aku rasa sangat selesa . Perut aku pon maintain kembali .. Tamo badan cam dulu dah tapi nak buat ala ala pelakon korea je.. ehehe..
Ala.. kasi la semangat !!!
Arwah yang aku kenali itu muda dari aku dan kitorang sama sama ada penyakit yg sama iaitu darah tinggi ..
Arwah seorg yg rajin .. menghormati dan sangat mengambil berat perihal rakan rakannya..
Bab kerja , mmg tip top .. sayangnya , kerana bisikan syaitan .. dia diftnah .. bukan dia seorang jer ..ramai lagi kena ...
Dan aku yakin stress itulah antara punca kesihatannya terganggu .. dan paling mwngecewakan aku ialah , pihak atasan langsung tidak mengunjungi arwah disaat terakhir hayatnya ..
Aku terfikir .. aku bermatian bekerja demi 'mereka' , tetapi jika sesuatu berlaku pada aku atau aku juga difitnah , apakah aku senasibnya ?
Apakah segala pujian yg dihamburkan kepada aku sebelum ini tidak mampu menjadi perisai untuk menolak segala fitnah tersebut ?
Manusia ..terlalu cepat menghakimi dan menjatuhkan hukuman.. hurm ..
Al-fatihah buat arwah ..
Cun ! Keje besar .. gaji besar .. Body ? Kalau tengok , sure meleleh air liur .. Yang perempuan kalau tengok sure jeles tahap gaban punya.. Tu baru aku cerita .. Kalau aku letak gambar ??
Tu baru awek no 1 .. awek no 2 , 3 dan seterusnya ?? Taste aku tinggi laa.. kena ikut ketinggian gak la.. lagi tinggi , lagi mabeles .. Well.. nak kata pe dah.. kena ikut level la kan ? I kan artis..
Aku ni kan .. kalau nak cerita bab awek ni , sampai 10x kali terbenam matahari pon tak abis.. Tu baru cerita pasal muka dia.. lom lagi harta dia .. eh.. harta bapak dia .. haaa.. jenuh woo nak cerita.. sahih pk aku ni kaki betina punya ...
Amacam ? ok tak cerita macam ni dalam blog ? Meluat je baca kan ? Cam aku sorang je ada awek.. orang lain pon ada gak.. Ni baru aku cerita .. kalau aku letak gambar ? siap tulis bakal isteri tapi tak tau nombor berapa , camana tu ?
Memang benar blog adalah milik kita.. tapi kalau boleh elakkan dari berlakunya fitnah dan mengata di belakang kita .. Kita adalah punca mereka berkata kata .. Mmg benar kita tak dapat tutup mulut mereka tapi kita boleh elakkan jika kita tau itu mampu mengundang dosa ...
Fikir fikirkan .. Blog mmg milik kita dan kita yang menentukan hala tujunya.. Ke arah syurga atau neraka ...
Aku bukan berlagak merendah diri .. aku bukannya nak berlagak baik tapi tamo mengumpul dosa .. Untuk apa aku bangga diri ? Kalau setakat menulis di blog , dan menjadikan ramai meminati blog aku , apakah itu sudah boleh membuatkan aku rasa bangga diri ? Berlagak seolah olah aku baru saja jadi hero yang baru selamatkan dunia ??
Aku terima PM di Facebook ..
" assalaimualaikum.... abaikan msg ni kalau rasa menyampah sesangt...hehehehe... boleh tak buat tutorial nak letak link abg ben tu....sy blogger suam2 kuku....xreti hapa...buat blog pun hudoh....huhuhu....tq "
Hurm.. Entahlah .. aku ngan korang semua sama jer .. takde beza.. mungkin sekarang rezeki aku... Satu hari nanti , rezeki korang lak.. sapa tau kan ? Aku takkan selama-lamanya berada di atas .. Aku sedar itu .. Dan korang pon sedar itu .. Tak perlu pandang tinggi aku .. aku bukannya mereka yang rasa sudah benar benar memberi sumbangan pada manusia sejagat .. Aku sebesar kuman pon tidak berjasa ... :)
Sekali lagi pinta aku ... jangan pandang tinggi aku .. sanjung aku ... tak perlu puji aku ... cukuplah dengan mendoakan kesejahteraan aku dan keluarga aku .. itu lebih baik dari memuji aku yang membawa aku ke neraka ... :)
IKLAN
Tadaaaaa ...boleg guna semulaaa..hehehe ...Ni gara gara sambil jalan , sambil tgk movie .. best best .. layan filem feveret .. THE MATRIX !
Bijak tak ? Charging di mana mana ... Hehe
Member lama aku pon ada... Dia ni lagi lama berworkout berbanding aku .. badan dia , mmg fit laa..bukan spesis badang gitu .. hehe ..
Berbangsa cina dan fasih berbahasa melayu macam si blogger fofular, logorithm .. Aku mmg senang berbual dengan dia .. jauh muda dari aku tapi berfikiran matang dan terbuka ..
Pekerjaan dia ? Dia ni fitness instructor .. kalau ajar org tu , confirm jadi punya ...
Nak dijadikan cerita , tetiba dia tanya aku psl blog .. Agaknya dia baca keratan artikal yg ditampal kat papan kenyataan kat luar gym tu ..
Dia tanya apa yg aku tulis dlm blog .. aku pon cerita dr A sampai Z .. Macam dia, aku syorkan buat blog fitness jer .. cerita aktiviti fitness harian dia ..
Aku bg contoh kat dia, cam blog si Kelvin tu.. terkejut dia.. terlalu jauh untuk dia contohi kelvin ..mamat tu dah sangat otai ..
Aku kata tak perlu mcm dia .. kita masing masing ada pengalaman, teknik dan cara tersendiri.. mungkin ada yg sesuai kita adaptasikan dan ada yg tak sesuai.. jadi amik la yg kita rasa ok .. kan?
Lagi byk blog lg byk pilihan.. aku ckp kat dia gak, kalau kena gaya, silap silap blog kita tu leh meletops dan menghasilkan pendapatan sampingan dan dia juga boleh promosikan bisnis dia dlm tu ..
'Hurmm.. menarik menarik" .. kata dia ..
Heehee..teror aku pengaruhi org kan ... Mereka akan bermula dengan memikirkan keuntungan tapi bila dah minat ,duit bukan lagi agenda utama ...
- entri ditaip sambil menolak troli untuk membeli barang dapur di Tesco Ampang ...
Segmen hari ini adalah segmen yang mana blogger akan mengkritik blog rakan blogger yang lain .. Cara ini dilakukan dengan secara menang menang..
Blogger (yang menyertai segmen ini masuk blog blogger lain ( juga yang menyertai segmen ini ) , dan kemudian mengkritik ( bukan puji yer ) .. Kritik dengan mencari kekurangan ( dari sudut pandangan blogger tersebut ) dan kemudian blogger yang dikritik akan membalas kunjungan blogger tadi .. Adil bukan ?
Disini akan berlaku satu kekurangan .. Apakah kekurangan itu ? Akan ada blogger yang tidak mampu membalas kunjungan tersebut.. Ini mungkin kerana kesuntukan masa ... atau masalah internet atau lain lain sebab musabab.. Jadi , diharap blogger sekalian bersabar la yer .. Jangan marah marah .. Ini cuma satu segmen .. Segala kekurangan sama sama kita terima ..
Segmen ini juga akan menghasilkan kenalan blogger yang baru.. Blogger kena bijak mencari peluang dengan beramah mesra dengan blogger yang baru dikenali itu.. Pekata amik peluang ini dengan menukar link di bloglist masing masing ? Berbaloi bukan ? Jangan sekadar nampak trafik hari ini jer ...
OK... bagi mereka yang belum sertai , cepat sebelum tutup... klik SINI untuk join...
Pastikan punya ' guru' utk belajar ..kalau main sedap tekak , jwpnya main copy paste je la...
Segalanya bermula dari bawah ...usaha dan usaha ..
Entah mengapa , aku tergerak hati nak singgah di sebuah kedai runcit yg terletak di stesen ERL Bandar Tasik Selatan untuk melihat berita utama akhbar hari ini ..
"Wah.. ada berita best ..Penganalisa jenayah terkenal negara ditetak ! Biar nangka .. " .Getus hati aku .. Terus aku amik akhbar tu lalu membayarnya dikaunter ..
Kemudian aku menghala ke stesen LRT Bandar Tasik Selatan untuk ke rumah mak aku yang terletak di Cheras .. Hehe.. Aku mc ari ni sebenarnya.. Kepala aku sakit sangat... Tamo tensen kat opis nanti.. huhu ..
Sambil berjalan , aku baca berita tu.. Pergh.. macam best lak berita ni.. Maksud aku cam dalam drama CSI .. Aku membaca sambil berdiri .. tak best betul berdiri ni .. Nak duduk , baru feel baca .. huhu..
Kat tangga ni la aku berdiri ... Plan nak duduk kat tempat biasa aku duduk setiap pagi sewaktu menunggu lrt tiba...
Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu yang kuat disusuli angin yang agak kencang ..Amik kau !! Tempat yang aku plan nak duduk tu , tetiba ... haaa.. penghadang kayu tempat simpan barang barang penyelengaraan ( kebetulan pengubahsuaian sedang dilakukan di situ ) tumbang ditempat yang sepatutnya aku duduk tadi !!
Syukur pada Allah.. kalau aku duduk situ tadi ? Bayagkan , dengan sakit kepala aku. .. tetiba dihimpap dek penghadang tu ? Mau ke spital aku jawapnya ...
Dan kekusyukkan aku membaca berita tu menyebabkan aku malas nak duduk kat tempat duduk tu... Gulp !
Sebelum aku mula berblogging , perkara utama yang aku senantiasa fikirkan adalah identiti dan promosi .. Part lain seperti entri apa semua tu , aku tolak belakang ..
Kenapa ? Entri bagi aku , sangat mudah .. Apa yang aku nampak.. aku rasa .. aku baca.. apa saja melibatkan AKU , aku buat... hehehe.. SEGERA !! Tarak simpan simpan punya.. rugi wooo ..
IDENTITI penting untuk sesebuah blog .. Contoh la kan.. bila orang kata blog segmen ? Zasssss .. terus merujuk pada blog aku.. Tu contoh je laa.. kalau kata blog lucah , Zaasssss terus ke blog sapa??? Haa.. korang leh teka tak ??? Haaaa.. Kalau kata blog masakan ?? Zasss... korang tau sapa kan ?
IDENTITI akan menghasilkan jenama.. seterusnya jenama itu boleh bikin $$$.. Serius wooo.. wa tatak tipu punya lhooo ... Kalau nak tau dengan lebih lanjut , aku cadangkan korang baca entri INI
Yeargh.. segmen kembali lagiiii .. Huhu.. cam jual DING DANG lak .. hahaha .. tau tak ? tak tau ? Tanya mereka yang seumur dengan aku in.. hehehe.. mesti tau punya.. tiap tiap petang ada kuar kat tv.. heehe ..
OK.. abis mengarut.. Ni segmen untuk kita sesama kita ( yang join je leh , ok ! ) mengkritik blog secara jujur ... Kritikan mestilah berasas dan juga berhemah .. Tamo ada caci maki gitu.. ok ?
Buat mereka yang berminat , sila buat satu entri ( lama rehat kan ? ) ..
- Letak header BEN ASHAARI BLOG ..
- Tajuk .. " BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? " dan linkkan ke entri ini ..
- Kata kata sebelum blog korang dikritik dengan hebatnya ... hehehe..
Tu jer.. Siap ? Paste kat ruangan komen ini .. Haa... lom abis lagi !!! Cara nak kritik tu ada .. Blog yang kena kritik dan ditinggalkan url , perlu balas semula kunjungan blogger tadi tu tapi bersyarat ! Syaratnya gini ...
- Pastikan , hanya blogger yang join segmen ni saja boleh mengkritik ..
- Selepas kritik , tinggalkan url lengkap segmen ini di ruang komen blog tersebut.. jadi dia tau la dia peserta segmen ini .
- Kalau ada caci maki .. jangan approve komen.. dan jangan peningkan kepala jika ada anon menyemak di blog korang.. Tu biasa la.. kalau jual ikan , lalat mesti mai punya.. Janji untung.. lalat tu sembur jer.. kalau tak , ditinggalkan taik lalat situ.. ok ?
Tu jer.. tutup.. 10 malam ni .. Selamat mengkritik ! Senarai akan diletakkan di SINI ..
Mulai hari ni , blogger / blog / entri pilihan tidak lebih dari 5 sahaja menjadikannya lebih menarik .. Kalau banyak sangat , tak best la kan .. hehhehe..
Camana mau dapat terpilih ??? Jadilah blogger sejati ...
IKLAN
Harga dan corak lain , meh klik SINI