Baru saja abis berborak dengan sorang rakan blogger ni .. Hurm.. Dia menyatakan rasa tidak puashatinya dengan blogger blogger yang menggunakan cara mudah untuk mendapatkan trafik palsu ..
Yelah , aku faham maksud dia.. Blogger lain berusaha keras untuk mendapatkan trafik sedangkan dia menggunakan teknik yang mana orang lain pon tau tapi tak sampai hati nak guna untuk menipu pengiklan atau orang lain ..
Gini je la .. Contoh , berdirinya depan kita 2 orang lelaki .. Seorang lelaki yang genius dan baru saja membuka syarikat dan berjaya mengaut keuntungan berjuta juta ringgit dan di sebelah dia ada seorang lelaki yang baru saja membunuh seorang pengawal keselamatan untuk merompak bank dan berjaya mendapat duit berjuta ringgit ..
Sapa yang kita nak tengok dan jadikan contoh pada kehidupan kita ?? Kedua-duanya kita jadikan contoh dan pengajaran dalam kehidupan kita .. Kita boleh gunakan jugak segala pengalaman itu dalam resepi blogging kita ..
Gunakan kreativiti , usaha dalam menaikkan blog kita .. Kalau guna cara pintas dengan menjatuhkan orang lain , membunuh maruah blogger lain , apakah yang berlaku pada hati kita ? Hari ni kita ketawa gembira .. esok lusa ? Saat keinsafan tiba , kita perlu mencari dan memohon maaf pada mereka yang kita telah lakukan kesalahan tersebut.. Bayangkan jika si dia itu tidak lagi kita ketemui.. Bagaimana nak mohon ampun ? Pada Allah , mudah.. sesama insan ?