Mak aku kata ..
Dulu bila dia dapat tau yang dia mengandungkan aku ..
dia sangat gembira ..
dia sangat sangat bersyukur kepada Allah..
kerana memberinya anugerah yang tidak ternilai ..
Mak aku kata ..
Dulu sewaktu mengandungkan aku ..
9 bulan itu sangatlah mencabar ..
Namun tidak terdetik dihatinya langsung menyesal
kerana mengandungkan aku ..
Mak aku kata ..
Saat saat paling indah dulu adalah melihat aku dan abang aku lahir ke dunia ini ..
Melihat senyuman terukir di wajah ayah aku ..
detik istimewanya sebagai seorang isteri..
Mak aku kata ..
walaupun dulu kehidupan kami sukar ..
ayah aku tetap membanting 4 kerat tulangnya siang dan malam
mencari rezeki agar kami semua tidak kelaparan ..
Mak aku kata ..
kali pertamanya aku ke sekolah ..
dia mengalirkan air mata ..
kerana tak sanggup berpisah dengan anaknya ..
walaupun seketika ..
kerana itulah kali pertama dia berpisah dengan anaknya ini..
Mak aku kata ..
betapa dia bersyukur aku telah habiskan pelajaran aku ..
kerana selama ini siang dan malam dia berdoa
agar aku menjadi manusia yang mampu berdikari ..
Mak aku kata ..
saat perkahwinan aku itulah yang paling dia nantikan ..
kerana aku telah memberinya seorang lagi anak ..
untuk dia menumpang kasih sayang
bagi menghabiskan sisa sisa umurnya ..
Aku kata pada mak aku ..
Aku bersyukur sangat kepada Allah ..
dia tidak membuang aku di tepi tong sampah ..
atau memberi kepada orang lain ..
membesarkan aku dengan penuh kesabaran ..
menghayunkan buaian dengan penuh kasih sayang ..
menyiapkan bekalan makanan di pagi hari untuk aku bawa ke sekolah ..
Aku berterima kasih kepada mak aku ..
kerana dia sanggup bergolok gadai harta pusakanya
untuk memberi pelajaran kepada aku
agar aku menjadi insan berguna kepada masyarakat ..
Aku bersyukur kepada Allah ..
Kerana memberi aku seorang ibu .. seorang ayah ..
sehingga kini aku masih menagih kasih sayang mereka ..
dan mereka tidak langsung lokek akan kasih sayang mereka ..
Ya Allah .. Ya Tuhanku ..
Kau ampunilah segala dosa dosa kami ..
Kau ampunilah segala dosa dosa ibu dah ayah kami ..
Walaupun aku menjadi manusia kini ..
namun segala jasa kedua ibu bapa ku
aku tidak mampu membayarnya
walaupun berjuta wang ringgi aku hulurkan ..
RePublish - original di SINI