Bila aku terbaca ada blog blog yang membuat entri penentangan terhadap entri aku , aku sama sekali tidak salahkan mereka .. Kenapa ? Sbb mereka ada pendapat mereka .. Dan aku hormati pandangan mereka selagi tidak melampaui batas ..
Dulu aku ada pandangan aku sendiri terhadap otai blogger ni .. Yang mana bila mereka menegur blog blog baru ni.. Bila aku baca balik , akhirnya aku faham maksud blogger blogger lama ni .. Malu sendiri.. Sebab itulah orang kata pengalaman mematangkan kita ..
Kadang-kadang kita sangka , kita punya ilmu.. kita punya pengalaman dan cukup untuk menidakkan pendapat orang lain padahal pendapat mereka itu lebih menjurus pada keadaan ketika itu tetapi kita menolakkan kerana EGO kita sendiri ..
Banyak entri aku yang menentang keras blogger lama telah aku delete.. Rasa cam , tidak matang sungguh aku tika tu .. Yelah , mereka mengajar , kita sepatutnya menerima tapi tidak .. Menentang lagi ada la ..
Buat blogger-blogger yang baru kenal erti dunia blog ni , jgn ego.. terima dan perbaiki segala kelemahan .. Jangan kejar nama atau populariti tapi sebaliknya kejar kualiti .. Kualiti satu satu penulisan menberi kesan yang baik pada pembaca .. Anda tau sendiri bagaimana nak hasilkan entri yang berkualiti kerana anda sendiri seorang yang berkualiti !
Pengalaman memantangkan kita .. Buat blogger blogger lama yang masih masuk membaca blog aku ini , ampun maaf dari aku .. Ego mengatasi segalanya ... :(
Setiap teguran punya makna.. kita kena cari dan kaji.. Tak perlu besar kepala... Lambat laun kita sedar betapa betulnya kata kata mereka kerana mereka dah bertahun lamanya dalam dunia blog ni ..
Kalau nak kekal lama , pelajari dan hayati dunia blog ini .. InsyaAllah..