Panas barankah orang kita ? Atau terlampau ambik beratkah orang kita ni ? Orang kita ni maksud aku , rakyat Malaysia .. Kenapa aku kata gitu eh ?
Aku bagi senario dia eh .. Ada satu kejadian ragut ... si peragut tu lari , kemudian diberkas orang ramai .. Maka , tanpa tunggu pihak polis , mereka dah amik tindakan dengan membelasah si peragut tu bertubi-tubi .. Alasan mereka ialah , peragut tu penjenayah dan patut dibelasah .. Atau peragut tu mungkin boleh mendatangkan kecederaan ..
Kedua , berlaku satu kes kemalangan kereta di satu kawasan taman perumahan atau kampung .. Kereta tu telah terlanggar seorang penunggang motosikal .. Mangsa telah tercedera .. Manakala pemandu kereta tu telah memberhentikan kereta untuk menolong mangsa tadi tu .. Orang kampung datang ramai ramai .. Rasa rasa apa jadi ?
Pukul dulu baru tanya kan ? Cepat benar kita jatuhkan hukum kan ? Untuk senario pertama , mmg benar dia peragut .. mmg benar dia bersalah .. Tapi sapa kita nak jatuhkan hukum ?? Sapa kita nak belasah dia ? Kalau kita belasah dia , apa beza kita dengan dia ? Sama je la kan ? Kalau benar dia mencederakan mangsa... Tangkap dan bagi je pada polis.. Kalau dia melawan , barulah ada alasan .. Mempertahankan diri .. Tapi yang berlaku biasanya adalah , suka suka belasah orang .. Pastu bangga lak tu bila cerita balik .. Aah.. bangga pukul orang eh ? tu pon bila ramai ramai .. Cer sorang sorang ?
Kes kemalangan .. Hurm... tu pasal diorng kata , kalau laggar orang kat kawasan kampung , cepat cepat lari g balai polis berhampiran.. buat report.. kalau berenti , sah sah kena belasah .. Camana tu ? Nak salahkan sapa ? Kadang kadang kita tak tau punca.. Entah tayar meletop .. Atau masalah mekanikal yang lain .. Tau tau driver kena belasah .. Hurm..
Kalau kena kat orang lain , cepat je bagi keputusan .. kalau kena kat batang hidung sendiri ??