Bila melihatkan komen dia .. Respek pandangan dia .. Inilah komen dan pandangan .. Bila aku masuk ke blog dia , dia mengingatkan aku pada seorang lagi rakan blogger iaitu NameeRoslan ..
Sbb tu aku kata , ramai blogger bermutu di luar sana sedang dilahirkan .. Inilah yang kita mahu.. blogger yang lahir dan membawa perubahan pada dunia blog .. Masing masing ada cara dan tujuan .. Dan akhirnya semua menuju ke jalan ALLAH .. InsyaAllah ..
" Kalau berbeza pendapat mengenai hal-hal ilmiah tu, adalah suatu perkara positif. Kerana selalunya mereka yang berbeza pendapat mengenai hal-hal sebegini akan lebih senang untuk dibawa berbincang dan bertukar fikiran serta pendapat. Dalam Islam pun ada perbezaan mengenai cara penterjemahan ayat-ayat suci Al-Quran dan juga Sunnah. Dari situlah lahirnya mazhab-mazhab berbeza yang tidak bertentangan dengan syariat dan tujuan murni sebenar perintah-perintah yang diturunkan. =)
Tapi kalau berbeza pendapat tentang perkara-perkara yang mendatangkan kepentingan hanya kepada certain individuals .... memang kena bersabar sahajalah. Selalunya makin kita try bersuara dan memberi pendapat walaupun dalam cara yang lembut dan bebudi dengan mereka yang hanya nak diri dia sahaja yang menang, memang takkan kemana. Lebih baik kita mendiamkan diri dan mengambil pengajaran agar jangan menjadi seperti kelompok sebegini... " > http://listentoleya.blogspot.com/
Jangan tengok luaran saja ..