Terfikir lak masa drive tadi .. aku nak buat satu segmen mudah iaitu " AKU SEORANG BLOGGER UMPAMA .. " hhehe.. sapa sapa leh join segmen ni ..
Segmen ni mengkehendaki blogger mengambarkan dirinya umpama apa ? Haaa... Contohnya , aku la ni ..
Keterangan : Aku gambarkan diri aku sebagai seorang blogger yang senantiasa memandang satu satu kejadian di depan mata aku itu , amat penting untuk di rekodkan / dilogkan kerana satu hari nanti ianya akan menjadi sejarah peribadi kita .. Sapa tau kan ?
Macam tu la.. tapi tak leh tiru dah .. sapa sapa yang dah guna pic tu , tak leh tiru... kena cari idea lain .. Kena kreatif ! Nama pon segmen kreatif kan ? Jadi korang kena masuk dan lihat sendiri apa yang blogger tu letak gmbarnya ..
Perhatian ! Pastikan milik siapa gambar itu ... kalau perlu bagi backlink , sila beri yer .. OK.. jom kita mulakan segmen kita petang ni...
Untuk join :
- Sila buat satu entri , letak header BEN ASHAARI blog
- Tajuk : BEN ASHAARI CARI BLOGGER KREATIF..AKU UMPAMA ! dan linkkan ke entri ini ..
- Sila cari sekeping gambar yang mengambarkan diri korang sebagai blogger tu umpama apa ..
- Beri keterangan kenapa gambar itu dipilih ..
- Siap... tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini untuk dibaca oleh rakan rakan lain .. Tiada penyenaraian url dibuat yer.. hehe..
Tu saja ... Terima kasih .. tutup , jam 10 malam ni ..kalau korang masuk ke blog mereka , bagitau ler.. nanti boleh diorng gegar korang balik.. InsyaAllah .