http://iejjahygmnulis.blogspot.com
Tahniah.. Mulai hari ni , aku nak wat contest simple ginilah.. Cari dan menang. kan ? Jadi untuk pemenang kali ni , 2 jam promosi blognya dia entri utama ... Huhu..
http://iejjahygmnulis.blogspot.com
Tahniah.. Mulai hari ni , aku nak wat contest simple ginilah.. Cari dan menang. kan ? Jadi untuk pemenang kali ni , 2 jam promosi blognya dia entri utama ... Huhu..
Hujan emas di negara orang .. Hujang .. Hujang lak.. sasul ganu sat.. Hujan batu di negara kita .. Baik negara orang kan ? Bila dah abis hujan tu , balik la negara kita balik kan ? Bijak tak ? Muhahah...
Ok.. ni isu kat London tu.. Haih.. Tu la.. Suka sangat merusuh .. ni la jadinya bila ada malaun amik kesempatan !! Jahat gila !! Sasaran kedai kedai dan warga asing .. Grrr... Mmg dasar penyangak !
Tapi kesalnya , isu cam ni pon ada gak malaun nak politikkan .. haih... Tak kena kat batang hidung sendiri ...
Video Asyarf Haziq Rosli yang cedera di serang di London
LONDON: Paparan di Internet yang menunjukkan pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, diserang dan dirompak dalam rusuhan di sini, telah mendorong penduduk keturunan Asia untuk bersiap sedia mempertahankan diri dan harta sendiri.
Ketika rusuhan itu merebak, ramai penduduk khusus beragama Islam dan Sikh mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi nyawa, harta benda dan juga tempat ibadat masing-masing.
Tiga lelaki berketurunan Pakistan terbunuh akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang perusuh yang kemudiannya diberkas oleh polis.
Sambung > BHARIAN
Promosi - Rebat RM225 hingga RM4500
Baru sampai opis.. lewat ? Cukup cukup masa je kot.. Tiada lagi cerita lrt .. tiada lagi cerita erl.. tiada lagi cerita jalan kaki .. tiada lagi cerita events di Pwtc .. Apa yang ada cuma cerita bangun pagi pastu gosok gigi.. tu je la aku boleh bagi.. Eceh , cam pantun 18 kerat aku beri.. warghhh.. pantun lagi.. hihihi..
Cam biasa , sampai opis , netbook aku , dipasang kat sebelah .. mmg nak khusus untuk update blog aku jer .. Tamo kaco pc.. jadi berat nanti...
Keluarkan netbook... charger ..kabel usb hp .. On .. duduk.. tarik nafas.. Datang CC , bertanya khabar.. Pastu on pc .. Amik beg , belek belek dalam tu ..
" Ya Allah !! Aku lupa bawak charger lak.. abis jugak bateri netbook n hp aku ni kang .. Tak pe la , kang lunch nak balik rumah lak.. Tapi bukan ke aku dah masukkan dalam beg tadi ? Takkan aku mamai kot ?? Iskhh... Teruk betul aku ni.. Menda camtu pon aku boleh lupa .. " Bisik hati kecik aku ..
Hurm.. aku tak puashati.. aku belek belek bawah meja.. Huk alohh...Aku dah keluarkan tadi rupanya ! Sah ... sah !! Banyak sangat aku makan semut ni !
Sapa blogger baru ? Yang baru buat blog la... adoiii.. tu pun nak tanya.. hahaha.. ok ok.. Senang jer.. Aku nak buat kuiz gila tengah malam ni .. Sapa dapat teka dengan tepat dan pantas , esok blognya akan dipromosi selama 2 jam ( sticky post ) ... Amacam ? Best trafik skang ni.. hehehe ..
Camana ? Mudah jer..
Perhatikan gambar ni.. Ok.. Dah ?
Ok.. gambar ni takde kaitan dengan gambar diatas.. ni selingan je.. Kesian kan kucing ni ? Esok nak beli frieskies untuk diorg.. belanja diorng .. huhu.. Cerita pasal kucing ni , klik sini ..
Hehe.. inilah soalannya.. Berdasarkan gambar no 1 tu , cuba teka , yang mana satukah gambar tu sebenarnya di antara alatan senaman di dalam gambar ini ?
Faham tak ? Bagus.. faham pon.. Tak faham ? Gi tidur.. esok fahamkan.. hehehe .. OK.. kalau dah jumpa , mari menjawabnya ... Cam biasa , buat entri dulu .. Cam hantar borang la.. mana boleh main angkat tangan je kan ..
Sapa paling tepat dan pantas menjawabnya , dikira pemenang .. Tak buat entri , takde makna ! OK ? Tutup bila ada pemenang.. Ok.. mulakan , SEKARANG !!
Maaf.. mungkin korang bosan dengan cerita aku ni.. Harap jangan menyumpah seranah .. Tak suka , klik close je yer .. Terima kasih ..
Sebelum Ramadhan ari tu , aku suka layan lagu Rabiatul Adawiyah yang dinyanyikan oleh kumpulan In Team .. Entah kenapa tetiba aku suka benar layan lagu tu ..
Pagi tadi , di klinik Dr.Hamid .. aku terdengar salah seorang kakitangan klinik tersebut memanggil nama ADAWIYAH.. Lantas aku cakap kat wife , sedap nama tu ... tapi orangnya , tak setara nama tu.. huhu.. Bukan tak cantik tapi seksi banget.. huhu..Tak berani ngumpat lebih..
Dan aku entah malam ni , aku terfikir semula nama tu.. sedap nama tu kan ? ADAWIYAH .. huhu.. Tamo pikir lebih lebih.. Tak berani .. namun aku tak nak fikir negatif.. jauhkan perasaan tu..
Sambil tu , aku bukak akaun FACEBOOK aku yang terbaru , BEN ASHAARI JR ... Dan ternampak ada orang add aku .. aku klik ... bukak dan tengok ...
Apakah ???? Huhu... Sedap nama tu kan ? RABIATUL ADAWIYAH ..
Pageviews dia !! Pure ok ! Bukan iframe.. bukan tipu tipu.. Orang masuk untuk dapatkan infomasi yang mana pahala buatnya !! Perghh.. jeles jeles.. Kalaulah aku punya kerajinan macam dia , sah sah aku tak kelaparan skang ni !! Grrrr..
Tengok la.. 7 juta lebih dah pageviews dia.. tu pon dok bergerak cam meter air kolam renang bersize olimpik.. hahaha .. Bergerak tanpa henti wehh !!
Korang rasa korang tau sapa punya blog ni ??? Tak tau ? G la tengok sendiri.. Aku tak larat dah nak g tengok.. Jeles aiii ..Jom g jejak kasih.. Klik > http://bit.ly/k8biXX
Zasss.. Anak kena sebat kat sekolah atas hukuman disebabkan kenakalan dia .. Malatopsss mak bapak dia kat pejabat.. Dengan pantas diaorg ke sekolah .. Siap bawak peguam lagi .. SAMAN !!!
Patut tak tindakan mak bapak dia tu ? Yelah , anak manja.. Diorng nak dapat anak pon susah .. Tiba-tiba antar ke sekolah , kena 'rembat' dek guru... Suka suki je cikgu cikgu tu nak rembat anak dia eh ?? Balasannya, SAMAN !!
Huih... sebelum tu wahai mak bapak .. Kena tanya dulu kenapa anak mereka dihukum.. Duduk berbincang sama sama.. Cari punca dan jalan penyelesaian.. Kadang kadang ibu bapak tertipu dek lakonan anak anak mereka terutama yang mmg punya bakat lakonan akibat dididik begitu sejak kecil lagi .. Jangan main nak rembat cikgu lak..
Namun begitu , cikgu yang amik tindakan pon perlulah bijak membuat penilaian.. Jangan main hukum je.. Aku salah seorang mangsa akibat ketidakadilan seorang guru disiplin sewaktu sekolah menengah dulu.. Kesan dari tu , aku tidak hormat langsung guru guru disiplin.. Namun aku tetap hormat mereka sebagai guru dan orang tua.. Cuma tak repsek profesion mereka ..
Sewaktu aku mengajar dulu , aku pernah merotan seorang anak murid aku akibat tidak menghafal sifir.. Aku rotan pon ala ala jentik kat jari .. Tau tau , esok mak bapak dia datang sekolah.. Siap mau saman weh.. Best part , guru besar tak back up aku !! Pergh !! Aku sumpah seranah guru besar tu dalam hati .. Hilang rasa hormat kat dia ..
Zaman sekarang ni penuh cabaran .. Ibu bapa dan guru perlu bersatu untuk memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik buat mereka ..
Guru dan ibu bapa , jangan cepat melatah .. manakala anak murid atau anak anak , jangan amik kesempatan .. Merugikan diri sendiri jer ..
Sedang aku membosankan diri sambil menonton tv yang mana dramanya sangatlah mengarut ceritanya mengalahkan kemengarutan komik Doraemon , aku sengaja berborak dengan 'perut' wife ..
Kemudian aku meletakkan tangan atas perut wife.. Perut aku wat pe aku nak letak tangan aku kan ? Muhahaha.. Tiba-tiba..
" Eh.. 'dia' menendanglah... Warrghh.. ni mesti ada bakat Jet Li ni ! " .. Aku kata ..
Wife pandang aku ..
" Betullah !! Tak caya ker ? Cuba letak .. mesti dia side kick punya !! " Aku cuba menegakkan benang yang dah putus-putus tu..
" Abang , tu angin saya la.. baru pas kentut ! 7 minggu , kecil lagi laaaaa "
" Aiseyman.. Nasib baik selsema .. "
- Sekadar melawak je.. takde kaitan dengan hidup dan mati.. Boring seh.. hehehe..
Haih... makin mengarut... Kita tengok je la apa tindakan kerajaan.. Rasanya gantung lesen.. Berapa lama ? Hehehe... Ke Ketua Pengarang kena pecat nanti ?
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.
Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.
"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
-Bernama , MalaysiaKini
Baru balik dari Precint Diplomatik.. G beli nasi kukus ayam goreng.. Wife teringin nak makan .. sekali ngan ice blended.. Baik punya 'teringin' .. huhuh.
Parking je kereta , baru nak masuk rumah tetiba terdengar suara anak kucing ( gambar diatas ) .. Berjalan ke arah aku dengan sebelah dari kaki depannya seperti kesakitan ..
Alahai... kesiannyaa.. haih.. tak sampai hati betul tengok keadaan ni.. Terus aku mintak wife buatkan air susu untuk dia .. Kasi dia minum sampai kenyang.. Lepas dia minum , dia berjalan ke arah aku.. Hurm.. tak cukupkah ? Aku suruh wife buat lagi.. Bagi minum... dan dia minum ( bukan minum la.. jilat susu tu ..)
Hurm..kenapakah dengan kaki dia ? Nak bela , wife alergic dengan bulu binatang... Aku lak mmg suka kucing .. Tak pe la... Harap kaki dia cepat sembuh.. Mana g mak dia pon tak tau.. Haih....
Pergh.. macam macam hal... hahaha.. pening jap aku bila baca pelbagai komen dan pelbagai pendapat lebih lagi mengenai doktor lelaki yang menjadi pakar sakit puan .. Sian lelaki ... Kena cari kerja lain dah .. huhu..
Ok .. aku tak nak bicara soal itu .. Bukan pe , orang kita ni mmg 'prihatin' sangat sampaikan ada part yang paling penting namun dia terlupa .. Manusia bukan ? Tak pe , kita amik yang baik ..Alhamdulillah .. Tutup cerita ..
Sejak berpindah ke Putrajaya , aku dan wife selalu balik rumah pada waktu tengahari .. Balik , tidur atau makan pastu baru g kerja semula.. Dekat jer.. heheh..
Nak dijadikan cerita , sewaktu tunggu wife sampai , aku berdiri kat satu tempat ni .. Tiba tiba depan aku ada sebuah Merchedes putih yang mmg nampak mewah sangat.. Terkedu aku tengok .. Perghh.. mmg cantik gila kereta tu..
Kereta tu lalu depan aku lalu berhenti .. " Ben ! Nak pegi mana ? " . Pemilik kereta tu tegur aku setelah menurunkan tingkap keretanya .. Huhu..
" Tunggu wife .. Dah settle ke ? ".Rupanya aku kenal dia.. Dia selalu datang ke unit tempat aku bekerja atas urusan perniagaan .. Aku tak sangka lak dia akan memberhentikan kereta untuk menegur aku sedangkan kat atas tadi dah pon kitorang berborak..
" Nak pergi Precint 2 pulak.. Ke pejabat Imigresen " Balas lelaki berbangsa cina kelahiran Pulau Pinang itu ..
" Ooo... " . Aku senyum .. Kemudian dia mintak diri memandangkan ada kereta di belakang dia yang mana kebetulan adalah wife aku .. Tersenyum dan berlalu pergi..
Wife berenti depan aku dan aku dah tau apa soalan yang akan diajukan kepada aku.. Dia tanya aku , kenal ke pemilik kereta tu ? " Apa tak kenalnya .. Dah kenal 5 tahun .. Tapi tak tau lak dia sekaya tu.. huhu "
Best kan ? Kaya tapi tak sombong.. Malangnya bila bangsa aku yang datang berurusan di pejabat aku kerja tu , hanya bila ada 'hal' saja baru nak tersengih bertanya khabar.. Kalau tak ? Selisih pon wat tak tau .. Tu baru kaya 'sikit' .. Haih..
Ni satu cerita lagi .. Tengahari tadi.. Selepas selesai check up di klinik tadi , aku ngan wife pon ke tempat parking kereta .. Hidupkan kereta lalu ke tempat bayar parking ..
Seorang wanita India yang bertugas kat situ memberi senyuman yang amat manisssss sekali .. Dari rupa yang biasa terus nampak cantik sangat .. Walaupun dah berusia ok !!
" RM5 saja " . Senyum lagi.. Aku memberi duit yang diminta dengan senyuman .. Sejuk hati aku dengan cuaca yang di luar sana yang amat panas dicampur dengan pening kepala lagi ..
Aku pandang wife.. Walaupun hanya 'berpejabat' kecil tapi apa yang dia buat sangatlah besar.. Orang yang tengah 'hangin' satu badan pn boleh sejuk bila tengok dia senyum..
Mau je aku cadangkan pada kerajaan Malaysia dan juga bank bank di Malaysia untuk amik dia lalu dijadikan pengajar kepada mereka yang bekerja di kaunter kaunter perkhidmatan orang ramai .. Subjeknya , MARI BELAJAR SENYUM !
Alhamdulillah, Seri Najwa Ferda Binti Hassan yang hilang baru baru ini , akhirnya ditemui oleh pihak polis .. Korang leh baca selanjutnya mengenaiya di DEZAMAN COTTAGE ..
Klik > Aidilfitri Sale : RM28 only
Pelik menyelebungi isteri aku setelah melihat perubahan pada aku kebelakangan ini .. Huhu.. aku sendiri pon pelik .. Apakah kerana dek syaitan di dalam diri aku ini semua sudah dibelenggu maka , BEN sebenar dah wujud ?
Serius .. aku tak pernah jadi secool begini ..Suruh je la buat apa pon.. aku buat jer .. Kalau dulu , sambil buat tu mulut terkumat kamit la gak .. Apakah aku sedang mengalami perubahan hormon ?? Muhahaha..
Tak la.. aku kesiankan wife .. Bukan sebab dia mengandungkan anak aku je tapi dia sendiri pon penat .. Berusaha keras dia untuk mendapatkan zuriat.. Kalau ikutkan peratusan , usaha dia 90% berbanding aku cuma duk nganga je tau ! Itu semua dalam kepala aku ..
Ni baru 7 minggu .. Bayangkan saat saat dia bakal melahirkan anak .. Camana ? Bertarung nyawa tau.. Tuu.. tanya ibu ibu yang dah melahirkan anak tu.. Camana kepayahannya ? Mengandung.. Melahirkan .. Menjaga .. Perghh .. Serius , tabik hormat pada ibu ibu di dunia ini ..
Aku baru pikir je tau .. Dah pening .. Belum mengalaminya lagi.. Berdua ni skang ni pon tak cukup tidur , bayangkan nanti bertiga ! Dan mereka yang da ber ber tuuu.. Haa.. Bila dapat tidur pasti seolah olah dapat emas sekontena punya ! Kan kan ?
Buat mereka terutama lelaki yang bakal bergelar suami , bersedialah untuk menghadapi rumahtangga.. Jangan fikirkan saja malam pertamaa kedua ketiga dan malam malam berikutnya tetapi fikirkan pengorbanan mereka itu ..
Dan buan ayah ayah di dunia , aku tabik hormat atas kesabaran korang semua ! Buat yg kaki pukul anak dan isteri , janganlah lupa hukuman akhirat .. Ada bahagian korang gak ..
Terima kasih atas keprihatinan rakan blogger sekalian .. Pelbagai nasihat dan cadangan diberikan kepada aku .. Aku harap segala padangan ini dapat dikongsi bersama rakan yang lain seperti UJANG dan PEMBACA WACANA yang mana mereka sama bakal bergelar ayah (insyaAllah.. doakan kami ) dan juga ramai lagi rakan blogger yang sedang mengandung ( doakan kesejahteraan mereka yer ) ..
Mula mula aku nak bagitau , aku ceritakan segala di dalam blog ini adalah isihati aku dan bukannya sbb nak berlagak atau nak riak .. Mintak dijauhkan perasaan itu , Ya Allah .. Aku sedar risiko bila bercerita dalam blog ini .. Serius aku katakan ada yang tak suka .. Betul ! Jangan terkejut ..
Dulu masa mula mula aku berblog , ada sekumpulan geng geng yang bengang dengan entri aku dan wife ( ada isu blog masa tu dan dah disettlekan tapi tetap dipanjangkan oleh 'mereka' ) , siap tulis doa yang cukup menyayat hati seorang wanita jika membacanya dan ianya ditulis sendiri oleh seorang wanita yang cukup angkuh dengan kejayaanya sebagai seorang ibu ..Baru ada sorang anak tu.. Dah cukup riak .. Astagfirullah al a'zim.. Aku tak tau dah mana dia g.. tutup blog atau dah jadi blogger popular kot ?
Ok tinggalkan yang itu.. Berkenaan dengan isu aurat isteri ... Buat pengetahuan , aku seorang yang cukup cemburu .. Cemburu aku ni boleh menjadikan aku seperti HULK bila datang .. Haa.. jgn tak tau .. Bila bab aurat ni , kalau baju jarang pon aku dah hangin ni kan pulak bab nak kena bukak baju ??
Buat pengetahuan , Dr.Hamid Arshat sangat pentingkan semua ni.. Dari mula masuk ke kliniknya , hinggalah ke pembantunya , semuanya wanita kecuali yang melibatkan lelaki, dia ada seorang pakar lelaki ..
Dan wife aku juga seorang yang sangat pentingkan auratnya .. Kenapa kami ke sana ? Setelah bertanyakan rakan rakan yang pernah ke sana ( adik ipar aku sendiri ke sana ) ,mereka kata Dr.Hamid sangat peka dlm isu ini dan juga pakar dalam memberi khidmat nasihat ..
Kami sendiri pon dah berbincang , bersalin nanti akan ke hospital kerajaan atau ke klinik yang mana doktornya adalah wanita .. Kami fikir semua ..
Dan seperkara lagi ! Ini cumalah antara ikhtiar kami .. Ada juga rakan kami yang pergi berubat dengan Dr.Hamid tapi berjaya.. Jangan lupa , kita mampu berusaha.. segalanya adalah kuasa Allah.. Banyakkan berdoa dan jangan putus asa.. Aku sendiri pon tak tau untung nasib aku.. Apa yang boleh aku buat cumalah berkongsi segala cerita dengan rakan rakan .. Jangan lupa , ini blog.. Bukan sekadar menulis cerita gossip artis atau mengutip duit iklan saja ..