Krisis kemanusiaan di Somalia berjaya mencuri perhatian aku semalam hingga ke hari ini .. Masuk ni , entri ke 4 aku buat untuk merayu pada rakan rakan blogger membuat entri berkenaan tabung kemanusiaan anjuran IRM ..
Mungkin ada yang berpendapat , ramai lagi orang miskin di negara kita ni dan kenapa kita bz sangat nak tolong orang kat luar sana ??? Maka jawapan aku begini .. Mereka ISLAM .. kita pon ISLAM .. Sesusah susah orang kita , masih mampu makan sehari sekali .. Kalau tak mampu makan sehari sekali , dua hari sekali pon pasti ada .. Kalau tak de tu , menipu langsung .. Mana ada rakyat Malaysia yang tidak prihatin terhadap sekeliling mereka ..
Orang kat Somalia tu.. G la tengok sendiri video di youtube tu.. Jangan kan sehari.. nak jumpa nasi pon susah !! Sampai nak mandi pagi pun tunggu binatang kencing ! Tak caya ? G tengok kat salah satu youtube yang aku dah letakkan dalam salah satu entri pagi tadi..
Blogger , kalau tak berkemampuan .. buatlah entri ..tak perlu backlink pada aku pon ! Terus ke tabung IRM tu... aku dah bagi backlink ke tabung sana tu.. Apa susah sangat ? Takkan nak buat entri yang ada isu panas je ? Malu laaa...
Jangan dok fikir trafik atau nak dapat duit iklan jer .. Berapa sangat dapat dari NUFF tu ? Pastu siap berterima kasih pelbagai laaaa .. Korang / kita dah macam bekerja gila untuk diorg.. tapi untuk saudara kita sendiri ? Kedekut gila ?? Satu entri pon susah ???
Bayangkan .. dalam 10 pembaca kita , seorang derma RM 10.. Kalau 1000 pembaca ? Jangan tengok nilai RM10 tu kecik .. RM10 tu besar bagi diorg ... Sangat besar !!
Yang top top blogger ni , aku tak nak cakap apa apa la.. diorng boleh fikir sendiri.. Mungkin diorng ada cara diorg nak bantu .. Yang tak top cam aku dan korang ni , apa salahya satu entri untuk mereka kalau dah tak mampu nak derma ...
Susah ?